Aufahanie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aufahanie
Nama lahirNur Aufahanie binti Mokhtar
Kelahiran (2003-05-05) 5 Mei 2003 (umur 20)
Berasal dariShah Alam, Selangor, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi, komposer
InstrumenVokal
Tahun aktif2020–kini
Syarikat rakaman
Indigital Music

Nur Aufahanie Mokhtar (lahir 5 Mei 2003) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau mencapai kemasyhuran sebagai salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga. Selain itu, beliau turut mengambil bahagian sebagai salah seorang daripada 24 peserta amatur dalam Vokal Mania. Pada tahun 2022, beliau melancarkan single pertamanya, "Geming Jiwa".[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya muzik Aufahanie bermula apabila beliau menjadi salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga pada Februari 2020 yang mana beliau berpasangan bersama abangnya, Nidza Afham yang turut berkecimpung dalam bidang muzik.[3]

Pada Oktober, beliau merupakan salah seorang 24 peserta amatur, juga dikenali sebagai Rookie dalam Vokal Mania di TV3 antara lain turut disertai oleh Wafariena Roslan, Nuha Bahrin dan Aisha Retno.[4]

Aufahanie melancarkan single solo pertamanya, "Geming Jiwa" hasil nukilan Amylea Azizan. Dikeluarkan pada 3 Jun 2022, lagu ini dipilih sebagai lagu selingan untuk drama Dendam Seorang Isteri.[5] Beliau juga pernah dijemput sebagai penyanyi jemputan untuk lagu "Mungkir" nyanyian Syahmi Irfan.

Big Stage 5 (2023)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2023, Aufahanie terpilih sebagai salah seorang daripada 13 peserta Big Stage musim kelima. Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Kedudukan
Minggu 1 Menifesto "Geming Jiwa" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Flex Your Beat "Nang" Iman Troye TERSELAMAT
Minggu 3 Asmaraloka "Anugerah Terindah" Alif Satar & The Locos TERSELAMAT
Minggu 4 Hari Jiwa Galau "Sisa Rasa" Mahalini TERSELAMAT
Minggu 5 High School Crush "Ikut Rentakku" Jaclyn Victor TERSELAMAT
Minggu 6 Wow-Wa What's Next "Bring Me To Life" Evanescence TERSELAMAT
Minggu 7 Selebriti Memilih "Cinta Sejati (dipilih oleh Jaclyn Victor)" Bunga Citra Lestari TERSELAMAT
Minggu 8 (Suku Akhir) Juri Pulak Memilih "Masih Aku Cinta" Shila Amzah TERSELAMAT
Minggu 9 (Separuh Akhir) BBNU Pun Nak Pilih Jugak "Berakhirlah Pencarianku (duet bersama Naqiu)" Hafiz Suip ft. Ernie Zakri TERSELAMAT
Minggu 10 (Akhir) Ultimatum & Battle Mashup "Pudar" Indah Ruhaila TEMPAT KELIMA
"Toxic & Titanium" (battle Puteri Khareeza) Britney Spears & David Guetta ft. Sia

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Aufahanie ialah anak keenam daripada 7 beradik dan pemegang ijazah Seni Persembahan di Universiti City.[1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Mungkir" (bersama Syahmi Irfan) 2020
"Geming Jiwa" 2022

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2020 I Can See Your Voice Malaysia (musim 3) Dirinya sendiri/peserta TV3
Vokal Mania
2023 Big Stage 5 Astro Ria

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Georgie Joseph (9 Mei 2022). "Mahu terus bersinar". Harian Metro. Dicapai pada 3 Mei 2023.
  2. ^ Siti Athirah Dzulkifly (10 Jun 2022). "Geming Jiwa pertaruhan pertama Aufahanie". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Mei 2023.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (16 Jun 2022). "Saingan makin sukar". Harian Metro. Dicapai pada 3 Mei 2023.
  4. ^ Attiqah Mohd (11 November 2020). "Vokal Mania: "Betul Apa Yang Mereka Cakap.." – Rookie Aufahanie Alami Stage Fright, Akui Salah Sendiri". XTRA. Dicapai pada 3 Mei 2023.
  5. ^ "Penantian Hampir Dua Tahun Berakhir, Aufahanie Kini Muncul Dengan Single Sulung Geming Jiwa". Kopiplanet. 7 Jun 2022. Dicapai pada 3 Mei 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]