Atom kiub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Atom kiub ialah model atom awal di mana elektron-elektron diletakkan pada lapan bucu sebuah kiub dalam atom atau molekul tak berkutub. Teori ini telah dibangunkan pada 1902 oleh Gilbert N. Lewis dan diterbitkan pada 1916 dalam rencana terkenal "The Atom and the Molecule" dan digunakan untuk menjelaskan fenomena valensi.[1] Teori Lewis berdasarkan hukum Abegg. Ia dibangunkan lagi pada 1919 oleh Irving Langmuir sebagai atom oktet kiub.[2] Rajah di bawah menunjukkan perlambangan struktur unsur-unsur baris kedua jadual berkala.

Meskipun model kiub atom kemudiannya dipinggirkan kerana menggemari model mekanik kuantum berdasarkan persamaan Schrödinger oleh itu kini hanyalah penting demi sejarahnya, ia menandakan langkah penting dalam pemahaman konsep ikatan kimia. Rencana 1916 oleh Lewis juga mengenalkan konsep pasangan elektron ikatan kovalen, hukum oktet dan apa yang dikenali pada hari ini sebagai struktur Lewis.

Ikatan dalam model atom kiub[sunting | sunting sumber]

Ikatan kovalen tunggal dibentuk apabila dua atom berkongsi satu sisi seperti dalam struktur C di bawah. Ini menyebabkan perkongsian dua elektron. Ikatan ion terbentuk melalui pemindahan elektron daripada satu kiub ke kiub yang lain, tanpa berkongsi sisi (A). Satu keadaan perantaraan B di mana hanya satu bucu dikongsi juga dipostulat oleh Lewis.

Ikatan ganda dua terbentuk melalui perkongsian satu muka antara dua atom kiub, lantas menyebabkan perkongsian empat elektron:

Ikatan ganda tiga tidak boleh dihasilkan oleh model atom kiub kerana tidak ada cara untuk dua atom kiub berkongsi tiga sisi selari. Lewis mencadangkan bahawa pasangan-pasangan elektron dalam ikatan atomik mempunyai tarikan istimewa yang membentuk struktur tetrahedron seperti dalam rajah di bawah (kedudukan baru elektron ditanda oleh bulatan bertitik di tengah sisi yang tebal). Ini membolehkan pembentukan ikatan tunggal dengan berkongsi bucu, ikatan ganda dua dengan berkongsi sisi dan ikatan ganda tiga dengan berkongsi muka. Ia juga menjelaskan putaran bebas di sekeliling ikatan tunggal dan geometri tetrahedron metana.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lewis, Gilbert N. (1916-04-01). "The Atom and the Molecule". Journal of the American Chemical Society. 38 (4): 762–785. doi:10.1021/ja02261a002. See images of original article http://chimie.scola.ac-paris.fr/sitedechimie/hist_chi/text_origin/lewis/Lewis-1916.htm
  2. ^ Langmuir, Irving (1919-06-01). "The Arrangement of Electrons in Atoms and Molecules". Journal of the American Chemical Society. 41 (6): 868–934. doi:10.1021/ja02227a002.