Astro Wah Lai Toi
![]() | |
Negara | ![]() |
---|---|
Ibu pejabat | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Pemilikan | |
Pemilik | Astro All Asia Networks |
Sejarah | |
Pautan | |
Laman web | www.astro.com.my |
Ketersediaan | |
Terestrial | |
Kabel | |
Satelit | |
IPTV | |
Media penstriman | |
Radio satelit |
Cina Tradisional: | 華麗台 | ||||||||||||
Cina Ringkas: | 华丽台 | ||||||||||||
Maksud harfiah: | Platform Anggun | ||||||||||||
|
Astro Wah Lai Toi (Cina Tradisional: 華麗台, Cina Ringkas: 华丽台) ialah sebuah saluran televisyen bersiaran 24 jam yang dibawa terutamanya dalam bahasa Kantonis oleh Astro. Astro Wah Lai Toi disifatkan sebagai serupa gaya penampilannya dengan stesen televisyen Hong Kong, terutamanya TVB, dan maka itu turut menyiarkan rancangan TVB di samping bahan buatan tempatan. bagi rancangan-rancangan tertentu, penonton boleh memilih untuk menikmatinya sama ada dalam bahasa Kantonis atau Mandarin (bagi drama TVB; bahasa asal bagi bahan asing bukan Hong Kong).
Saluran yang bermula sejak Astro dilancarkan pada tarikh 1 Jun 1996 dengan sebelum ini boleh diikuti di Saluran 311 Astro.
Saluran ini mula tayangan serentak bersama Astro Zhi Zun HD pada 13 Januari 2013.
Pada 6 Oktober 2014, saluran ini serentak bersama Astro Zhi Zun HD bertukar nama sebagai Astro Wah Lai Toi HD.
Pada 1 April 2020, Astro mengumumkan bahawa Astro Wah Lai Toi akan beralih kepada Astro GO dan beberapa kandungan Astro Wah Lai Toi akan bergabung dengan TVB Jade.
Pada 1 Mei 2020, Astro Wah Lai Toi HD telah sepenuhnya beralih ke Video On Demand dan Astro Go.
Pada 1 Jun 1996, Astro Wah Lai Toi terdapat di saluran 30 sehingga pada 30 September 2007. Pada 1 Oktober 2007, Astro Wah Lai Toi bertukar nombor saluran di saluran 311.
Kini, Astro Wah Lai Toi ditukarkan kepada TVB Jade dengan segelintir rancangannya diberi kepada saluran itu.
Semasa bersiaran, program Hong Kong Astro Wah Lai Toi terdapat sarikata Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.