Asy-Syifa' binti Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Asy-Syifa' binti Abdullah (الشفاء بنت عبد الله) atau juga dieja Al-Syifa binti Abdullah, dengan nama asalnya Laila, adalah salah seorang daripada sahabat Nabi Muhammad ﷺ. Nama penuh beliau ialah Laila binti Abdullah bin Abdu Syams bin Khalaf bin Sadad bin Abdullah bin Qarat bin Raza bin Uday bin Ka'b bin Luai bin Ghalib bin Fahar bin Malik bin Nadhar bin Kananah bin Khuzaimah bin Madarkah bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Maad bin Adnan

Riwayat hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau ialah anak perempuan kepada of Abdullah bin Abdu Syams dan Fatimah binti Wahab[1] dan seorang daripada suku Bani Adi daripada kaum Quraisy di Mekah.[2] Beliau isteri kepada Abu Huthamah bin Huzaifah bin Ghanam bin Amar al-Qurasyi al-Adawi, dan mempunyai dua anak lelaki, Sulaiman dan Masruq.[1] Kemudian, beliau berkahwin dengan saudara Abu Huthamah bin Huzaifah, yang bernama Marzuq bin Huzaifah dan melahirkan Abu Hakim bin Marzuq.

Beliau dikenali sebagai seorang wanita yang bijaksana. Nama panggilannya Asy-Syifa' bermaksud "perawat" kerana beliau menggunakan perubatan tradisional untuk merawat orang sakit.[3] Semasa Mekah hanya mempunyai lebih kurang 20 orang sahaja yang celik huruf, Asy-Syifa'lah wanita pertama yang dapat kemahiran ini.[2] Beliau mengajar khat kepada ramai orang, [4] termasuklah sanak jauhnya, Hafsah binti Umar, dan mereka berdua menjadi sahabat satu sama lain.[5]

Asy-Syifa' memeluk Islam di Mekah dan adalah antara yang pertama menyertai hijrah ke Yathrib.[1][6] Di sana, rumahnya terletak di antara Masjid Nabawi dan pasar.[7] Nabi Muhammad ﷺ dahulu melawat beliau di sana dan kadangkala baginda bertanya beliau tentang perilaku elok dalam urusan niaga.[3]

Apabila Umar naik khalifah, beliau melantik Asy-Syifa' sebagai pegawai pemeriksa di pasar di Madinah.[3] Asy-Syifa' menerangkan ciri-ciri Umar dengan berkata: "Apabila Umar bercakap, suaranya lantang; apabila dia berjalan, jalannya pantas; apabila dia memukul, pukulannya menyakitkan."[8] Umar juga pernah menziarahinya di rumahnya.[6] Pada suatu hari, Umar bertanya akan sebab anaknya Sulaiman tiada semasa solat Subuh; jawab dia bahawa Sulaiman telah meluang sepanjang malamnya beribadah dan ia menyebabkan anaknya tidur pada waktu pagi.[7]

Sumbangan kepada Islam[sunting | sunting sumber]

Antara hadis-hadis yang beliau wariskan, ialah asal-usul gelaran Umar, iaitu Amir al-Muminin,[6] dan juga sabda baginda Muhammad ﷺ yang berbunyi: "Perumpamaan orang yang berjihad di jalan Allah adalah seperti orang yang beribadah (pada malam hari) dan berpuasa (di siang hari) tanpa merasa penat melaksanakan solat atau puasa sampai orang yang berjihad itu kembali."[9][10]

Anak beliau Masruq menjadi seorang amir.[1] Daripada anaknya Sulaiman, beliau mendapat dua cucu lelaki, Abu Bakar dan Uthman, yang juga merupakan pewaris hadis.[7][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Muhammad ibn Saad. Kitab al-Tabaqat al-Kabir vol. 8. Translated by Bewley, A. (1995). The Women of Madina, p. 188. London: Ta-Ha Publishers.
  2. ^ a b Ahmed ibn Jabir al-Baladhuri. Kitab Futuh al-Buldan. Translated by Murgotten, F. C. (1924). The Origins of the Islamic State Volume II, p. 271. New York: Longmans, Green & Co., & London: P. S. King & Son.
  3. ^ a b c d Ahmad ibn Hajar al-Asqalani. Al-Isaba fi Tamyiz al-Sahaba vol. 7 #11373.
  4. ^ Kazan, H., Dünden bugüne hanım hattatlar, [Women Calligraphers: Past and Present], İstanbul Büyükşehir Belediyesi, 2010, Chapter 5
  5. ^ Abu Dawud 28:3878.
  6. ^ a b c Bukhari, Al-Adab Al-Mufrad 42:1023.
  7. ^ a b c Malik ibn Anas. Al-Muwatta 8:7.
  8. ^ Muhammad ibn Jarir al-Tabari. Tarikh al-Rusul wa'l-Muluk. Translated by Smith, G. R. (1994). Volume 14: The Conquest of Iran, p. 120. Albany: State University of New York Press.
  9. ^ Tirmidhi 3:20:1619.
  10. ^ Sunan at-Tirmizi, Jilid 3, 1619 (Jilidhttp://koleksihadisnabi.blogspot.com/p/al-tirmidzi.html#!/tcmbck, dicapai 23 Februari 2019)