Aubrey Miles

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Aubrey Miles
Aubrey Miles.jpg
Miles pada 2004
Kelahiran
Aubrey Santos Sandel

(1980-03-16) 16 Mac 1980 (umur 41)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1998–kini
Ketinggian5'5"

Aubrey Miles (lahir Aubrey Santos Sandel; 16 Mac 1980) ialah seorang pengacara televisyen, model dan pelakon wanita Filipina.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Miles lahir di Caloocan, Filipina, kepada pasangan Victorino Sandel dan Maria Perla Santos. Beliau ialah anak ketiga dari empat beradik.

Pada usia 16 tahun, Miles membintangi sitkom di GMA Beh Bote Nga dan German Moreno Best Friends. Beliau menyertai pertandingan kecantikan yang memberinya pendedahan awal. Beliau mendapat pendidikan menengahnya di La Consolacion Caloocan.[2]

Ketika menuntut di Konservatori Muzik Universiti Santo Tomas, yang mana beliau mengkhususkan kepada suara dan juga mempelajari piano, penerbit filem Dondon Monteverde memberiknya kontrak 8 filem, kontrak dua tahun bersama Regal Films.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Miles telah tiga kali tampil di muka depan majalah FHM Philippines; beliau ialah seorang gadis penghias di 2002, 2004 – gambarnya dilitupi emas cat untuk edisi 50 tahun majalah tersebut, dan pada 2009.[3] Miles juga salah seorang dari tiga gadis Kalendar FHM bersama dengan Maui Taylor dan Diana Zubiri untuk kalendar FHM 2003.

Bekerja sama dengan rakan karibnya, Jacqueline Yu, Miles menjadi peserta di The Amazing Race Asia 1. Mereka selesai kedudukan ke-9 dari 10 pasukan.

Beliau juga menyertai Survivor Philippines: Celebrity Showdown dan berjaya mara ke peringkat akhir, Hari 36 bersama Marian Rivera, Solenn Heussaff, dan Akihiro Sato sebagai "Final Four" acara itu.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau bertunang dengan pelakon Troy Montero yang bersamanya memiliki seorang anak bernama Hunter, yang dilahirkan pada 3 Oktober 2008.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan Rangkaian
2015 Pasión De Amor Rosario "Rio" Montes ABS-CBN
Aquino & Abunda Tonight Bintang undangan
2011 Survivor Philippines: Celebrity Doubles Showdown Dirinya sendiri/Bintang undangan/pengacara bersama GMA Network
2011 Amaya
2010 Survivor Philippines: Celebrity Showdown Bintang undangan
2010 Showtime Juri undangan ABS-CBN
2007 Rounin 2007 (siri mini TV)
2006 The Amazing Race Asia 1 Peserta bersama Jacqueline AXN Asia

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Super Noypi (2006)
  • Exodus: Tales from the Enchanted Kingdom (2005) sebagai Bangkila
  • Bora (2005) (serial TV)
  • Lisensyadong kamao (2005) sebagai Fanie
  • Pa-siyam (2004) sebagai Ruth
  • Beautiful Life (2004) sebagai Daisy
  • Singles (2004) sebagai Susie
  • Kuya (2004) sebagai Chloe
  • Gagamboy (2004) sebagai Liani
  • Xerex the Series First Edition (2004) (Video)
  • Sanib (2003) sebagai Melissa
  • Xerex (2003) sebagai Breezy/Marge/Jasmin
  • Prosti (2002) sebagai Ditas

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sicam, Edmund L. (2004). "Aubrey Miles Has Gone a Long Way". Planet Philippines. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-26. Dicapai pada 2016-05-30.
  2. ^ Bautista, Mario E. (2002). "Aubrey is her name". Manila Standard Today.
  3. ^ "[https://web.archive.org/web/20080618015031/http://www.fhm.com.ph/fhm-babes/profile/26/aubrey-miles Diarkibkan 2008-06-18 di Wayback Machine Diarkibkan 2008-06-18 di Wayback Machine Diarkibkan 2008-06-18 di Wayback Machine Diarkibkan 2008-06-18 di Wayback Machine Diarkibkan 2008-06-18 di Wayback Machine Diarkibkan 2008-06-18 di Wayback Machine Diarkibkan 2008-06-18 di Wayback Machine Diarkibkan 2008-06-18 di Wayback Machine Interview | Profile: Aubrey Miles]" FHM Philippines Summit Media
  4. ^ Santiago, Erwin (October 3, 2008). "Aubrey Miles gives birth to son"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]