Autoriti Monetari Brunei Darussalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Autoriti Monetari Brunei Darussalam
 اٴوتوريتي مونيتاري بروني دارالسلام
Ibu pejabatBandar Seri Begawan, Brunei
Ditubuhkan1 Januari 2011
PengerusiPengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah
Bank pusat bagiBrunei Darussalam
Mata wangRinggit Brunei
BND (ISO 4217)
Didahului olehLembaga Matawang dan Monetari Brunei
Laman sesawangwww.ambd.gov.bn
 
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Autoriti Monetari Brunei Darussalam (Jawi: اٴوتوريتي مونيتاري بروني دارالسلام) ialah bank pusat bagi negara Brunei. Ia telah ditubuhkan di bawah Perintah Autoriti Monetari Brunei Darussalam 2010, dan memulakan operasi pada 1 Januari 2011.[1] Badan ini menggantikan Lembaga Matawang dan Monetari Brunei.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lembaga Matawang Brunei telah ditubuhkan pada 12 Jun 1967 dan pengenalan Ringgit Brunei sebagai mata wang baru Brunei bagi menggantikan Dolar Malaya dan Borneo British selepas Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang di antara Malaysia, Singapura dan Brunei ditamatkan. Kesemua tiga negara itu mengeluarkan mata wang mereka sendiri yang mana masih terus saling boleh tukar sehingga 8 Mei 1973 apabila Malaysia menamatkan perjanjian dengan Singapura dan Brunei.[2] Perjanjian itu masih lagi diteruskan oleh dua negara itu sehingga sekarang.[3] Pada 27 Jun 2007, Singapura dan Brunei menyambut ulang tahun ke-40 perjanjian tersebut (sejak 12 Jun 1967) dengan mengeluarkan wang peringatan $20.[4]

Lembaga Matawang Brunei telah dibubarkan dan dipiagamkan semula di bawah nama baru iaitu Lembaga Mata Wang dan Monetari Brunei menurut Seksyen 3-1 Perintah Matawang dan Monetari 2004 pada 1 Februari 2004.[5] Ia kemudiannya digantikan oleh Autoriti Monetari Brunei Darussalam pada tahun 2011.

Organisasi BCMB[sunting | sunting sumber]

Pengerusi BCMB ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah. Timbalan Pengerusinya pula ialah Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia and Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Establishment of Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD)". Autoriti Monetari Brunei Darussalam. Dicapai 23 April 2015 – melalui www.ambd.gov.bn. 
  2. ^ "The Currency History of Singapore". Penguasa Kewangan Singapura. 9 April 2007. Diarkibkan daripada asal pada 2 Februari 2010. Dicapai 28 Disember 2007. Official Currencies of The Straits Settlements (1826-1939); Currencies of the Board of Commissioners of Currency, Malaya (1939-1951); Currencies of the Board of Commissioners of Currency, Malaya and British Borneo (1952-1957); Currencies of the Independent Malaya (1957 -1963); On 12 June 1967, the currency union which had been operating for 29 years came to an end, and the three participating countries, Malaysia, Singapore and Brunei, each issued its own currency. The currencies of the three countries were interchangeable at par value under the Interchangeability Agreement until 8 May 1973 when the Malaysian government decided to terminate it. Brunei and Singapore however continue with the Agreement until the present day. 
  3. ^ "50 tahun mata wang Negara Brunei Darussalam". Media Permata. 19 Jun 2017. Dicapai 13 November 2017 – melalui mediapermata.com.bn. 
  4. ^ Penguasa Kewangan Singapura (27 Jun 2007). "Commemorating the 40th Anniversary the Currency Interchangeability Agreement". Dicapai 30 Julai 2007. 
  5. ^ "Overview of the Brunei Currency and monetary board". Kementerian Kewangan. 2005. Diarkibkan daripada asal pada 1 April 2008. Dicapai 24 April 2008. 
  6. ^ "Board of Directors". Autoriti Monetari Brunei Darussalam – melalui www.ambd.gov.bn. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]