Asyraf Wajdi Dusuki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Asyraf Wajdi Hj Dusuki)
Jump to navigation Jump to search
Yang Berbahagia Dato' Dr.
Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki appointment.jpg
Dusuki ketika perlantikannya semasa 2015.
Ketua Pemuda UMNO
Memegang jawatan
25 Jun 2018
Didahului oleh Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Raja Sultan Abdul Halim
Sultan Muhammad V
Perdana Menteri Najib Razak
Digantikan oleh Fuziah Salleh
Presiden
Islamic Da'wah Foundation of Malaysia
Dalam jawatan
3 Jun 2013 – 28 Julai 2015
Didahului oleh Dr. Aziz Jamaludin Mhd. Tahir
Digantikan oleh Dr. Yusri Mohamad
Butiran peribadi
Lahir Asyraf Wajdi bin Dusuki
(1976-05-14) 14 Mei 1976 (umur 42)
Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politik UMNO - BN
Pasangan Dr. Nurdianawati Irwani Abdullah
Kediaman Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Alma mater International Islamic University Malaysia
Loughborough University
Known for Pembankan dan kewangan Islamik

YBhg Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki (lahir 14 Mei 1976) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuatkuasa pada 29 Julai 2015 sehingga 10 Mei 2018.

Sebelum pelantikan ini, beliau telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 03 Jun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Dalam kerjaya peringkat awal, pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kemudian bertugas sebagai Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) iaitu institusi pengajian tinggi di bawah Bank Negara Malaysia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga memiliki Sarjana Ekonomi, Perbankan dan Kewangan Islam serta Ph.D dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Loughborough University, United Kingdom.[perlu rujukan]

Waktu di universiti, pernah menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Exco Majlis Perwakilan Pelajar UIAM. Dinobatkan selaku Graduan Terbaik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tahun 2000, dan memperoleh beberapa anugerah Graduan Terbaik di peringkat Kebangsaan pada tahun yang sama.  [1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dalam dunia kewangan Islam, beliau banyak membantu membangunkan polisi-polisi Syariah dan dasar-dasar kewangan Islam untuk Bank Negara Malaysia dan juga luar negara termasuk memberikan latihan dan khidmat Syariah dalam kewangan Islam bagi negara-negara seperti Oman, Turki, Maldives, Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom, Korea Selatan, Afrika Selatan dan lain-lain. Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Affin Islamic Bank, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Affin Banking Group dan Penasihat Syariah AIA PUBLIC Takaful Berhad hampir 10 tahun.[2]

Selain itu, beliau diamanahkan sebagai Penasihat Syariah dan Konsultan Kewangan Islam di beberapa instititusi Kewangan Islam di dalam dan luar negara termasuklah Maldives Capital Market Development Authority, Maldives Allied Insurance Pvt Ltd., Price Waterhouse Coopers (PWC) Malaysia, London-based Mortgage Company Chain Mender Limited, London-based Halal Industries PLC, US-Based Islamic Financial Institution United Chartered Bank (UCB), ISRA Consultancy Sdn. Bhd., Singapore-based IFIS Business Advisory Pte Ltd dan KA Syariah Advisory.[3]

Beliau juga aktif memberi latihan dan tunjuk ajar dalam perbankan dan kewangan Islam kepada para Hakim-hakim Persekutuan dan Mahkamah Tinggi, para pengurusan dan pegawai tertinggi Bank Negara Malaysia, pengamal perbankan dan takaful, pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai dalam dan di peringkat antarabangsa.[4][5]

Pada tahun 2011, beliau turut mendapat pengiktirafan Kewangan Islam Antarabangsa apabila dinobatkan sebagai "The Most Upcoming Personality in Islamic Finance" di Persidangan Antarabangsa Oman Islamic Economic Forum.[6]

Akademik[sunting | sunting sumber]

Dalam dunia akademik, beliau pernah menyandang jawatan Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Dan Pustaka (2015-2017) dan juga Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi tahun 2014-2016 . Beliau juga sebelum ini merupakan Felo Kehormat Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang bagi tahun 2015-2016. Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Profesor Pelawat dalam bidang Kewangan Islam di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengajian (Board of Studies) untuk program-program akademik berkaitan ekonomi dan kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK), University of Management and Technology (UMTECH) dan Fellow Bersekutu ISDEV, Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau telah menulis beberapa buah buku dan berpuluh artikel akademik di Jurnal-jurnal antarabangsa. Salah satu artikel beliau bertajuk “Banking for the Poor: The Role of Islamic Banking in Microfinance Initiatives” dianugerahkan sebagai Artikel Terbaik bagi tahun 2009 oleh Emerald Literati Network, sebuah institusi Jurnal Antarabangsa yang paling berprestij. Selain itu, menjadi kolumnis di beberapa akhbar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Sinar Harian.

Politik[sunting | sunting sumber]

Selain menyandang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Biro Perhubungan NGO-GCOC UMNO Malaysia dan juga Panel Penasihat Skuad An-Nur Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[7]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undian Prts Pembangkang Undian Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 P28 Pasir Puteh, Kelantan Asyraf Wajdi Dusuki (UMNO) % Kamarudin Mohd Noor (PPBM) % %
Nik Zawawi Salleh (PAS) %

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Profil". www.asyrafwajdi.com. Dicapai 16 January 2017. 
  2. ^ "Dr. Asyraf Wajdi terajui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia". Utusan Malaysia. 5 June 2013. Dicapai 16 January 2016. 
  3. ^ "Ahli Parlimen". www.parlimen.gov.my. Parliament of Malaysia. Dicapai 16 January 2017. 
  4. ^ Wouter van Cleef (7 August 2017). "In Maleisië geldt: gij zult geen atheïst zijn". Trouw (dalam bahasa Belanda). Dicapai 18 September 2017. 
  5. ^ Loulla-Mae Eleftheriou-Smith (8 August 2017). "Malaysian atheist group under investigation over alleged Muslim apostate members". The Independent. Dicapai 26 November 2017. 
  6. ^ "Atheism is unconstitutional, says Malaysian deputy minister". Today Online. Mediacorp. 23 November 2017. Dicapai 26 November 2017. 
  7. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai 4 February 2018.  Results only available from the 2004 election.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]