Atin, Atan & Mak Cun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Atin, Atan & Mak Cun
GenreDrama, keluarga
PengarahIzuan Mokhtar
Dibintangi oleh
Zareef Yusof
Khadra Syamimi
Jay Nazif
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifCitra Abdullah
Ain Abdullah
PenerbitAhmad Albab Abdullah
Ahmad Arri Abdullah
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal18 Julai 2019 – 22 Ogos 2019

Atin, Atan & Mak Cun merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Nazir Jamaluddin dibintangi oleh Eirma Fatima dan Umie Aida. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 bermula 18 Julai 2019 hingga 22 Ogos 2019. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mak Cun sibuk membuat persiapan untuk memasarkan produk keluarannya ke Guangzhou, China pula kali ini. Mak Cun sangat teruja dan gigih belajar bahasa Cina dengan Mei Ling. Manisah terkejut apabila mengetahui Mak Cun ingin ke China. Dia memujuk Mak Cun untuk membawanya ke China juga kerana dia pun baru sahaja mengeluarkan produk sendiri.

Seperti biasa, Manisah beriya-iya hendak ke China tetapi tidak mahu belajar bahasa Cina dan tidak membuat persiapan yang sepatutnya untuk ke sana. Mak Cun terkejut apabila melihat adiknya Kuntum, pulang ke kampung setelah 12 tahun membawa diri ke Arab Saudi kerana kecewa putus cinta. Kuntum mendapat tawaran kerja di Hospital Kuala Lumpur dan sementara itu dia akan tinggal di kampung dan membantu untuk menjaga Atin dan Atan sementara Mak Cun ke China.

Setelah berjaya membantu perniagaan Mak Cun tular dan semakin dikenali ramai, Atin kini dalam misinya untuk mengajar rakan-rakan yang lemah dalam pelajaran terutamanya subjek Matematik. Atin mengajar Amat, Ramu, Fatin, Orkid termasuklah kembarnya, Atan di waktu lapang mereka. Atin mahu rakan-rakan sekampungnya menjadi pintar. Atin turut menunjukkan cara bagaimana untuk membuat jadual belajar bagi memudahkan rakan-rakannya belajar mengikut ketetapan dan membuat ulangkaji mengikut waktu.

Atin juga sangat teruja membuat persiapan bagi hari penyampaian hadiah cemerlang di sekolahnya. Atin yakin bahawa dia pasti akan membawa pulang anugerah Pelajar Terbaik sekali lagi tahun ini. Malangnya, di hari penyampaian hadiah itu, bukan nama Atin yang diumumkan sebagai pelajar terbaik, sebaliknya nama Feng Ying yang dipanggil. Atin kecewa kerana dia gagal mempertahankan namanya sebagai pelajar terbaik. Atin kecewa dan dia berazam untuk mengalahkan Feng Yin.

Mereka sekeluarga dikejutkan dengan kepulangan Atul dan anaknya Fitri ke kampung. Atin dan Atan tidak menyukai Fitri yang banyak menghabiskan masanya dengan gajet. Atan tidak suka Fitri kerana dia sukar untuk berkomunikasi dengan Fitri yang bercakap menggunakan bahasa inggeris.

Adakah Mak Cun akan berjaya menembusi pasaran di China? Dapatkah Atin mengatasi pencapaian Feng Yin dan bolehkan Fitri menyesuaikan diri hidup di kampung?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Eirma Fatima sebagai Mak Cun
  • Khadra Syamimi sebagai Atin
  • Jay Nazif sebagai Atan
  • Zareef Yusof sebagai Fitri

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Atin, Atan & Mak Cun. MyInfoTaip. Dicapai 7 Ogos 2021