Ateisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ateisme bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan. Kepercayaan Ateisme bertentangan dengan teisme, yang merujuk kepada kewujudan sekurang-kurangnya satu Tuhan. Walaupun penafian tuhan sudah wujud pada zaman-zaman kuno, contohnya pada zaman jahiliah, tetapi hanya pada abad ke-19, ateisme membentuk menjadi satu fahaman dan aliran pemikiran, dengan adanya ahli fikir yang berterus-terang menafi kewujudan tuhan dengan dalil-dalilnya yang tersendiri. Tokoh-tokoh ateisme yang terkenal ialah Friedrich Nietzsche (1844–1900), dan juga Karl Marx (1818–1883).

Terma "Ateisme" berasal daripada bahasa Yunani ἄθεος (atheos), yang bermaksud, "tanpa Tuhan". Terma ini digunakan oleh golongan yang menafikan kewujudan Tuhan yang disembah oleh golongan majoriti dalam sesebuah masyarakat. Dengan perkembangan "kebebasan minda" (freethought) dan kritikan terhadap agama, penggunaan terma "ateisme" kemudiannya menjadi lebih spesifik dan terurus. Abad ke-18, Zaman Kesedaran, menyaksikan antara individu pertama yang menggelarkan diri mereka sebagai "ateis', manakala Revolusi Perancis merupakan antara peristiwa pertama yang menyaksikan pergerakan politik yang menyokong idea pemikiran manusia.

Hujah-hujah menyokong ateisme mengambil pendekatan sejarah, falsafah dan sosial. Antara rasional untuk menafikan kewujudan Tuhan adalah kekurangan bukti empirikal, permasalahan kesengsaraan dan permasalahan logikal.

Jangkaan bilangan ateis sukar untuk ditentukan disebabkan kemunculan ateisme yang berbagai. Beberapa tinjauan global berkaitan dengan subjek ini telah dilakukan oleh Gallup International. Tinjauan Gallup International 2015 menunjukkan seramai 11% daripada 64,000 responden merujuk kepada diri mereka sebagai "ateis yakin", manakala tinjaun terdahulu pada tahun 2012 menyaksikan seramai 13% responden menggelarkan diri mereka sedemikian. Menurut tinjauan-tinjauan ini, benua Eropah dan Asia Timur merupakan kawasan dengan kadar ateisme tertinggi. Pada tahun 2015, seramai 61% penduduk Cina merujuk kepada diri mereka sebagai "ateis". Menurut tinjauan "Eurobarometer", seramai 20% penduduk European Union (EU) mendakwa ketidakpercayaan terhadap "Tuhan atau apa-apa entiti ketuhanan".

Friedrich Nietzsche merupakan antara ahil falsafah yang latang sekali menyaran kepada ateisme, dengan pernyataannya "Tuhan Sudah Mati" (Jerman: Gott ist tot). Adapun pernyataan beliau telah menggemparkan masyarakat barat pada zaman itu. Pernyataan beliau menandakan bermulanya perubahan nilai pusat dalam umat Barat. Dengan itu, sistem nilai umat Barat, mula berubah dan tidak lagi berpusat pada akidah Kristian.

Dalil-dalil ateisme[sunting | sunting sumber]

Untuk dalil-dalil kewujudan tuhan sila rujuk Tuhan

Sebagai satu fahaman, ateisme mempunyai dalil-dalilnya sendiri untuk menafi kewujudan tuhan. Dalil-dalilnya adalah seperti di bawah

  • Kewujudan tuhan tidak memenuhi kriteria sebagai satu kewujudan
    Ini adalah kerana Tuhan tidak mempunyai jasad yang dapat diterima oleh deria manusia dan tidak pula dapat dikesan oleh mesin-mesin. Perasaan manusia mengenai kewujudan Tuhan dianggap khayalan semata-mata.
  • Masalah kesengsaraan di atas bumi
    Adanya kejahatan dan kesengsaraan di dunia menunjukkan bahawa Tuhan yang mempunyai kuasa mutlak dan bersifat baik tidak wujud. Sekiranya Tuhan yang berkuasa mutlak dan bersifat baik wujud, mengapakah ia mengizinkan kejahatan dan kesengsaraan ini terus berlaku?
  • Masalah Logikal
    Soalan "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?". Soalan ini menunjukkan sifat Maha Berkuasa yang ada pada Tuhan sukar melalui ujian logik.
  • Teori Penipuan-Sendiri(Teori Pragmatisme)
    Manusia mencipta tuhan untuk tujuan kawalan sosial dan sebagai tongkat untuk menghadapi kematian ataupun kesusahan.
  • Ketidaksinambungan
    Terdapat beribu-ribu agama di dunia ini dan masing-masing mempunyai imej Tuhan tersendiri dan bercanggah antara satu sama lain. Jika wujudnya satu Tuhan yang Maha Adil dan Maha Mengetahui, keadaan ini tidak mungkin berlaku.

Faktor-faktor kemunculan ateisme[sunting | sunting sumber]

Kemunculan ateisme merupakan satu fenomena sosial yang berlaku di masyarakat moden. Faktor-faktor kemuculannya adalah seperti di bawah:

  • Perkembangan Teknologi dan Sains
    Dengan adanya kuasa teknologi, manusia tidak lagi bergantung kepada kuasa ghaib seperti Tuhan untuk menghadapi waktu genting dalam hidup. Pengetahuan dalam sains juga membolehkan manusia menjawab kebanyakan misteri alam semesta yang dulunya memerlukan Tuhan sebagai medium jawapan.
  • Fahaman Sosial-Progresif
    Fahaman sosial progresif menganggap adat dan norma dalam masyarakat merupakan satu pemboleh ubah yang akan berubah-ubah mengikut peredaran masa. Lebih-lebih lagi, masyarakat ini menyanjung nilai pembaharuan dan mengkeji nilai lama. Dengan anggapan agama satu pemboleh ubah dalam masyarakat, orang yang kuat berpegang agama, akan dianggap sebagai "konservatif" satu nilai negatif dalam masyarakat ini.
  • Faktor Moraliti
    Ateis percaya bahawa moral tidak perlu wujud daripada rasa takut terhadap neraka ataupun ganjaran daripada syurga. Mereka menganggap bahawa kebolehan manusia untuk berlaku baik atau sebaliknya tidak memerlukan kewujudan tuhan dan syaitan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]