Astaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi Presiden persatuan bola sepak Kuala Lumpur FA dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, lihat Astaman Abdul Aziz.
Astaman, dalam gambar promosi Dardanella
Astaman, pada tahun 1930an
Astaman pada 1964

Astaman (juga dikenali sebagai Tirtosari; 1903–1980) adalah seorang pelakon Indonesia aktif dari 1910-an hingga pertengahan 1970-an. Beliau merupakan seorang pelakon utama dalam syarikat teater berpengaruh Dardanella dan, selepas memasuki industri filem dengan 1940-an Kartinah, berlakon dalam 43 filem.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Astaman dilahirkan pada 1903[1] di Sidoarjo, Jawa Timur, Hindia Timur Belanda, anak kepada pelakon Wagimin, dan isterinya, seorang pelakon. Beliau menghadiri sekolah menengah di sana, hanya tercicir pada tahun ketiganya.[2] Pada usia 10 tahun, Astaman menyertai rombongan bapanya Wagimin & Keluarga, yang terdiri daripada bapanya, ibu, dan dua sepupu. Astaman pertama kali menjual tiket, kemudian mengambil lakonan dan melawat kawasan luar bandar di Jawa Timur dengan rombongan.[3] Beliau meninggalkan rombongan itu pada 1915, untuk menyertai Theater se Souvenir, kemudiannya Constantinople Opera .[2]

Pada tahun berikutnya, Astaman telah meninggalkan Constantinople untuk menyertai rombongan Dardanella,[2] yang dijalankan oleh pelakon kelahiran Pulau Pinang berketurunan Rusia Willy A. Piedro dan isteri peribuminya Dewi Dja'.[4] Rombongan itu, yang paling berjaya dan menjelajah seluruh Asia Tenggara, membantu Astaman ke puncak kemashyuran. Beliau memainkan pelbagai peranan bersama mereka, dan berlakon dalam beberapa persembahan mereka, termasuk Dr Samsi karya Andjar Asmara dan adaptasi pentas karya Kwee Tek Hoay, Boenga Roos dari Tjikembang. Dalam temuramah bersama majalah hiburan Indonesia Varia pada 1964, beliau teringat bahawa setiap kali memegag watak seorang raja penonton Eropah akan ketawa dengan kuat; Astaman kemudian mengetahui bahawa pakaian beliau adalah dari seorang matador.[5]

Astaman mempunyai seorang anak, Lilik Sudjio, pada 1930; Lilik kemudiannya menjadi pengarah filem.[6] Pada 1936 beliau menyertai Dardanella dalam percutian ke India, berharap untuk menerbitkan adaptasi filem Dr Samsi. Perancangan ini bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan dan Dardanella dibubarkan:[4] Piedro dan Dja' pergi ke Amerika, sementara Andjar dan Ali Joego menubuhkan rombongan mereka sendiri dan kembali ke Bindia Belanda. Astaman kembali secara berasingan, menuju ke Kediri. Selepas menolak untuk menyertai rombongan Njoo Cheong Seng, Fifi Young's Pagoda, Astaman menyertai kumpulan Tuan Mannuk.[5]

Berikutan kejayaan filem Terang Boelan arahan Albert Balink pada 1937, ramai pelakon teater beralih ke filem – termasuk Astaman,[7] yang membuat kemunculan sulung di layar lebar pada 1940.[8] Beliau berlakon bersama bekas pelakon Dardanella Ratna Asmara dalam filem Kartinah arahan Andjar, yang menyaksikan beliau mengambil peranan seorang doktor yang jatuh cinta dengan jururawat beliau walaupun berkahwin.[9] Pada tahun berikutnya, Astaman berlakon dalam tiga filem arahan The Teng Chun menerusi Java Industrial Film. Apabila studio itu ditutup berikutan penaklukan Hindia Timur Belanda oleh Jepun pada 1942,[10] Astaman kembali ke teater.[2] Semasa pendudukan, beliau berlakon dalam satu filem, sebuah filem propaganda pendek Djatoeh Berkait.[8]

Pada 1949, menjelang penamat Revolusi Nasional Indonesia, Astaman menyertai Bintang Surabaya milik Fred Young dan mula berlakon dalam filemnya,[2] membuat kemunculan sulungnya dalam Saputangan pada 1949.[8] Beliau telah diambil oleh Persari oleh Djamaluddin Malik pada 1951, berkhidmat bersama syarikat itu sehingga 1958. Setelah itu beliau fokus terutama pada teater, meskipun mengambil peranan lakonan di beberapa syarikat yang berbeza sehingga akhir 1970an.[2][8] Pada tahun seterusnya, beliau berlakon di televisyen.[2] Beliau meninggal dunia pada 1980.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Astaman berlakon dalam 43 filem dalam tempoh 34 tahun. Dalam tempoh ini beliau menulis cerita untuk dua filem.[8]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Kartinah (1940)
  • Noesa Penida (1941)
  • Elang Darat (1941)
  • Ratna Moetoe Manikam (1941)
  • Djatoeh Berkait (1944; filem pendek)
  • Saputangan (1949)
  • Bintang Surabaja 1951 (1950)
  • Damarwulan (1950)
  • Djembatan Merah (1950)
  • Harumanis (1950)
  • Ratapan Ibu ('1950)
  • Terang Bulan (1950)
  • Bakti Bahagia (1951)
  • Djiwa Pemuda (1951)
  • Pahlawan (1951)
  • Rumah Hantu (1951)
  • Pengorbanan (1952)
  • Rodrigo de Villa (1952)
  • Solo Di Waktu Malam (1952)
  • Ajah Kikir (1953)
  • Asam Digunung Garam Dilaut (1953)

  • Bagdad (1953)
  • Leilani (1953)
  • Bintang Baru (1954)
  • Air Pasang (1954)
  • Kasih Sajang (1954)
  • Lewat Djam Malam (1954)
  • Siapa Ajahku (1954)
  • Tarmina (1954)
  • Berdjumpa Kembali (1955)
  • Rindu Damai (1955)
  • Buruh Bengkel (1956)
  • Djandjiku (1956)
  • Harta Angker (1956)
  • Saodah (1956)
  • Ibu Mertua (1960)
  • Menudju Bintang (1960)
  • Asmara dan Wanita (1961)
  • Melati Dibalik Terali (1961)
  • Petir Sepandjang Malam (1967)
  • Lorong Hitam (1971)
  • Putri Solo (1974)
  • Paul Sontoloyo (1974)

Krew[sunting | sunting sumber]

  • Hidup Baru (1951)
  • Tarmina (1954)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber petikan[sunting | sunting sumber]

  • "Astaman | Filmografi" [Astaman | Filemografi]. filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2013. Dicapai 26 January 2013.  (Indonesia)
  • "Astaman (Tirtosari)". Jakarta: National Library of Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2013. Dicapai 26 January 2013.  (Indonesia)
  • Biran, Misbach Yusa, penyunting (1979). Apa Siapa Orang Film Indonesia 1926–1978 [Apa dan Siapa: Tokoh Filem Indonesia 1926–1978]. Sinematek Indonesia. OCLC 6655859.  (Indonesia)
  • Biran, Misbach Yusa (2009). Sejarah Film 1900–1950: Bikin Film di Jawa [Sejarah Filem 1900–1950: Membuat Filem di Jawa]. Jakarta: Komunitas Bamboo working with the Jakarta Art Council. ISBN 978-979-3731-58-2.  (Indonesia)
  • "Dardanella". Encyclopedia of Jakarta. Jakarta City Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2012. Dicapai 4 September 2012.  (Indonesia)
  • "Kartinah". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2012. Dicapai 25 July 2012.  (Indonesia)
  • "Riwajat Astaman" [Kisah Astaman]. Varia (305): 15, 29, 30. 19 February 1964.  (Indonesia)
  • "Tarmina". Filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2013. Dicapai 18 April 2013.  (Indonesia)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]