Austria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Austria
Republik Österreich
Bendera
Moto: tiada
Lagu: Land der Berge, Land am Strome  (Bahasa Jerman)
"Tanah Pergunungan, Tanah pada Sungai"
Lokasi Austria  (jingga tua)– di dalam Kesatuan Eropah  (jingga muda)– di Eropah  (EU) — (Legend)
Lokasi Austria  (jingga tua)

– di dalam Kesatuan Eropah  (jingga muda)
– di Eropah  (EU) — (Legend)

Ibu negara
dan bandar terbesar
Wien 3 Wappen.svg Vienna
48°12′N 16°21′E / 48.200°U 16.350°T / 48.200; 16.350
Bahasa rasmi Bahasa Jerman1
Kerajaan Republik
 -  Presiden Heinz Fischer
 -  Canselor Werner Faymann
Kemerdekaan
 -  Perjanjian Negara Austria 27 Julai 1955 
 -  Deklarasi Berkecuali 26 Oktober 1955 
 -  Perairan (%) 1.3
Populasi
 -  2006 (anggaran) 8,292,322 (92)
 -  2001 (anggaran) 8,032,926
KDNK (PPP) 2005 anggaran
 -  Jumlah $275.02 billion (34)
 -  Per kapita $33,615 (8)
KDNK (nominal) 2005 anggaran
 -  Jumlah $307.07 billion (23)
 -  Per kapita $37,117 (12)
HDI (2004) 0.944 (tinggi / 14)
Mata wang Euro (€) 2 (EUR)
Zon waktu CET (UTC+1)
 -  Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Kod panggilan 43 (terperinci)
Internet TLD .at 3
1 Bahasa Slovenia, Bahasa Croatia, Bahasa Hungary telah diiktiraf sebagai bahasa daerah rasmi dan Bahasa Tangan Austria ialah bahasa yang dilindungi di seluruh negara ini.
2 Sebelum tahun 1999: Syiling Austria.
3 Domain .eu turut digunakan dan dikongsi bersama anggota Kesatuan Eropah yang lain.

Austria (Bahasa Jerman: Österreich), secara rasminya disebut Republik Austria (Bahasa Jerman: Republik Österreich) merupakan sebuah negera persekutuan yang terletak di Eropah Tengah yang mempunyai seramai 8.5 juta penduduk. Negara ini bersempadan dengan Republik Czech dan Jerman di utara, Hungary dan Slovakia di timur, Slovenia dan Itali di selatan dan Switzerland dan Liechtenstein di barat. Kira-kira lapan negara bersempadan dengan negara ini. Wilayah Austria seluas 83,879 meter pkiloersegis (32,386 bt persegi) dan mengalami iklim alp. Muka bumi Austria kebanyakannya pergunungan yang terletak di Alps dan hanya 32% daripada negara ini adalah di bawah paras 500 meters (1,640 ka) dan poin tertinggi pada 3,798 meters (12,461 ka). Majoriti orang Austria bertutur loghat Bavaria dalam bahasa Jerman sebagai bahasa utama mereka, loghat Austria Jerman juga antara banyak dituturkan dan menjadi bahasa rasmi negara. Bahasa tempatan yang rasmi digunakna ialah Hungary, Slovenia dan Burgenland Croatia.

Austria pada asalnya merupakan tempat utama dinasti Habsburg yang mengasaskan negara Empayar Suci Rom. Dari mulanya Reformasi, kebanyakannya putera Jerman Utara menggunakan Protestan sebagai bendera pemberontakan. Perang Tiga Puluh Tahun berlaku akibat pengaruh dari Sweden dan Perancis, kekuasaan Prusia dan serangan tentera Napoleon yang melemahkan semua kuasa Maharaja di wilayah-wilayah utara Jerman manakala di selatan tidak, kerana dikawal ketat oleh tentera-tentera Katolik. Ketika abad ke-17 dan 18, Austria merupakan salah satu kuasa besar Eropah[1][2] dan pertabalan Napoleon Bonaparte sebagai Maharaja Perancis, Empayar Austria dirasmikan pada tahun 1804. Berikutan kekalahan Napoleon, Prusia muncul sebagai ketua pesaing Austria kerana kuasa pemerintahan Jerman yang lebih besar. Austria dikalahkan oleh tentera Prusia dalam Perang Austria-Prusia pada 1866, jalan baru Prusia untuk mengawal Jerman. Pada 1867, Maharaja Francis Joseph merasmikan kuasa dual monarki dengan Hungary yang menjadi Austria-Hungary. Selepas kekalahan Perancis dalam Perang Perancis-Prusia, Austria keluar daripada pembentukan Empayar Jerman yang baru. Ketika Krisis Julai 1914 yang baru berikutan pembunuhan putera mahkota Austria, Archduke Franz Ferdinand, Empayar Jerman menyokong Austria untuk melancarkan perang ke atas Serbia dan mencetuskan era Perang Dunia Pertama.

Selepas pembubaran Empayar Austria pada 1918 yang menamatkan Pernag Dunia Pertama, Austria memakai nama Republik Jerman-Austria yang bergabung dengan Jerman tetapi hanya setahun selepas dilarang dalam Perjanjian Saint-Germain-en-Laye (1919). Republik Pertama Austria ditubuhkan pada tahun 1919. Pada tahun 1938, Austria diilhak dan diduduki oleh Jerman Nazi (Anschluss).[3] Pendudukan Jerman sehingga Jerman kalah pada tahun 1945, kemudian tentera Bersekutu menduduki Austria dan perlembagaan demokratik yang dahulu dihapuskan. Pada tahun 1955, Perjanjian Wilayah Austria ditandatangani untuk menubuhkan Austria sebagai negara bebas dan menamatkan pendudukan itu. Pada tahun yang sama, Parlimen Austria mencipta Pengisytiharan Berkecuali yang menyatakan Republik Kedua Austria akan menjadi negara berkecuali buat selama-lamanya.

Ibu negara dan bandar terbesar di Austria yang mempunyai penduduk padat melebihi 1.7 juta, Vienna.[4][5] Austria merupakan salah satu negara terkaya di dunia, dengan memiliki nominal per kapita GDP sebanyak $46,330 (2012 est.). Negara ini juga mempunyai taraf hidup yang tinggi dan pada 2011, ia pada kedudukan ke-19 dunia dalam Indeks Pembangunan Manusia. Austria merupakan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 1955,[6] menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 1995,[7] dan juga merupakan pengasas OECD.[8] Austria juga menandatangani Perjanjian Schengen pada tahun 1995[9] dan menukar mata wang euro pada 1999.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama Austria dalam bahasa Jerman, Österreich, bermaksud "kerajaan timur" ataupun "empayar timur", dan ia asalnya dengan perkataan Ostarrîchi, yang pertama muncul dalam "dokumen Ostarrîchi" pada tahun 996.[10] Perkataan ini mungkin diterjemahkan dari bahasa Latin Zaman Pertengahan Marchia orientalis ke loghat tempatan Bavaria. Austria merupakan wilayah Bavaria diwujudkan pada tahun 976. Perkataan "Austria" dalam pertama kali direkod pada abad ke-12.

Friedrich Heer, sejarawan Austria pada abad ke-20 menyatakan dalam bukunya, Der Kampf um die österreichische Identität (Perjuangan Lebih Kepada Pengenalan Austria),[11] bahawa dalam bentuk perkataan German, Ostarrîchi bukan terjemahan daripada perkataan Latin, tetapi ia adalah satu istilah yang lebih tua iaitu bahasa Celtic yang berusia lebih 2,500 tahun dahulu dan negara ini dipanggil sebagai Norig oleh penduduk Celtic, no- atau nor- bermaksud "timur" manakala -rig pula berkaitan dengan perkataan moden Jerman, Reich, yang bermaksud "kerajaan". Oleh itu, Norig maksudnya hampir serupa dengan kedua-dua perkataan ini, Ostarrîchi dan Österreich, selepas itu Austria. Nama Celtic ini diterjemahkan kepada Latin, Noricum selepas puak Roman menakluk kawasan ini dan pada hari ini kawasan itu adalah Austria pada tahun 15 Sebelum Masihi. Noricum menjadi wilayah Rom pada pertengahan abad pertama masihi.[12]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: [[Sejarah Austria|Sejarah Austria]]

Selepas ditakluk oleh Rom, Hun, Lombard, Ostrogoth, Bavari dan Frank, Austria diperintah oleh Babenberg dari abad ke 10 hingga abad ke 13. Kemudiannya Austria jatuh ke tangan Habsburg dan diperintah sehinggalah awal abad ke 20.

Selepas kejatuhan empayar Rom pada 1806, empayar Austria dibentuk yang kemudiannya berubah kepada dwimonarki Austria-Hungary pada 1867. Empayar ini berpecah kepada negara berasingan selepas keruntuhan Kuasa Tengah pada Perang Dunia I.

Pada 1918, Austria menjadi sebuah negara republik sehinggalah tahun 1934 apabila Engelbert Dollfuss mewujudkan sistem diktator. Austria diserap oleh Nazi pada 1938. Selepas kekalahan Nazi, pihak Bersekutu mengambil Austria sehingga Perang Dunia II tamat pada 1955, di mana Austria dibebaskan dan menjadi sebuah negara republik yang merdeka dengan syarat Austria mesti bersifat neutral. Namun, selepas kejatuhan komunisme di Eropah Timur, Austria menjadi semakin aktif dalam hal ehwal Eropah dan pada 1995, Austria menyertai Kesatuan Eropah dan Euro menjadi matawang Austria pada 1999.

Kerajaan dan politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Politik Austria
Heinz Fischer, ketua negara Austria

Parliamen Austria terletak di Vienna, bandar terbesar dan ibu negara Austria. Austria menjadi sebuah negara persekutuan, berparlimen, republik demokratik menurut Perlembagaan Persekutuan Austria pada tahun 1920. Sistem politik Austria bersama sembilan negerinya berasaskan perlembagaan pada 1920 dan 1929, perlembagaan ini kemudian diguna kembali pada 1 Mei 1945 berikutan Perang Dunia Kedua yang melanda Austria.

Ketua negara merupakan Presiden Persekutuan (Bundespräsident), yang dipilih melalui undian terkenal. Pengerusi Kerajan Persekutuan merupakan Canselor Persekutuan, yang dilantik oleh presiden. Kerajaan boleh memecat jawatan yang dipegang oleh presiden ataupun undi tidak yakin di ruang bawah Parlimen, Nationalrat. Mengundi untuk presiden persekutuan bagi Parlimen wajib di Austria, tetapi langakah ini dimansuhkan dalam langkah 1982-2004.[13]

Parlimen Austria terdiri daripada dua dewan. Komposisi Nationalrat (183 kerusi) ditentukan setiap lima tahun dengan pilihan raya umum di mana setiap rakyat lebih 16 tahun (sejak 2007) mempunyai hak mengundi.

Politik[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Politik Austria

Negeri dan bandar[sunting | sunting sumber]

Negeri[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Negeri di Austria

Persekutuan Austria dibahagikan kepada sembilan negeri atau dalam nama tempatan, Bundesländer. Negeri negeri ini ialah:

Nama nama dalam kurungan ialah nama yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris

Bandar Utama[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Senarai Bandar Austria

Bandar bandar utama di Austria ialah Vienna dan ibunegeri kepada negeri negeri di Austria iaitu St. Polten, Linz, Salzburg, Innsbruck, Bregenz, Klagenfurt, Graz dan Eisenstadt.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Austria

Bahagian barat dan selatan Austria terletak di pergunungan Alps menjadikannya destinasi menarik untuk sukan musim sejuk. Gunung yang tertinggi di Austria ialah Grossglockner iaitu setinggi 3798 meter dari paras laut dan diikuti dengan Wildspitze (3774m).

Bahagian utara dan timur kebanyakkan kawasan berbukau. Iklim Austria bersifat sederhana dan dingin (temperate climate).

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Austria

Austria mempunyai ekonomi pasaran maju dan taraf hidup yang tinggi. Ekonomi Austria mempunyai hubungan yang rapat dengan ekonomi Kesatuan Eropah yang lain terutama sekali Jerman. Penyertaan dalam EU telah menarik banyak pelabur asing kerana kemudahan untuk memasuki pasaran tunggal Eropah. Pertumbuhan rendah di Jerman akan mengganggu pertumbuhan ekonomi Austria seperti yang berlaku pada tahun 2001.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Austria

Etnik Jerman ialah etnik paling ramai di negara ini iaitu lebih kurang 85% hungga 89% daripada populasi Austria. Lebih kurang 10% yang lain terdiri daripada pendatang yang berasal daripada negara berhampiran terutama sekali daripada negara blok Timur. Negeri Carinthia dan Styria menjadi tempat tinggal untuk minoriti Slovenia iaitu lebih kurang 18, 000 orang. Bahasa Jerman menjadi bahasa rasmi kerajaan dan digunakan oleh hampir keseluruhan populasi Austria. Disebabkan muka bumi yang berbeza, dialek Jermannya juga berbeza. Hampir semua kawasan menggunakan dialek Austro-Bavaria kecuali di barat Austria (Vorarlberg) yang menggunakan dialek Alemanik (Alemannic)

Bahasa Jerman yang digunakan oleh Austria juga berbeza dari segi tatabahasa dengan bahasa Jerman di Jerman.

Hampir tiga suku rakyat Austria beragama Roman Katolik. Lebih kurang 326, 990 orang Austria beragama Islam (4%) dan 408, 700 orang yang lain beragama protestan. Orang Yahudi juga sudah lama menetap di Austria. Pada 1930, banyak orang Yahudi bermigrasi keluar daripada Austria dan selebihnya dibunuh ketika holocaust. Ini menyebabkan populasi orang Yahudi berkurangan daripada 100, 000 kepada antara 10, 000 dan 20, 000.

Tokoh tokoh[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Senarai Tokoh Warga Austria

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Kembali ke daftar negara

  1. Market Liberalism: A Paradigm for the 21st Century, page 247, David Boaz, Edward H. Crane, Cato Institute, Washington D.C. 1993, ISBN 978-0-932790-98-9
  2. The Transformation of European Politics, 1763–1848, Oxford History of Modern Europe, page 209, Paul W. Schroeder, Oxford University Press, 1996, ISBN 978-0-19-820654-5
  3. "Anschluss". Encyclopædia Britannica. 24 September 2009. Diperoleh pada 31 May 2009. 
  4. name="CIA"
  5. name="Vienna pop">"Probezählung 2006 – Bevölkerungszahl" (PDF). Statistik Austria (dalam bahasa German). 31 October 2006. Diperoleh pada 27 May 2009. 
  6. Jelavich 267
  7. name="CIA"
  8. name="OECD">"Austria About". OECD. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 May 2009. Diperoleh pada 20 May 2009. 
  9. "Austria joins Schengen". Migration News. May 1995. Diperoleh pada 30 May 2009. 
  10. "University of Klagenfurt". 
  11. Friedrich Heer: Der Kampf um die österreichische Identität. Böhlau, Wien/Köln/Graz 1981, ISBN 3-205-07155-7.
  12. "Noricum, römische Provinz". AEIOU. Diperoleh pada 20 May 2009. 
  13. "Bundesministerium für Inneres – Elections Compulsory voting". Bmi.gv.at. Diarkibkan daripada asal pada 3 November 2007. Diperoleh pada 3 January 2009.