Avengers: Endgame

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Avengers: Endgame
PengarahAnthony Russo
Joe Russo
PenerbitKevin Feige
Lakon layar olehChristopher Markus
Stephen McFeely
BerdasarkanThe Avengers oleh
Stan Lee
Dibintangi oleh
Muzik olehAlan Silvestri
SinematografiTrent Opaloch
Disunting oleh
Syarikat
penerbitan
PengedarWalt Disney Studios
Motion Pictures
Mula ditayangkan
26 April 2019 (2019-04-26)(Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan
181 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Perbelanjaan$356 juta
Pecah panggung$2.796 billion[1]

Filem Avengers: Endgame adalah filem adiwira Amerika Syarikat yang berdasarkan pasukan adiwira Marvel Comics iaitu Avengers, yang dihasilkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios & Motion Pictures. Ia bertujuan untuk menjadi sekuel terus kepada Filem Avengers: Infinity War, Filem Avengers: Age of Ultron dan Filem The Avengers, 2012. Ia merupakan filem kedua puluh dua di Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem ini diarahkan oleh Anthony Russo dan Joe Russo, dan menampilkan para pelakon dengan ramai pelakon dari sekuel sebelumnya[2].

Plot

Tiga minggu selepas peristiwa Thanos Snap (rujuk plot Avengers: Infinity War). Hanya sebilangan para adiwira dan adiwirati Avengers yang masih hidup di bumi kini diketuai oleh Natasha Romanoff termasuk Steve Rogers, Thor, Bruce Banner, Rhodes, Rocket Racoon dan Hawkeye. Mereka masih trauma dan meratapi kekalahan dan kematian rakan-rakan adiwira yang lain serta sebahagian penduduk di bumi serta alam semesta yang lebur menjadi debu. Sementara itu, Tony Stark dan Nebula berjaya keluar dari planet Titan dan jauh tersesat di alam angkasa raya yang luas itu. Captain Marvel yang kembali kebumi setelah mendapat mesej dari Nick Fury (Pos kredit Avengers: Infinity War) telah berjumpa dengan team Avengers yang pada ketika itu sedang berusaha mencari penyelesaian tentang apa yang berlaku (Pos kredit Captain Marvel). Ini membolehkan Steve Rogers meminta pertolongan Captain Marvel untuk meninjau ke angkasa lepas dan dan telah menyelamatkan Tony Stark dan Nebula. Lalu Captain Marvel membawa mereka ke bumi di markas Avengers. Di sana mereka berbincang semula mengenai misi untuk mencari Thanos serta mendapatkan semula keenam-enam batu infiniti untuk memulihkan semula keadaan di alam semesta selepas dari proses kehancuran lepas.

Dengan bantuan Captain Marvel, Thanos berjaya dijejaki. Kini, dia tinggal keseorangan dan mendiami sebuah planet yang lain. Thanos berubah menjadi petani yang berjaya. Ketika dia sedang memetik beberapa buah-buahan serta sayur-sayuran, secara tiba-tiba pasukan Avengers dari bumi tiba dan terus memberkasnya. Thanos didesak agar memulangkan semula kesemua batu infiniti tersebut agar keadaan seperti asal dapat dikembalikan semula. Tetapi, Thanos mengesahkan bahawa dia telah menghancurkan kesemua batu-batu tersebut selepas semua matlamatnya berjaya. Dia berbuat demikian, kerana selepas peristiwa tersebut, dia mengalami kecederaan yang teruk dan bersyukur masih terselamat. Ekoran dari itu, dia terus menghapuskan kesemua batu infiniti tersebut. Thor yang berang terus menghayunkan kapak untuk memenggal kepala Thanos tanpa banyak bicara. Thanos akhirnya terkorban jua.

Lima tahun kemudian

Pada tahun 2023, Scott Lang berjaya keluar dari alam kuantum selepas diselamatkan oleh seekor tikus yang secara tidak sengaja telah menyahaktifkan mesin tersebut. Dia yang mula kehairanan selepas mendapati keadaan sekeliling seperti telah dilanda suatu bencana. Dia akhirnya menemui namanya pada sebuah tugu sebagai salah seorang mangsa yang terkorban dari peristiwa Thanos Snap. Anaknya, Cassie / Cassandra Lang / Stature sudah pun menginjak ke usia remaja. Scott terus mencari rakan-rakan yang lain (kali terakhir bersama pada tahun 2016) dan berjaya menemui Natasha dan Rogers untuk membincangkan hubungan kajian sainsnya antara alam kuantum dan misi menjelajah ke masa lampau. Mereka berdua kurang arif dengan teori tersebut, hanya dengan bantuan Prof Hulk (Banner) dan Stark sahaja yang boleh merungkaikan alam sains tersebut. Tony Stark pada mulanya tidak bersetuju dengan teori menjelajah ke masa lampau dan beranggapan jika kita tersalah langkah di masa silam, maka semua peristiwa di masa yang nyata akan mengalami kecacatan. Ini bermakna, Stark akan kehilangan anak perempuannya, Morgan di masa nyata jika dia melakukan kesilapan di lampau. Banner tidak lagi seperti dahulu, kini badannya menjadi Hulk manakala wajahnya masih tetap Banner ini kerana hubungan entiti antara Banner dan Hulk kini lebih serasi dan menjadikannya sebagai Prof Hulk.

Selepas berbincang dengan isterinya, Pepper bersama dengan bantuan perantinya Mobius Friday menyimpulkan bahawa hubungan kerealitifan alam kuantum dan penjelajahan ke masa silam tidak akan sama sekali merosakan peristiwa di masa nyata. Ini bermakna secara teorinya, Stark akan ada dua entiti pada ketika itu, dan apa jua tindakan pada masa tersebut tetap tidak akan mengubah semua peristiwa di masa nyata. Dengan bantuan Prof Hulk dan Stark, mereka mula mengaktifkan mesin kuantum tersebut untuk para Avengers yang lain dapat mengumpulkan semula kesemua batu infiniti sebelum peristiwa Thanos mengambil batu-batu tersebut lima tahun yang lain. Natasha berjaya merekrut Hawkeye yang kini bekerja sebagai pembunuh upahan di Tokyo, Jepun manakala Rocket dan Prof Banner pergi ke Norway sebuah perkampungan masyarakat Asgard untuk merekrut Thor.

Penjelajahan masa ke tahun 2012

Banner, Stark, Scott dan Rogers kembali semula ke kota New York pada tahun 2012. Banner pula pergi berjumpa dengan Ancient One di Sanctum Sanctorum dan berjaya untuk mendapatkan Batu Masa. Rogers berjaya memperoleh Batu Minda dari pihak H.Y.D.R.A. Stark dan Scott pula gagal memperoleh Batu Angkasa / Teserract selepas Hulk (2012) pada ketika itu telah mencacatkan proses pengembaraan masa tersebut. Loki tidak semena-mena telah berjaya melepaskan diri dan kembali ke suatu tempat yang tidak dapat dipastikan mennggunakan batu tersebut yang ada pada tongkatnya. Kini, mereka perlu ke perancangan kedua, dimana Stark dan Rogers perlu ke markas S.H.I.E.L.D pada tahun 1970 untuk mengambil Tesseract yang dijaga oleh Howard Stark iaitu ayah kepada Tony Stark. Stark akhirnya berjaya mendapatkan Teserract manakala Rogers pula berjaya mengambil beberapa antidot zarah Pym dari Dr. Hank Pym untuk dibawa pulang ke masa nyata bagi kegunaan Scott kelak. Sementara itu, Rocket dan Thor ke Asgard untuk mengambil Batu Realiti yang dijaga oleh kekasihnya, Jane Foster (Natalie Portman). Rocket barjaya memperolehinya manakala Thor berjaya mendapatkan semula Mjolnir.

Penjelajahan masa ke tahun 2014

Nebula dan Rhodes pergi ke Morag pada tahun 2014 untuk mendapatkan Batu Kuasa dari Peter Quill. Tetapi Ebony Maw telah mengenalpasti terdapat kejanggalan pada pemikiran Nebula dan mendapati terdapat dua entiti Nebula pada masa itu. Thanos. Gamora dan Maw mula membaca fikiran dua entiti tersebut dan mendapati terdapat seorang lagi Nebula dari masa hadapan (tahun 2023) yang berusaha untuk mendapatkan semula kesemua batu infiniti tersebut sebelum jatuh ke tangan Thanos. Thanos sedar akan takdirnya di masa hadapan (tahun 2018) dan teruja untuk menggunakannya sekali lagi agar tidak berlaku seperti di masa tahun 2018. Thanos mengarahkan agar segera menangkap Nebula (tahun 2023) sebagai medium ke bumi bersama bala tenteranya untuk merampas kesemua batu infiniti tersebut. Akhirnya, Nebula (tahun 2023) berjaya diberkas dan ditukar ganti dengan Nebula (tahun 2014) untuk di bawa pulang ke bumi. Sebelum Nebula diculik, Rhodes terlebih dahulu telah kembali ke masa nyata bersama batu kuasa tersebut.

Penjelajahan masa ke tahun 2018

Natasha dan Hawkeye pergi ke Vomir pada tahun 2018 dan menemui penjaga Batu Nyawa iaitu Red Skull. Seperti biasa untuk memperoleh batu infiniti tersebut seseorang perlu korbankan nyawa seseorang sebelum memperolehinya. Ekoran dari perjanjian itu, Natasha dan Hawkeye berusaha untuk membunuh diri agar pasangannya memperoleh batu tersebut. Tetapi sayangnya, Natasha sanggup untuk korbankan nyawanya sendiri untuk memudahkan Hawkeye membawa pulang batu nyawa tersebut. Hawkeye berjaya keluar dari masa lampau untuk ke alam nyata bersama batu nyawa tersebut. Kini kesemua batu infiniti telah berada di bumi semula (tahun 2023).

Kembali semula di tahun 2023

Mereka (ahli Avengers) mula mengaktifkan batu-batu infiniti tersebut menggunakan sarung tangan yang baru dicipta oleh Stark Industries. Hasil perbincangan bersama, hanya Prof Hulk dan Thor sahaja yang boleh menyarungkan sarung tangan dan memetik jari. Untuk manusia biasa ia tidak dapat menahan kesan sunaran gamma dari tenaga batu kosmik tersebut yang boleh membawa kepada kematian. Tanpa mereka sedar, Nebula (tahun 2014) yang menyamar sebagai Nebula (tahun 2023) telah membuka portal bumi agar memudahkan Thanos bersama dengan bala tenteranya dapat memasuki atmosfera bumi dengan selamat. Prof Hulk berjaya memetik jari beserta niat yang baru agar separuh dari populasi yang terkorban lima tahun sebelum itu dihidupkan semula.

Maka berlakulah peperangan buat kali keduanya. Thanos agak sukar ditewaskan sehingga dia berjaya memperoleh sarung diri sendiri tangan tersebut untuk melakukan Thanos Snap sekali lagi. Tetapi hasil pergelutan dengan Stark / Iron Man. Stark berjaya merampas batu-batu tersebut dan terus melakukan petikan jari (Iron Man / Tony Snap) tanpa melengahkan masa. Kesemua bala tentera Titan bersama-sama Thanos telah bertukar menjadi debu buat selama-lamanya. Stark yang mengalami kecederaan kritikal kesan dari petikan jari batu kosmik tersebut akhirnya terkorban jua.

Seluruh alam semesta dapat dipulihkan semula seperti sedia kala. Selepas pengkebumian Tony Stark, Thor menabalkan adik perempuannya, Valkyrie untuk menjadi Ratu / Pemerintah Asgard. Manakala, Thor mengambil keputusan untuk menyertai pasukan Guardian pimpinan Peter Quill / Star Lord. Dalam masa yang sama, Quill masih mencari kekasihnya, Gamora (tahun 2014) yang hilang secara tiba-tiba selepas peristiwa Iron Man Snap. Dengan menggunakan mesin kuantum yang dikawal selia oleh Prof Hulk, Steve Rogers mengembalikan semula kesemua batu infiniti tersebut ke tempat asalnya masing-masing dan mengambil keputusan untuk hidup bersama dengan kekasihnya, Peggy Carter sebelum kembali semula agak lewat sedikit di masa nyata. Kali ini, Steve Rogers telah pun menjadi tua dan bersara dari pasukan Avengers sebelum menyerahkan pelindung Vibranium kesayangannya kepada Sam Wilson / Falcon. Sementara itu, kecederaan pada tangan kanan Prof Hulk menjadi kekal buat selama-lamanya kerana tiada lagi penawar yang mampu mengubati kesan dari Prof Hulk Snap.

Pelakon

Para pelakon (atas, kiri ke kanan) Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, (bawah, kiri ke kanan) Chris Hemsworth, Scarlett Johansson dan Jeremy Renner merupakan pelakon yang membawakan peranan utama dalam siri Avengers

Muzik

Pada bulan Jun 2016, Alan Silvestri, yang membuat skor untuk The Avengers 2012 , diberitahu turut membuat skor muzik bagi Infinity War dan Endgame. Joe dan Anthony mula bekerja dengan Silvestri bagi penghasilan skor pada awal November 2018.

Sekuel

Pemasaran

Germain Lussier dari io9 bercakap mengenai pendekatan Marvel mungkin perlu mengambil dalam pemasaran filem itu, memandangkan pengakhiran Infinity War, yang melihat banyak watak yang sudah mantap mati. Dia mempersoalkan jika watak-watak itu akan muncul di poster dan dalam iklan mainan, dan jika pelakon-pelakon yang menggambarkan mereka akan mengambil bahagian dalam acara akhbar yang membawa kepada pembebasan filem. Lussier merasakan Disney dan Marvel dapat memberi tumpuan kepada ahli pasukan Avengers asal, yang membentuk majoriti watak-watak yang hidup, tetapi menyatakan ia akan lebih bermanfaat untuk menunjukkan kepulangan watak-watak yang mati, yang akan "membina misteri dan rasa ingin tahu tentang bagaimana mereka kembali. Ia boleh membuat tahap minat baru tentang filem itu sambil mempunyai semua bintang depan dan tengah, kerana mereka seharusnya kembali". Pada bulan Jun 2018, Feige bercakap tentangnya, menyatakan bahawa watak-watak yang mati ini tidak akan dipaparkan dalam mana-mana pemasaran untuk filem itu, walaupun keputusan mengenai itu boleh berubah. Dia membentangkan video di belakang filem itu di CineEurope, dan mengatakan bahawa iklan pemasaran rasmi untuk filem itu akan bermula pada akhir 2018 dengan pengumuman gelaran filem itu kemudian. Pada awal Disember 2018, sebelum pelepasan treler pertama, Graeme McMillan dari The Hollywood Reporter memberitahu bahawa "jangkaan yang hangat" di sekelilingnya. McMillan merasakan apa yang begitu luar biasa tentang jangkaan, adalah bahawa ia kebanyakannya "dibuat oleh peminat, tanpa arahan yang ketara dari Marvel atau ahli-ahli filem yang terlibat" dan bahawa jumlah pengetahuan yang mengelilingi filem tanpa apa-apa jenis promosi adalah "semacam jenama kesedaran bahawa kebanyakan studio akan membunuh". Oleh itu, McMillan menggesa Marvel tidak melepaskan mana-mana treler untuk filem itu sejak "tahap keghairahan lanjutan yang sudah ada di sana untuk filem ... hanya mungkin membina kerana ia semakin dekat dengan" pelepasan filem itu. Katanya, beliau menambah pelepasan treler akhirnya akan menghilangkan kedudukan "cat-esque Schrödinger ... ia kini dinikmati" kerana ia "hampir dijamin untuk mengecewakan peminat, yang pada ketika ini membina treler peribadi mereka sendiri dengan apa sahaja detik-detik penting untuk menikmati keseronokan yang baik. Juga pada bulan Disember, Audi mengesahkan bahawa Audi e-tron GT Concept akan membuat penampilan dalam filem itu.

Penerbitan

Avengers: Endgame dijadualkan akan diterbitkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom pada 26 April 2019, di IMAX dan 3D. Pada awalnya ia dijadualkan untuk diterbitkan di Amerika Syarikat pada 3 Mei 2019.

Kutipan

Avengers: Endgame telah mencecah AS$858.3 million di Amerika Syarikat dan Kanada, dan AS$1.938 billion di wilayah lain, jumlah AS$2.796 billion.[1] Filem ini berjaya mencantas filem Avatar (2009).[3]

Anugerah

Anugerah Tarikh Kategori Penerima Keputusan Rujukan
Golden Trailer Awards Mei 29, 2019 Best Fantasy Adventure "Reflections" (MOCEAN) Menang
Best Original Score "Capstone" (MOCEAN) Tercalon
Best Action TV Spot (for a Feature Film) "Super Bowl Spot" (The Hive) Tercalon
Best Fantasy Adventure TV Spot (for a Feature Film) "Overpower" (MOCEAN) Menang
Best Fantasy Adventure Poster "Payoff One-Sheet" (LA/Lindeman Associates) Tercalon
Best International Poster Tercalon
MTV Movie & TV Awards Jun 17, 2019 Best Movie Avengers: Endgame Menunggu
Best Hero Robert Downey Jr. Menunggu
Best Villain Josh Brolin Menunggu
Best Fight Chris Evans vs. Josh Brolin Menunggu

Rujukan

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan BOM tidak disediakan
  2. ^ https://comicbook.com/marvel/amp/2019/01/05/rdj-endgame-age-of-ultron-mcu/ Dicapai pada 5 Januari 2019
  3. ^ Alexander, Julia (Jul 21, 2019). "Avengers: Endgame finally passes Avatar as the biggest movie of all time". theverge. theverge. Dicapai Julai 21, 2019. 

Pautan luar