Australorp

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Australorp
Australorp Rooster.jpg
Ayam jantan Australorp
Status pemuliharaan
Nama lain
  • Australorp Hitam
  • Orpington Australia
Nama gelaran Australs
Negara asal Australia
Standard Australorp Club of Australia
Kegunaan Dual-purpose breed: eggs, meat
Ciri-ciri
Berat Jantan: Large: 3.20–4.10 kg
Bantam: 0.96–1.23 kg
  Betina: Large: 2.250–3.10 kg
Bantam: 0.79–1.04 kg[1]
Warna kulit Putih
Warna telur Perang
Jenis balung Single
Pengelasan
APA English
ABA Balung sisir tunggal dan kaki licin
PCGB Bulu lembut: Heavy[2]
APS Baka besar bulu lembut

Australorp adalah sejenis baka ayam yang berasal daripada Australia. Ia asalnya dibiakan sebagai baka utiliti dengan tujuan untuk dijadikan baka penelur. Baka ini menjadi popular pada tahun 1920-an sebelas berjaya memecahkan beberapa rekod dunia dari segi jumlah telur yang dihasilkan dan menjadi baka ayam popular yang dibiakan di Barat.[3] ayam ini dianggap sebagai Baka Ayam Negara di Australia.[4] Warna yang paling popular adalah hitam yang mana juga merupakan satu-satunya warna yang disahkan di Amerika Syarikat,[3] meskipun warna biru dan putih juga diakui di Australia[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Australorp betina.

Stok asal yang digunakan dalam membiakan Australorp telah diimport ke Australia pada tahun 1890 hingga awal tahun 1900-an daripada Ladang William Cook dan Joseph Partington di England dengan menggunakan baka Orpington Hitam dan dikacukan dengan baka Rhode Island Red. Pembiak tempatan menggunakan stok ini dan mengacukan dengan baka-baka Minorca, White Leghorn dan Langshan untuk meningkatan ciri-ciri utilitinya. Terdapat laporan di mana baka Plymouth Rock juga telah digunakan. Pada waktu ini, ayam-ayam yang terhasil dikenali sebaggai Orpington Hitam Australia (Austral-orp).

Warna dan kelainan[sunting | sunting sumber]

Seekor Australorp jantan berwarna putih.

Australorp, sepertimana baka-baka ayam lain; boleh didapati dalam jenis bantam dan standard.

Pada masa sekarang, berdasarkan pada Australian Poultry Standard, ayam Australorp boleh didapati dalam warna hitam, putih dan biru. Australorp putih telah direkodkan sejak tahun 1949[6] tetapi hanya disahkan dalam Australian Poultry Standards, edisi kedua pada tahun 2011.[7] South Africa recognises further colours; buff, splash, wheaten laced and golden.[8]

Telur[sunting | sunting sumber]

Ayam ini merupakan baka penelur yang baik di mana ia telah manarik perhatian dunia pada tahun 1922-23 apabila sekumpulan 6 ekor ayam betina telah bertelur sejumlah 1,857 biji iaitu puratanya 309.5 bagi setiap ekor ayam dalam 365 hari berturutan. Rekod ini menyebabkan pesanan import mencurah-curah datang daripada England, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Kanada dan Mexico. Ayam Australorp yang dijaga dengan baik boleh bertelur kira-kira 250 biji setahun. Sebuah rekod baru dicipta apabila seekor ayam betina berjaya bertelur sebanyak 364 biji dalam masa 365 hari.[9] Ayam ini juga merupakan pengeram dan ibu yang baik, menjadikannya sebagai baka ayam besar dan utiliti yang cemerlang.

Berat[sunting | sunting sumber]

Anak Australorp (berumur 3 hari)
Australorp biasa
Jantan 3.9–4.7 kg 8.6–10.3 lbs
Betina 3.3–4.2 kg 7.3–9.2 lbs
Jantan muda 3.2–3.6 kg 7–7.9 lbs
Ayam dara 3.0–3.6 kg 6.6–7.9 lbs
Australorp Bantam
Jantan 1.2 kg 2.6 lbs
Betina 790 g 1.7 lbs
Jantan muda 1.6–2.1 kg 3.5–4.6 lbs
Ayam dara 1.3–1.9 kg 2.9–4.2 lbs

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Standards. Australorp Club of Australia. Accessed August 2014.
  2. ^ Breed Classification. Poultry Club of Great Britain. Accessed August 2014.
  3. ^ a b "AUSTRALORP CHICKEN". livestockconservancy.com. The Livestock Conservancy. Dicapai 15 November 2014. 
  4. ^ "Australian poultry breeds feature on stamps". auspost.com.au. Australia Post. Dicapai 15 November 2014. 
  5. ^ Limited, Victorian Poultry Fanciers Association (2011). Australian poultry standards (edisi 2nd). Ballarat, Vic.: Victorian Poultry Fanciers Association Limited (trading as Poultry Stud Breeders and Exhibitors Victoria). m/s. 38–40. ISBN 9781921488238. Dicapai 15 November 2014. 
  6. ^ "White Australorps Breed True". Morning Bulletin. July 15, 1949. Dicapai 15 November 2014. 
  7. ^ "AUSTRALIAN POULTRY STANDARDS". australorps.com. Australorp Club of Australia. Dicapai 15 November 2014. 
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SA tidak disediakan
  9. ^ "Australorp Chicken". Dicapai 18 July 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Poultry breeds of Australia