Atari 7800

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Atari 7800
PengilangAtari Inc., Atari Corporation
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi ketiga
Ketersediaan runcitAmerika Syarikat Mei 1986
MediaKatrij ROM
CPUAtari SALLY 6502 ("6502C") berkelajuan 1.19-1.79MHz

Atari 7800 ProSystem (dikenali juga dengan nama Atari 7800) merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Atari Corporation pada tahun 1986. Konsol ini sepatutnya dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun 1984 sebagai pengganti kepada konsol Atari 5200, tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan penjualan syarikat Atari Inc. pada ketika itu[1].

Konsol ini juga merupakan konsol pertama yang dicipta Atari yang mempunyai kebolehan untuk memainkan permainan video dari konsol popular mereka iaitu Atari 2600[2].

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Konsol Atari 7800 dicipta bagi menggantikan konsol Atari 5200, dan mempunyai spesifikasi yang agak tinggi berbanding konsol sebelum ini. Antara penambahan ketara ialah dari segi grafik di mana Atari menggunakan cip mikropemproses untuk grafik yang diberi nama MARIA, cip yang sebelum ini sangat banyak digunapakai dalam konsol permainan video arked[3].

Sistem teras
Cip mikropemproses Utama: Atari SALLY 6502 ("6502C") berkelajuan 1.19-1.79MHz

Grafik: Atari MARIA GPU berkelajuan 7.16 MHz

RAM 4 KB
RAM video tiada
Grafik dan suara
Palet warna 256 warna
Resolusi skrin 320 px x 240 px
Saluran audio 2 saluran


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Top 25 Videogame Consoles of All Time: Atari 7800 is Number 17". IGN. Dicapai pada 17 Oktober 2015.
  2. ^ Sanger, David (22 Mei 1984). "ATARI VIDEO GAME UNIT INTRODUCED". NY Times. Dicapai pada 17 Oktober 2015.
  3. ^ "7800 SOFTWARE GUIDE" (PDF). Dicapai pada 17 Oktober 2015.