Astro SuperSport

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Astro SuperSport 2)
Astro SuperSport
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
Ibu pejabatKuala Lumpur Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaBahasa Inggeris
Format gambar4K UHDTV (2160p)
16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
IndukAstro Malaysia Holdings
Saluran kembarAstro Arena
Astro Arena 2
Astro Arena Bola
Astro Arena Bola 2
Astro Cricket
Sejarah
DilancarkanMalaysia 3 Ogos 1997; 26 tahun yang lalu (1997-08-03) (SD)
Malaysia 11 Disember 2009; 14 tahun yang lalu (2009-12-11) (HD)
Malaysia 1 Julai 2022; 20 bulan yang lalu (2022-07-01) (4K UHD)
MenggantikanAstro UHD
DitutupMalaysia 30 November 2020; 3 tahun yang lalu (2020-11-30) (SD)
Brunei 1 April 2022; 23 bulan yang lalu (2022-04-01)
Nama dahuluSuperSport
(3 Ogos 1997 - 28 September 2003)
Ketersediaan
Satelit
Malaysia AstroSaluran 805 (4K UHD)
Saluran 811 (HD)
Malaysia NJOISaluran 811 (HD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / On Demand / Sooka

Astro SuperSport (awalnya menggunakan nama SuperSport hingga 28 September 2003) merupakan sebuah saluran televisyen satelit berbayar di Malaysia dan mengkhusus dalam menyiarkan kandungan berkaitan sukan selama 24 jam Rangkaian ini boleh didapati di platform Astro melalui Astro Supersport (Saluran 811) khas untuk pelanggan Sports Pack sahaja. Saluran ini dengan salah satu saluran sukan Astro yang asal serta menawarkan pelbagai acara sukan tahunan bertaraf antarabangsa termasuklah bola sepak, badminton, sukan permotoran, ragbi, bola tampar golf dan WWE

Telekom Malaysia Berhad telah mengikat perjanjian dengan Astro Malaysia Holdings Berhad untuk menyiarkan Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport HD 2 melalui rangkaian perkhidmatan Unifi TV selama tiga tahun. Kandungan kejohanan sukan yang disiarkan melalui saluran ini termasuklah beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris.[1]

Apabila kejohanan sukan antarabangsa yang berprestij dijalankan, akan berlaku penambahan saluran untuk membolehkan liputan khas secara langsung disiarkan.

Saluran ini menjadi peneraju kepada kaedah penyiaran di Asia Tenggara melalui Saluran 811. Rangkaian ini telah menyiarkan program studio berkaitan kejohanan sukan terbesar dalam versi HD seperti Liga Perdana Inggeris dan Piala Dunia FIFA sejak 2010 dan program sukan daripada majalah iaitu FourFourTwo sejak 2011.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Astro SuperSport melancarkan siaran pertamanya pada 3 Ogos 1997. Pada mulanya, Astro SuperSport menggunakan nama panggilan SuperSport hanya digunakan semasa dalam siaran di Astro dengan salah satu saluran sukan Astro yang asal serta menawarkan pelbagai acara sukan tahunan bertaraf antarabangsa termasuklah bola sepak, badminton, sukan permotoran, ragbi, bola tampar dan golf.

Pada 29 September 2003, perkataan SuperSport secara rasminya telah bertukar nama dan logo baharu kepada Astro SuperSport telah digunakan sempena ulang tahun ke-7 Astro, dilengkapi dengan dua segi empat tepat dan garisan melengkung di tengah. Perkataan "astro" (tanda perkhidmatan televisyen satelit) dalam huruf kecil di atas dan "SUPERSPORT" dalam huruf besar masih digunakan di bawah dalam gabungan dua segi empat tepat.

Pergantian nombor[sunting | sunting sumber]

Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di Astro SuperSport:

  • Pada tanggal 3 Ogos 1997, Astro SuperSport dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 7.
  • Pada 1 November 1999, Astro SuperSport telah dinomborkan semula dari saluran 7 ke saluran 37.
  • Pada 1 Januari 2002, Astro SuperSport telah dinomborkan semula dari saluran 37 ke saluran 80.
  • Pada tanggal 1 Oktober 2007, Astro SuperSport akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 811.
  • Pada 11 Disember 2009, Astro SuperSport dapat boleh disaksikan melalui Astro akan menambahkan siaran kualiti HD di saluran 831.
  • Pada 23 April 2013, Astro SuperSport telah dinomborkan semula dari saluran 811 ke saluran 810.
  • Pada tanggal 1 Ogos 2019, Astro SuperSport akan diubah nombor lagi menjadi saluran 811 untuk siaran format HD dan saluran 831 untuk siaran format SD.
  • Pada 30 November 2020, Astro SuperSport telah bersiaran menerusi saluran 811 (HD) dan saluran 831 (SD) telah rasmi ditamatkan dan digantikan oleh Astro Arena (SD) menerusi platform NJOI pada 15 April 2021.
  • Pada tanggal 1 Julai 2022, Astro SuperSport UHD dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 805.

Senarai saluran Astro SuperSport[sunting | sunting sumber]

Logo Nama saluran Dilancarkan perdana Ditutup siaran LCN Media perstriman Nama sebelumnya
Astro SuperSport 2 18 November 2009 (SD)

8 Ogos 2011 (HD)

30 November 2020 (SD) 812 (HD) (Astro/NJOI) Astro GO
Sooka
Astro SuperSport HD 2 nama yang digunakan hingga 2013
Astro SuperSport 3 12 Ogos 2010 (SD)

23 April 2013 (HD)

813 (HD) (Astro/NJOI) Astro GO
Sooka
Astro SuperSport 4 23 April 2013 (SD)

1 September 2016 (HD)

814 (HD) (Astro/NJOI) Astro GO
Sooka
Astro SuperSport 5 1 Oktober 2021 15 Julai 2023 Pengganti saluran jaringan FOX Sports di Asia Tenggara pada 30 September 2021 dan digantikan oleh W-Sport pada 15 Julai 2023.
Astro SuperSport UHD 1 Julai 2022 805 dan 806 (4K UHD) (Astro) Pengganti saluran oleh Astro UHD

Program rancangan[sunting | sunting sumber]

1: Program ini hanya untuk pelanggan Astro SuperSport Plus di saluran sendiri. 2: Tayangan serentak di Astro Arena.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "TM's HyppTV to carry Astro sports channels". Digital News Asia. 2 Ogos 2013. Dicapai pada 2 Ogos 2013.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]