Astro (televisyen satelit)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd
Anak syarikat
IndustriPenyiaran, media massa
Ditubuhkan1 Jun 1996; 26 tahun yang lalu (1996-06-01)
PengasasAnanda Krishnan
Ibu pejabatAABC, Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat diberi khidmat
Malaysia
Tokoh penting
Zaki Azmi, Pengerusi
Henry Tan Poh Hock, CEO
KeluaranSatelit siaran terus
TV mudah alih
TV Internet
Hasil RM5.613 juta (Q1 2017)[petikan diperlukan]
RM777.71 juta (2014)[1]
RM447.95 juta (2014)[1]
IndukAstro Malaysia Holdings Berhad
NJOI
Laman web rasmi
www.astro.com.my

Astro (Jawi: استرو; All-Asia Satellite Television and Radio Operator) (MYX: ASTRO) merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia tetapi telah berkembang ke negara Brunei berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur, bandar raya terbesar dan ibu kota negara di Malaysia. Perkhidmatan ini dijalankan di bawah kelolaan All Asia Broadcast Centre (ABC) yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Astro dimiliki hak sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems, di bawah syarikat Astro Malaysia Holdings Bhd. Perkhidmatan penyiaran Astro kini tidak terhad kepada satelit berbayar, bahkan juga menerusi IPTV (Astro IPTV) dan penyiaran satelit percuma (NJOI).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1996-2006: Penubuhan dan pertumbuhan syarikat[sunting | sunting sumber]

Astro rasmi memulakan siarannya berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur, bandar raya terbesar dan ibu kota negara di Malaysia pada 1 Jun 1996 menggunakan satelit MEASAT-1 yang hanya menawarkan 23 saluran televisyen dan 5 saluran radio telah rasmi ditaja daripada Philips yang rasmi dikenali sebagai Philips Astro.

Saluran Nama Bahasa Format
Televisyen (23 saluran)
101 TV1 Melayu dan Inggeris Siaran terestrial digital
102 TV2 Melayu, Inggeris, Cina (Mandarin dan Kantonis) dan Tamil
104 Astro Ria Melayu Aneka Melayu
306 Astro AEC Cina (Hokkien, Taiwan dan Mandarin) Aneka Asia
318 Astro Wah Lai Toi Cina (Kantonis)
201 Astro Vaanavil Tamil, Malayalam dan Telugu Aneka India
511 CNN International Asia Pacific Inggeris Berita
516 CNBC Asia
517 Asia Business News
552 Discovery Channel Asia Pembelajaran
551 NBC Asia Aneka Inggeris
812 ESPN Asia Sukan
813 STAR Sports
411 HBO Asia Filem
413 STAR Movies
309 STAR Mandarin Movies Cina (Kantonis dan Mandarin) Aneka Asia
401 MGM Gold Inggeris Filem
615 Cartoon Network Asia (06:00-21:00) Kanak-kanak
Turner Network Television Asia (21:00-06:00) Filem
614 Disney Channel Asia Kanak-kanak
703 STAR Plus Aneka Inggeris
717 Channel [V]
718 MTV Asia
811 Astro SuperSport Sukan
Radio (5 saluran)
852 Hitz FM Inggeris Top 40 (CHR) dan US Top 40
853 TalkRadio Berita dan Talk
854 Light & Easy Easy listening dan Oldies
855 Mix FM Hit klasik
856 Classic Rock Rock klasik

Pada 1 Februari 1998, Asia Business News dan CNBC Asia telah digabungkan dengan CNBC Asia pada mulanya dinamakan CNBC Asia Business News.

Pada 1 Julai 1998, CNBC Asia Business News telah digantikan dengan CNBC Asia.

Pada 20 Julai 1998, NBC Asia telah digantikan oleh National Geographic Channel.

Pada 24 Ogos 1998, MGM Gold dan STAR Mandarin Movies telah digantikan oleh Cinemax Asia.

Pada 21 Mei 1999, Astro menambah tiga saluran satelit dan satu saluran terestrial: Phoenix Chinese Channel, Nickelodeon, Hallmark Channel dan TV3.

Pada 7 April 2002, Astro menambah satu saluran terestrial: Ntv7.

Pada 29 September 2003, Astro telah rasmi melancarkan logo dan perkataan baharu kepada huruf kecil astro dan telah rasmi melancarkan moto dan cogan kata baharu ialah "Mempesonakan Kehidupan" dalam bahasa Melayu dan "Making Your Life Richer" dalam bahasa Inggeris sempena Astro meraikan ulangtahunnya yang ke-7. Astro menambahkan tujuh saluran televisyen yang baru: Astro Prima, Astro News, Astro @15, Astro Box Office, Astro Shuang Xing, NHK World Premium dan Celestial Movies telah rasmi pelancaran perdana.

Astro turut memiliki saluran beritanya, Astro News, yang pada mulanya memaparkan saluran Al-Jazeera dalam Bahasa Arab dan terjemahan langsung ke Bahasa Melayu pada masa tertentu. Saluran tersebut juga memaparkan program khas yang disediakan oleh Astro, seperti temuduga dengan personaliti terkemuka.

Pada 3 Februari 2005, Astro menambah tiga saluran satelit dan satu saluran terestrial: Phoenix InfoNews Channel, Mei Ah Movie Channel, Macau Asia Satellite Television dan 8TV.

Pada 31 Ogos 2006, Astro telah menambah tujuh saluran: Astro Aruna, Astro Kirana, Astro Ceria, CCTV-4, WaTV, Zee Variasi dan Animax.

Pada 1 November 2006, Berita Astro telah diterbitkan bersama dengan Bernama al agensi berita dengan yang pertama mengambil dua belas minit program untuk berita juga diterjemahkan ke dalam Bahasa Cina pada Astro AEC, Melayu pada Astro Ria dan Tamil di Astro Vaanavil.

Pada 28 Disember 2006, Astro menambah tiga saluran satelit dan satu saluran terestrial: BBC Entertainment, ETTV Asia, Al Jazeera English dan TV9.

Pada 16 Mac 2009, Astro menambah satu saluran terestrial: Muzik Aktif.

Pada 26 Mac 2010, Astro menambah satu saluran satelit: Astro Arena.

Pada 11 April 2011, Muzik Aktif telah digantikan dengan TVi.

Pada 1 Jun 2011, Astro menambah satu saluran terestrial: TV AlHijrah.

Pada 21 Mac 2018, TVi telah digantikan dengan TV Okey.

Pada 23 Mei 2020, Astro menambah dua saluran satelit: Astro Rania dan Astro Aura.

Pada 10 Oktober 2020, Astro menambah satu saluran terestrial: TVS.

Pada 18 Januari 2021, Astro menambah satu saluran terestrial: Awesome TV.

Pada 15 Mac 2021, Astro menambah satu saluran satelit: TA-DAA!.

Pada 15 September 2021, Astro menambah dua saluran satelit: PRIMEtime dan Showcase Movies.

Pada 1 Oktober 2021, Astro menambah tujuh saluran satelit: BBC Earth, SPOTV, Astro Arena 2, Astro SuperSport 5, Lifetime, HBO Hits dan HBO Family.

Pada 18 Januari 2022, Astro menambah satu saluran satelit: Moonbug Kids.

Pada 18 Mei 2022, Astro menambah satu saluran satelit: K-Plus.

Pada 28 Ogos 2022, Astro memambah satu saluran satelit: SPOTV2.

Pada 1 September 2022, MTV Asia telah digantikan dengan MTV Live Asia.

2007-2009: Penambahan saluran baru[sunting | sunting sumber]

Dari 29 September 2003 sehingga 28 Februari 2007, Astro News diuruskan di bawah kelolaan Bernama yang lazimnya memperuntukkan masa 12 minit bagi program berita umum, berita sukan, dan berita hiburan. Astro telah mewujudkan Bloomberg TV Malaysia (lihat Astro Ria). Berita itu diterjemahkan dan dialih ke Bahasa Mandarin (Astro AEC), Bahasa Melayu (Astro Ria) dan Bahasa Tamil (Astro Vaanavil). Pada Februari 2007, BERNAMA memperuntukkan 30 minit penerbitan penuh bagi pasukan berita Astro.

Pihak pengurusan Astro sebelum ini pernah mengumumkan akan menawarkan 50 saluran baru selepas pelancaran satelit MEASAT-3. Walau bagaimanapun, disebabkan berlaku masalah berkenaan satelit itu maka tarikh pelancaran yang sepatutnya pada pertengahan tahun 2005 ditunda ke 12 Disember 2006.

Pada 1 Mei 2007, Astro menambah sembilan saluran satelit: Saluran Jia Yu, Discovery Science, Discovery Real Time, Discovery Home & Health, E! Entertainment, Astro Vellithirai, Sun Music, Eurosport, dan Golf Channel. Saluran Jia Yu, Discovery Science dan Discovery Real Time telah mula ditambah ke rancangan Astro pada 26 April 2007. Saluran lain muncul di kaca televisyen bermula 1 Mei 2007. Sembilan saluran itu boleh didapati secara percuma sehingga 31 Ogos 2007. Selepas itu, saluran-saluran berkenaan telah dialih ke pakej masing-masing yang berkenaan. Pada 15 Jun 2007, Astro menambah dua saluran satelit: The History Channel dan Crime & Investigation Network.

Pada Jun 2007, Astro menawarkan Astro On-Demand, saluran baru yang menawarkan drama TVB dari Hong Kong melalui tujuh saluran. Bermula 1 Julai 2007, Astro On-Demand Preview diperkenalkan dan menunjukkan drama-drama dan saluran-saluran Astro On-Demand kepada pelanggan Astro. Bermula 1 Julai 2007, semua drama yang disiarkan melalui saluran 910-917, (kini dialihkan ke saluran 931-938) adalah percuma. Selepas bulan Julai 2007, harga bagi setiap episod drama diperkenalkan dengan caj RM0.99 dikenakan bagi pelanggan pakej Dynasty manakala caj RM1.49 setiap episod dikenakan bagi pelanggan yang tiada pakej Dynasty. Kini, jumlah saluran perkhidmatan Astro On-Demand ialah 31 saluran.[2]

Pada 6 September 2007, Astro melancarkan saluran berita 24 jam berbahasa Melayu di Malaysia iaitu Astro Awani. Pada 13 Oktober 2007, Astro menambah tujuh saluran satelit: Astro Oasis, KBS World, Asian Food Channel, Astro Hua Hee Dai, Astro Xiao Tai Yang, Makkal TV dan Chutti TV. Bernama TV, saluran berita Malaysia 24 jam sehari dilancarkan di saluran 502 Astro pada 28 Februari 2008.

Pada April 2008, Astro telah dikenakan larangan oleh Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia untuk menambah jumlah salurannya jika Astro tidak berpindah ke bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Astro asalnya ditubuhkan di bawah Akta Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988, namun kedua-dua akta itu telah dimansuhkan oleh akta baru itu pada 1998.[3] Astro juga digesa meningkatkan mutu perkhidmatannya berkaitan dengan gangguan siaran ketika cuaca buruk, ketidakseriusan pihak Astro untuk melayan aduan pelanggannya juga tiadanya tindakan serta merta atau tindakan selanjutnya dari Astro jika gangguan teknikal penerimaan siaran berlaku serta bayaran RM10-RM50 untuk kerja-kerja pembaikan penerimaan siaran atau alat penerima siaran yang tidak logik dan sepatutnya; dan jumlah bayaran yang dikenakan terhadap pakej-pakej yang ditawarkan dengan kadar yang tinggi serta tidak munasabah. Astro kini diberi tempoh sehingga Disember 2008 untuk berpindah ke Akta Komunikasi dan Multimedia, dan menangani dan memperbaiki segala isu-isu berbangkit dengan sewajarnya.[4]

2010-kini: Pertumbuhan[sunting | sunting sumber]

Imej MEASAT-3 di orbit sekitar kawasan Asia Tenggara

Pada 18 Julai hingga 23 September 2010, saluran ulang kaji Astro Tutor TV diperkenalkan khusus buat murid-murid yang menduduki peperiksaan UPSR.[5] Pada bulan Disember, saluran ini dipulihkan sebagai saluran tetap dan disusuli dengan dua lagi saluran Tutor TV khas buat calon PMR dan SPM.

Pada 13 Januari 2011, Astro melancarkan khidmat filem atas permintaan Astro First, yang membolehkan para pelanggan menonton judul-judul filem terbaru, khususnya filem tempatan, di rumah pada harga yang berpatutan dalam masa dua minggu selepas tayangan di pawagam.[6] Langkah ini pernah mencetuskan pertikaian hebat kerana sesetengah penggiat seni perfileman mengkhuatiri Astro First akan melingkupkan industri perfileman tempatan "kerana masyarakat tidak akan ke panggung menonton filem tempatan lagi pada masa akan datang nanti".[7]

Pada 1 Mei 2011, Astro melancarkan pakej Indo Pek iaitu saluran hiburan Bintang (saluran 141) dan saluran filem Pelangi (saluran 142).

Pada 20 Disember 2011, Astro memperkenalkan perkhidmatan televisyen satelit percuma NJOI yang menyalurkan saluran-saluran radio dan televisyen yang terpilih khusus buat golongan berpendapatan rendah.[8]

Pada 15 hingga 21 Ogos 2022, Astro buat pertama kalinya menjadi penyiar rasmi bagi Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali yang akan berlangsung di Dewan Bola Keranjang (MBMB) Bukit Serindit, Melaka.[9]

B.yond[sunting | sunting sumber]

Logo Astro B.yond

Pada Disember 2009, Astro menjadi penyiar pertama yang memperkenalkan HDTV kepada penduduk Malaysia, melalui perkhidmatan B.yond dengan set dekoder serba baru serta saluran-saluran Astro Supersport HD, HBO HD, National Geographic Channel HD dan History HD pada 18 Disember, disusuli ESPN HD pada Januari 2010.[10][11]

Pada Julai 2010, Astro menongkah sejarah dengan menjadi penyiar tempatan pertama yang bersiaran tiga dimensi, dengan menyiarkan perlawanan separuh akhir dan akhir Piala Dunia FIFA kepada para penonton yang dilengkapi set TV 3D.[12]

Pada April 2011, Astro B.yond memperkenalkan perkhidmatan IPTV-nya dengan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi TIME dotCom. Selain HDTV, Astro B.yond IPTV turut menyediakan khidmat PVR dan video atas permintaan menerusi rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi TIME.[13]

Majalah AstroView[sunting | sunting sumber]

ASTRO melancarkan majalah bulanan AstroView dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Cina dan Inggeris bermula Disember 2007 untuk memenuhi keperluan pelanggannya yang semakin meningkat setiap tahun. Sebelum ini, majalah tersebut dikenali sebagai Astro Guide yang hanya mempunyai 2 edisi, iaitu edisi Dynasty dan edisi non-Dynasty.

Majalah ini mempunyai banyak informasi yang berguna kepada pelanggan Astro selain menjadi rujukan rancangan televisyen kepada mereka. Namun, intisari rancangan yang dicetak adalah selama 18 jam sehari (dari 6 pagi hingga 12 tengah malam). Selain itu, malajah ini juga mempunyai promo-promo rancangan menarik di Astro sepanjang bulan. Pelancaran AstroView dalam tiga bahasa ini adalah sejajar dengan penambahan kandungan saluran Astro yang melebihi 100 saluran televisyen.

Majalah AstroView tidak lagi diedarkan kepada pelanggan Astro sejak November 2012 dan kini hanya boleh didapati melalui internet.

Saluran yang Ditawarkan[sunting | sunting sumber]

Saluran Televisyen[sunting | sunting sumber]

     Saluran-saluran yang disorotkan dengan warna ini adalah saluran HD.

     Saluran-saluran yang disorotkan dengan warna ini adalah saluran UHD dan hanya boleh didapati oleh pelanggan Astro Ultra sahaja.

Siaran Terestrial Digital[sunting | sunting sumber]

Saluran Nama Astro GO NJOI
101HD TV1 Ya Ya
102HD TV2 Ya Ya
103 TV3 Tidak Ya
114HD TV AlHijrah Ya Ya
122HD TVS Ya Ya
123HD Awesome TV Tidak Ya
146HD TV Okey Ya Ya
147 DidikTV KPM Tidak Ya
148 8TV Tidak Ya
149 TV9 Tidak Ya
502HD Bernama TV Ya Ya

Aneka Melayu[sunting | sunting sumber]

Saluran Nama Astro GO NJOI
104HD Astro Ria Ya Ya
105HD Astro Prima Ya Ya
106HD Astro Oasis Ya Ya
107HD Astro Warna Ya Ya
108HD Astro Citra Ya Ya
111HD GO Shop Baaru Ya Ya
112HD Astro Rania Ya Ya
113HD Astro Aura Ya Ya
116HD Colors Hindi Ya Ya
118HD GO Shop Ruuma Ya Ya
120HD GO Shop Gaaya Ya Ya
150HD Ya Ya
125 Astro Prima Tidak Ya
126 Astro Oasis Tidak Ya
140 NJOI TV Tidak Ya

Aneka India[sunting | sunting sumber]

Saluran Nama Astro GO NJOI
201HD Astro Vaanavil Ya Ya
202HD Astro Vinmeen HD Ya Ya
203HD Astro Vellithirai Tidak Ya
211HD Sun TV Ya Ya
212HD Sun Music Ya Ya
213 Chutti TV Ya Ya
214 Adithya TV Ya Ya
215HD Sun News* Ya Ya
216HD KTV* Ya Ya
217HD Sun Life* Ya Ya
221HD Star Vijay Ya Ya
222HD Colors Tamil Ya Tidak
223HD Zee Tamil Ya Ya
241HD Astro Box Office Movies Thangathirai Ya Ya
251HD Astro Box Office BollyOne HD Ya Ya
261 Astro Vaanavil Tidak Ya

*Mulai 1 Oktober 2022.

Aneka Asia[sunting | sunting sumber]

Saluran Nama Astro GO NJOI
300HD iQIYI Ya Tidak
303HD GO Shop Chinese Ya Ya
304HD Astro Xiao Tai Yang Ya Ya
305HD TVB Classic Ya Ya
306HD Astro AEC Ya Ya
307HD Astro Shuang Xing Ya Ya
308HD Astro Quan Jia HD Ya Ya
309HD Celestial Movies Ya Ya
310HD TVB Jade Malaysia Ya Ya
311HD Astro AOD Ya Ya
316HD CTi Asia Ya Ya
317HD TVB Entertainment News Ya Ya
319HD TVB Xing He Ya Ya
320HD TVBS Asia Ya Ya
321 Celestial Classic Movies Ya Ya
325HD Phoenix Chinese Channel Ya Ya
326HD Phoenix InfoNews Channel Ya Ya
333HD Astro Hua Hee Dai Ya Ya
335HD CCTV-4 Ya Ya
344 Astro Xiao Tai Yang Tidak Ya
346 Astro AEC Tidak Ya
352 Astro AOD Ya Ya
354 Ya Ya
375 CCTV-4 Tidak Ya
392HD KBS World Ya Ya
393HD ONE Ya Ya
395HD tvN Asia Ya Ya
396HD K-PLUS Ya Ya
398HD NHK World Premium Tidak Tidak

Filem[sunting | sunting sumber]

Saluran Nama Astro GO NJOI
401HD HITS Movies Ya Ya
404HD BOO Ya Ya
411HD HBO Ya Ya
412HD Cinemax Ya Ya
413HD Showcase Movies Ya Ya
414HD HBO Family Ya Tidak
415HD HBO Hits Ya Tidak
416HD tvN Movies Ya Ya

Berita[sunting | sunting sumber]

Saluran Nama Astro GO NJOI
501HD Astro Awani Ya Ya
503HD CGTN Ya Ya
511HD CNN International Ya Tidak
512HD BBC World News Ya Tidak
513HD Al Jazeera English Ya Ya
514HD Sky News Ya Tidak
515HD CNA Ya Tidak
516HD CNBC Asia Ya Tidak
517HD Bloomberg Television Ya Tidak
518HD ABC Australia Ya Tidak
531 Astro Awani Tidak Ya

Pembelajaran[sunting | sunting sumber]

Saluran Nama Astro GO NJOI
550HD Nat Geo WILD Ya Ya
551HD National Geographic Ya Tidak
552HD Discovery Ya Ya
553HD Discovery Asia Ya Ya
554HD BBC Earth Ya Tidak
555HD HISTORY Ya Ya
556HD Animal Planet Ya Ya

Kanak-Kanak[sunting | sunting sumber]

Saluran Nama Astro GO NJOI
601HD Astro Tutor TV SK Ya Ya
603HD Astro Tutor TV SMK Ya Ya
611HD Astro Ceria Ya Ya
612HD TA-DAA! Ya Ya
615HD Cartoon Network Ya Ya
616HD Nickelodeon Ya Ya
617HD Nick Jr. Ya Ya
618HD Moonbug Kids Ya Ya
619HD Boomerang Ya Ya

Aneka Inggeris[sunting | sunting sumber]

Saluran Nama Astro GO NJOI
701HD AXN Ya Tidak
703HD Lifetime Ya Tidak
704HD PRIMEtime Ya Ya
706HD HITS Ya Ya
707HD TLC Ya Ya
708HD Food Network Ya Ya
709HD Asian Food Network Ya Ya
712HD Warner TV Ya Ya
713HD Paramount Network Ya Tidak
714HD Crime + Investigation Ya Ya
715HD HGTV Ya Ya
716HD DMAX Ya Ya
717HD BBC Lifestyle Ya Tidak
718HD MTV Live Asia Ya Tidak

Sukan[sunting | sunting sumber]

Saluran Nama Astro GO NJOI
800HD eGG Network Ya Ya
801HD Astro Arena Ya Ya
802HD Astro Arena 2 Ya Ya
805UHD Astro SuperSport UHD Tidak Tidak
810HD SPOTV2 Ya Ya
811HD Astro SuperSport Ya Ya
812HD Astro SuperSport 2 Ya Ya
813HD Astro SuperSport 3 Ya Ya
814HD Astro SuperSport 4 Ya Ya
815HD Astro SuperSport 5 Ya Ya
816HD SPOTV Ya Ya
817HD beIN Sports 2 Ya Ya
818HD beIN Sports Ya Ya
819HD beIN Sports 3 Ya Ya
820HD Eurosport Ya Ya
821HD WWE Network Ya Ya
822HD Golf Channel Ya Ya
823HD Premier Sports Ya Ya
824HD Astro Cricket Ya Ya
831 Astro Arena Tidak Ya

Saluran Tambahan[sunting | sunting sumber]

Saluran Nama Catatan
471HD - 479HD Astro First Perlu menempah filem di Portal Astro First (480)
482HD - 489HD Astro Best Perlu menempah filem di Portal Astro Best (481)

Perkhidmatan Interaktif[sunting | sunting sumber]

Saluran Nama
200 Astro Self Service
480 Portal Astro First
481 Portal Astro Best

OTT Eksklusif[sunting | sunting sumber]

  • Saluran-saluran ini tersedia untuk ditonton secara eksklusif di aplikasi Astro GO atau aplikasi OTT yang lain dengan akaun Astro ID mengikut langganan pakej sedia ada.
OTT Nama
Astro GO DW
France 24 English
HBO GO HBO Signature
TVBAnywhere+ TVB News Channel
TVB Finance, Sports & Information Channel
beIN Sports Connect MUTV

Saluran Radio[sunting | sunting sumber]

Stesen radio milik RTM[sunting | sunting sumber]

Saluran Nama Bahasa
869 Nasional FM Melayu
870 Sabah V FM Kadazan
871 Wai FM Iban
872 TraXX FM Inggeris
873 Minnal FM Tamil
874 Ai FM Cina
875 Asyik FM Asal, Melayu

Stesen radio milik Astro[sunting | sunting sumber]

Saluran Nama Bahasa Aplikasi SYOK
852 HITZ Inggeris Ya
853 MY Cina Ya
854 Lite Inggeris Ya
855 Mix Ya
856 ERA Melayu Ya
857 Sinar Ya
858 Melody Mandarin Ya
859 Raaga Tamil Ya
860 SYOK Classic Rock Inggeris Ya
861 SYOK Gold Ya
862 SYOK Opus Ya
863 Gegar Melayu Ya
864 SYOK India Beat Hindi Ya
865 SYOK Jazz Inggeris Ya
866 SYOK Osai Tamil Ya
867 SYOK Bayu Kadazan, Melayu Ya
868 SYOK Kenyalang Iban, Melayu Ya
876 Zayan Melayu Ya
877 GO Xuan Cina Ya

SYOK Eksklusif[sunting | sunting sumber]

Nama
Astro Awani Radio
You Streaming!
KBS World Radio
Boom! Radio
Red Radio
Rakita
AFO Radio
AFO Radio - Chinese
Radio Masti 24X7
MYX Radio
MOR Entertainment

Pengelasan program[sunting | sunting sumber]

Seperti sediakala, Astro mempunyai tiga kelas untuk membezakan siaran-siaran Astro seperti:

  • U – Untuk tontonan umum
  • P13 – Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan bimbingan ibu bapa/pengaja
  • 18 – Untuk tontonan penonton yang berumur 18 tahun dan ke atas

Butang 'R'[sunting | sunting sumber]

Semasa berlakunya acara berprofil tinggi, Astro akan menambahkan butang 'R' (warna merah) interaktif pilihan dan kadangkala menambahkan saluran baru bagi acara itu untuk menyiarkan siaran khas dan eksklusif. Apabila terdapat acara sukan, misalnya, butang 'R' ini digunakan untuk memaparkan beberapa acara sukan yang berlangsung serentak dalam susunan grid. Butang 'R' ini juga digunakan untuk memberi maklumat secara interaktif seperti pengemaskinian program, berita sukan, jumlah mata perlawanan, informasi sukan, dan informasi pihak penaja. Perkhidmatan ini dapat digunakan dengan menekan butang 'R' pada alat kawalan jauh Astro yang berdaftar.

Perkhidmatan butang 'R' pertama kali digunakan pada Jun 2004 bagi menawarkan perkhidmatan interaktif untuk rancangan Akademi Fantasia, yang diadaptasikan dari rancangan negara Mexico, La Academia.

Fungsi butang 'R' yang lain untuk menyiarkan acara/sukan tertentu seperti:

Acara Jumlah saluran Saluran penyiaran
Sukan Olimpik Musim Panas 2004 6 Astro Supersport (Saluran 80)
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2006 3 Astro Supersport (Saluran 80)
Sukan Komanwel 2006 3 Astro Supersport (Saluran 80)
Piala Dunia 2006 8 Astro Supersport (Saluran 83)
Sukan Asia Ke-15 4 Astro Supersport (Saluran 83)
Piala Thomas & Uber 2008 1 Astro Supersport (Saluran 816)
Euro 2008 3 Astro Supersport (Saluran 816)
Sukan Olimpik Musim Panas 2008 11 Astro Supersport (Saluran 826)
Piala Dunia 2010 11 (5 SD, 5 HD, 1 3D) Astro Supersport (Saluran 800/ 810 HD)

Pemilikan dan pengurusan[sunting | sunting sumber]

Operasi perkhidmatan Astro, MEASAT Broadcast Network Systems, dimiliki hak sepenuhnya oleh Astro Malaysia Holdings Bhd yang dimiliki oleh Astro Holdings Sdn Bhd. Astro Holdings Sdn Bhd dimiliki oleh Kumpulan Usaha Tegas dan Khazanah Nasional Berhad. Astro mula disenaraikan semula di Bursa Malaysia pada Oktober 2012.[14]

Kakitangan penting[sunting | sunting sumber]

  • Ralph Marshall, Timbalan Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
  • Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif (saluran televisyen Astro)
  • Grant Ferguson, Ketua Pegawai Kewangan
  • Graham Stephens, Ketua Pegawai Teknologi
  • Su Termanah, Ketua Pegawai Informasi
  • Claire Mula, Pengurus Am, Multimedia Interactive Technologies
  • Robert Odendaal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (dilantik pada 1 Februari 2007, meletak jawatan pada 31 Mac 2008)
  • David Butorac, Pegawai Operasi Utama Kumpulan (meletakkan jawatan dan menyertai Star TV pada November 2006)

Slogan[sunting | sunting sumber]

  • Membawa Masa Depan Terus Kepada Anda (Melayu) (1 Jun 1996-28 September 2003)
  • The Future Is Direct 2U (Inggeris) (1 Jun 1996-28 September 2003)
  • Mempesonakan Kehidupan (Melayu) (29 September 2003-28 September 2012)
  • Making Your Life Richer (Inggeris) (29 September 2003-28 September 2012)
  • Go Beyond (29 September 2013-28 Februari 2021)
  • Better Together (1 Mac 2021-kini)

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pada November 2009, Astro telah dianugerahkan oleh Persatuan Kabel & Penyiaran Satelit Asia (CASBAA) Chairman’s Award 2009 untuk sumbangannya sebagai industri TV berbayar terbaik di wilayah Asia Pasifik.[petikan diperlukan]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 July 2015. Dicapai pada 20 August 2015.CS1 maint: archived copy as title (link)
  2. ^ Laman web Astro On-Demand Diarkibkan 2009-03-04 di Wayback Machine, Astro. Dicapai pada 19 Julai 2006.
  3. ^ Astro Dilarang Tambah Saluran[pautan mati kekal], Malaysia Press Institute. Dicapai pada 9 April 2008.
  4. ^ Astro Akan Temui SKMM Untuk Bincang Aduan Mengenai Perkhidmatannya[pautan mati kekal], Bernama. Dicapai pada 30 April 2008.
  5. ^ Astro Tutor TV, Saluran Ulang Kaji UPSR Pertama Malaysia, mStar Online, 18 Julai 2010. Dicapai pada 29 Disember 2011.
  6. ^ Astro First 'Penyelamat' Penerbit Filem
  7. ^ Benarkah Astro Hancurkan Industri Filem Tempatan?, mStar Online, 24 Januari 2011. Dicapai pada 29 Disember 2011.
  8. ^ Astro Lancar Satelit TV Percuma Pertama Malaysia, mStar Online, 20 Disember 2011. Dicapai pada 29 Disember 2011
  9. ^ Melaka jadi tumpuan sukan sepak takraw – KM
  10. ^ "Astro Lancar Perkhidmatan HDTV Generasi Baru Jumaat Ini". Bernama. 9 Disember 2009. Dicapai pada 11 Disember 2009.
  11. ^ "Astro TV To Spend RM550 Mln In Capex And Opex For FY2010 And 2011". Bernama. 11 Disember 2009. Dicapai pada 11 Disember 2009.
  12. ^ [World Cup comes alive in 3D http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/8/nation/6622722&sec=nation Diarkibkan 2012-10-31 di Wayback Machine ], The Star, 8 Julai 2010. Dicapai pada 12 Julai 2010.
  13. ^ [1]. Diterima pada 2011-04-23
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan About Astro tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]