Austin, Texas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Austin, Texas
Bandar Austin
Latar langit pusat bandar Austin dari pesisiran pantai Auditorium pada Oktober 2018.
Latar langit pusat bandar Austin dari pesisiran pantai Auditorium pada Oktober 2018.
NegaraAmerika Syarikat
NegeriTexas
Keluasan
 • Jumlah305.1 batu persegi (790.1 km2)
Ketinggian
489 ft (149 m)
Penduduk
(2010)
 • Jumlah967,629
 • Kepadatan3,182/batu persegi (1,228.6/km2)
Zon waktuUTC-6 (CST)
 • Musim panas (DST)UTC-5 (CDT)
Laman webhttps://www.austintexas.gov/

Austin ialah ibu negeri Texas, Amerika Syarikat di Daerah Travis dengan sebahagiannya yang berterusan ke Daerah Hays dan Williamson.

Austin, Daerah Travis dan Daerah Williamson dijadikan tapak petempatan manusia sejak sekurang-kurangnya 9200 SM. Austin yang merupakan ibu negeri yang paling selatan antara 48 negeri di daratan Amerika Syarikat, terletak di Texas Tengah. Berdasarkan bancian Amerika Syarikat pada tahun 2010, peratusan keturunan di Austin ialah 68.3% orang putih, 35.1% Latino, 8.1% Amerika-Afrika, 6.3% Asia, 0.9% orang asli Amerika, 0.1% orang asli Kepulauan Pasifik dan 3.4% kacukan.[1] Kawasan statistik metropolitan Austin mempunyai keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak $86 bilion pada tahun 2010.

"Kekalkan Kepelikan Austin" ialah cogan kata setempat sejak beberapa tahun, dan ini ditonjol di pelekat kereta dan baju kemeja-T. Banyak penduduk Austin menyokong program olahraga Universiti Texas di Austin yang dikenali sebagai Longhorn Texas. Jabatan Taman dan Rekreasi Austin menerima Anugerah Kecemerlangan Akuatik pada tahun 1999 dan Anugerah Pingat Emas pada tahun 2004 daripada Persekutuan Rekreasi dan Taman Kebangsaan. Penyelidik di Universiti Negeri Connecticut Tengah menilai Austin sebagai bandar yang ke-16 paling celik huruf di Amerika Syarikat bagi tahun 2008. Surat khabar utama Austin ialah Austin American-Statesman. Pada tahun, 72.7% daripada pekerja Austin memandu kereta bersendirian, dan cara selainnya: 10.4% berkongsi kereta, 6% bekerja dari rumah, 5% menggunakan pengangkutan awam, 2.3% berjalan kaki dan 1% berbasikal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ American FactFinder, United States Census Bureau. "Austin city, Texas – Race, Hispanic or Latino, Age, and Housing Occupancy: 2010". United States Census Bureau. Diarkibkan daripada asal pada May 20, 2011. Dicapai February 19, 2011.