Astro SuperSport

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Astro Supersport)
Jump to navigation Jump to search
Astro SuperSport
Astro ASSP1.png
Dilancarkan1 Jun 1996
RangkaianAstro
Dimiliki olehAstro
Format gambarSDTV (570i 16:9)
HDTV (1080i 16:9)
Cogan kataSaluran Juara!
NegaraMalaysia
BahasaMalaysia
Inggeris
Kawasan siaranMalaysia
Ketersediaan
Satelit
AstroSaluran 811 (HD)
Saluran 831 (SD)
KRISTAL AstroSaluran 811 (HD)
Saluran 831 (SD)
Astro NJOISaluran 811 (HD)
Saluran 831 (SD)

Astro Supersport adalah rangkaian televisyen satelit rumah di Malaysia dan mengkhusus dalam menyiarkan kandungan berkaitan sukan selama 24 jam sehari. Rangkaian ini boleh didapati di platform Astro melalui Saluran 811 (HD) dan 831 (SD) khas untuk pelanggan pakej "sukan" sahaja.[1] Saluran ini dilancarkan pada tahun 1996 sebagai salah satu saluran sukan Astro yang asal serta menawarkan pelbagai acara sukan tahunan bertaraf antarabangsa termasuklah bola sepak, badminton, sukan permotoran, ragbi, bola tampar dan golf.[2] Saluran ini mempunyai tiga saluran bersekutu, Astro SuperSport 2, Astro SuperSport 3 dan Astro SuperSport 4 melalui saluran 832, 833 dan 834, bersama-sama penyiaran spontan definisi tinggi Astro SuperSport HD melalui Saluran 811, Astro SuperSport HD 2 (812), Astro SuperSport HD 3 (813) Astro SuperSport HD 4 (814).

Telekom Malaysia Berhad telah mengikat perjanjian dengan Astro Malaysia Holdings Berhad untuk menyiarkan Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport 2 HD melalui rangkaian perkhidmatan HyppTV selama tiga tahun. Kandungan kejohanan sukan yang disiarkan melalui saluran ini termasuklah beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris.[3]

Apabila kejohanan sukan antarabangsa yang berprestij dijalankan, akan berlaku penambahan saluran untuk membolehkan liputan khas secara langsung disiarkan.

Saluran ini menjadi peneraju kepada kaedah penyiaran di Asia Tenggara melalui Saluran 811. Rangkaian ini telah menyiarkan program studio berkaitan kejohanan sukan terbesar dalam versi HD seperti Liga Perdana Inggeris dan Piala Dunia FIFA sejak 2010 dan program sukan daripada majalah iaitu FourFourTwo sejak 2011.

Astro SuperSport 2, 3[sunting | sunting sumber]

Astro SuperSport 2, 3
Astro ASSP2.png
Logo Astro SuperSport 3
Dilancarkan18 November 2009 (Astro SuperSport 2)
2010 (Astro SuperSport 3)
RangkaianAstro
Dimiliki olehAstro
Format gambarSDTV (576i 16:9)
HDTV (1080i 16:9)
NegaraMalaysia
BahasaInggeris
Perancis
Sepanyol
Kawasan siaranMalaysia
Ketersediaan
Satelit
AstroSaluran 812 (ASSP 2 HD)
Saluran 813 (ASSP 3 HD)
Saluran 832 (ASSP 2 SD)
Saluran 833 (ASSP 3 SD)
Astro NJOISaluran 812 (ASSP 2 HD)
Saluran 813 (ASSP 3 HD)
Saluran 832 (ASSP 2 SD)
Saluran 833 (ASSP 3 SD)

Astro SuperSport 2 merupakan saluran bersekutu pertama Astro SuperSport. Sejak dilancarkan pada 18 November 2009, saluran ini disiar melalui Saluran 832 dan Saluran 812 untuk versi HD. Kejohanan sukan yang disiarkan termasuklah BWF Super Series, ATP World Tour Finals, Bundesliga, Ligue 1, juga kejohanan di Jerman iaitu ADAC Zurich 24h-Rennen, juga kejohanan di Amerika iaitu NFL, NHL dan Petit Le Mans dan juga kejohanan di Mexico iaitu Liga MX.

Astro SuperSport 3 merupakan saluran bersekutu kedua Astro SuperSport. Saluran ini dilancarkan pada tahun 2010 dan bersiaran melalui Saluran 833 dan Saluran 813 untuk versi HD.

Astro SuperSport 4[sunting | sunting sumber]

Astro SuperSport 4
Astro ASSP4.png
Dilancarkan1 Januari 2013
RangkaianAstro
Dimiliki olehAstro
Format gambarSDTV (576i 16:9)
HDTV (1080i 16:9)
NegaraMalaysia
Kawasan siaranMalaysia
Ketersediaan
Satelit
AstroSaluran 814 (HD)
Saluran 834 (SD)
Astro NJOISaluran 814 (HD)
Saluran 834 (SD)

Astro SuperSport 4 merupakan satu saluran eksklusif yang hanya ditawarkan kepada pelanggan saluran televisyen berbayar Astro dari Malaysia. Saluran ini terdapat dalam saluran 834 dan saluran 814 dalam versi HD.Saluran ini merupakan saluran sukan Astro selain Astro Arena, Astro SuperSport, FOX Sports, Eurosport, The Golf Channel, Astro SuperSport 2 dan Astro SuperSport 3.

Antara acara sukan menarik bakal dimuatkan di saluran ini adalah Liga Perdana Inggeris (EPL) serta sukan yang berkaitan dengan bola sepak.

Apabila terdapat sebuah kejohanan sukan antarabangsa yang berprestij, akan berlaku penambahan saluran mengenai liputan khas atau siaran langsung berkaitan sesuatu kejohanan kepada penonton. Astro SuperSport 4 merupakan saluran bersekutu kedua Astro SuperSport. Saluran ini dilancarkan pada tahun 2013 dan bersiaran melalui Saluran 834 dalam versi SD dan versi HD bersiaran melalui saluran 814.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Astro SuperSport". Dicapai pada 2010-08-16.[pautan putus]
  2. ^ "Astro SuperSport". Dicapai pada 16 Ogos 2010.[pautan putus]
  3. ^ "TM's HyppTV to carry Astro sports channels". Digital News Asia. 2 Ogos 2013. Dicapai pada 2 Ogos 2013.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]