Avengers: Infinity War

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Avengers: Infinity War
PengarahAnthony Russo
Joe Russo
PenerbitKevin Feige
Lakon layar olehChristopher Markus
Stephen McFeely
BerdasarkanThe Avengers oleh
Stan Lee
Dibintangi oleh
Muzik olehAlan Silvestri
SinematografiTrent Opaloch
Disunting oleh
Syarikat
penerbitan
PengedarWalt Disney Studios Motion Pictures
Mula ditayangkan
23 April 2018 (2018-04-23)(Dolby Theatre)
April 27, 2018 (Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan
149 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
PerbelanjaanAS$316–400 juta
Pecah panggungAS$2.040 juta[1]

Avengers: Infinity War ialah sebuah filem superhero Amerika Syarikat 2018 berdasarkan pasukan superhero Marvel Comics, Avengers, dihasilkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Ia merupakan sekuel kepada filem 2012, The Avengers dan Avengers: Age of Ultron pada tahun 2015. Filem ini merupakan filem kesembilan belas dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Plot

Kapal Angkasa Thor di angkasa lepas

Mengisahkan Thanos, pemerintah dari planet Titan tiba dari Planet Xandar dan berjaya memperolehi Batu Kuasa, salah satu dari enam biji batu infiniti bersama-sama para askarnya Ebony Maw, Obsidian, Midnight dan Glaive turun ke kapal angkasa Asgard untuk mendapatkan Tesseract. Thor dan Hulk berjaya ditewaskan manakala Loki terkorban di tangan Thanos. Kini dia sudah mempunyai dua biji batu infiniti iaitu Batu Kuasa dan Batu Angkasa (Tesseract) di dalam genggamannya. Hanya tinggal dua biji batu lagi yang masih berada di bumi untuk melengkapkan keenam-enam batu tersebut bagi melayakkan dia menjadi pemerintah teragung seluruh alam semesta. Heimdall sempat menghantar pulang Hulk yang cedera parah ke bumi menggunakan Bifröst khas dalam dirinya sebelum dia sendiri terbunuh. Tujuannya agar Hulk dapat memberitahu kepada para Avengers yang lain mengenai Thanos dan bala tenteranya akan turun ke bumi dalam masa terdekat ini.

New York City, Amerika Syarikat di bumi

Hulk berjaya mendarat di Sanctum Sanctorum, New York City sebelum bertukar menjadi Bruce Banner dan memberi amaran kepada Dr. Strange dan Wong yang Thanos akan turun ke bumi untuk mendapatkan dua biji batu infiniti iaitu Batu Masa dan Batu Minda serta merancang untuk membunuh hampir separuh penduduk alam semesta ini. Dr. Strange telah merekrut Tony Stark. Sedangkan Tony Stark masih tidak bertegur sapa dengan Steve Rogers (Rujuk pos kredit Captain America: Civil War). Beberapa hari kemudian, dua orang kanan Thanos, Ebony Maw dan Obsidian tiba di bumi untuk mendapatkan Batu Masa dari Dr. Strange. Gabungan Iron Man, Dr. Strange, Wong dan Spiderman akhirnya berjaya juga mencederakan Maw dan Obsidian sebelum kedua-duanya melarikan diri dari kota tersebut. Banner gagal menjelmakan sebagai Hulk ekoran Hulk masih mengalami trauma yang kritikal selepas dikalahkan Thanos beberapa hari yang lepas.

Angkasa lepas

Sementara itu di angkasa lepas, pasukan Guardians of the Galaxy telah menemui Thor yang terapung di awing-awangan selepas kapal angkasanya diletupkan oleh Thanos. Thor sahaja yang masih hidup dan merekrut Gamora, Quill, Drax, Mantis dan Groot untuk menyekat kemaraan Thanos dari mendapatkan Batu Realiti yang dijaga oleh The Collector di Knowhere. Manakala, Rocket dan Groot menemani Thor untuk ke Nidavellir.

Edinburgh, Scotland di bumi

Sementara itu di Edinburgh, Scotland. Midnight dan Glaive telah menyerang hendap Wanda Maximoff dan Vision untuk mengambil Batu Minda yang berada di atas dahi Vision. Namun begitu, serangan tersebut dapat di hidu dan dipatahkan oleh Rogers, Natasha Romanoff dan Sam Wilson. Mereka bertiga membantu mereka berdua, manakala Vision mengalami kecederaan setelah ditikam oleh Glaive. Mereka diselamatkan dan dihantar ke New York, disana Vision mengambil keputusan untuk mengorbankan dirinya dan menghapuskan batu tersebut agar rancangan Thanos gagal. Akan tetapi, Steve Rogers tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan mencadangkan agar Vision perlu berhijrah ke Wakanda untuk mengeluarkan batu tersebut melalui bantuan Syuri tanpa mengorbankan nyawanya sendiri.

Pasukan Avengers: Thor, Rocket dan Groot

Sementara dalam perjalanan ke Nidavellir, Rocket telah memulihkan mata kanan Thor yang buta dan setibanya disitu, mereka bertiga menemui dewa Eitri yang besar. Dia merupakan dewa Stormbreaker mampu memulihkan semula kapak Thor yang telah dimusnahkan oleh Thanos. Usaha Thor gagal tetapi dengan bantuan Groot, dia berjaya mencantumkan kapak tersebut dan menggantikan tangannnya sendiri sebagai pemegang kapak tersebut. Kapak tersebut diyakini boleh membunuh Thanos kelak. Mereka terus turun ke Wakanda.

Pasukan Avengers: Peter Quill, Gamora, Drax dan Mantis

Sementara dalam perjalanan ke Knowhere, Gamora seperti tidak menyangka yang ayah angkatnya bertindak sedemikian rupa demi mencapai cita-citanya untuk menjadi dewa yang agung seluruh alam semesta. Setibanya di Knowhere, Peter Quill, Gamora, Drax dan Mantis menemui Thanos yang telahpun memperoleh Batu Realiti dengan begitu pantas dan mudah. Di kesempatan itu, Thanos menggunakan muslihatnya dengan memanipulasikan antara reality dan fantasi untuk menculik Gamora dan dijadikan sebagai tebusan demi mendapatkan satu lagi batu infiniti iaitu Batu Nyawa. Sebelum itu, Thanos telah menculik Nebula terlebih dahulu sebelum Gamora memberitahunya demi menyelamatkan kakaknya. Batu tersebut berada di Vormir. Mereka menemui penjaga batu tersebut, Red Skull mengarahkan agar Thanos mengorbankan satu nyawa yang masih hidup untuk memperoleh batu tersebut. Akhirnya, Thanos memilih Nebula dan terpaksa mengorbankan Gamora demi mendapatkan batu tersebut.

Pasukan Avengers: Iron Man, Spider-Man dan Dr. Strange

Manakala, Iron Man, Spider-Man dan Dr. Strange berhijrah dari bumi untuk ke planet Titan. Manakala Iron Man dan Spiderman berjaya membunuh Maw dan menyelamatkan Dr. Strange. Kini, mereka berjaya mendarat di Titan dan menemui Peter Quill, Drax dan Mantis yang baru tiba dari Knowhere. Dua pasukan ini akan memastikan untuk merampas set pemegang batu-batu infiniti yang berada di tangan Thanos. Manakala Nebula Berjaya melepaskan dirinya dari Thanos dan bertemu dengan dua pasukan tersebut. Dr. Strange menggunakan Batu Masa untuk melihat kebarangkalian 14 juta masa ke hadapan bagaimana dan siapa yang akan menewaskan Thanos. Hanya dia seorang sahaja yang tahu tentang masa depan mengenai peperangan tersebut. Pasukan tersebut berpecah kepada dua kumpulan di mana Mantis berjaya melumpuhkan mental Thanos. Manakala Iron Man dan Spiderman ditugaskan untuk membuka set pemegang batu infiniti di tangan kanan Thanos. Akan tetapi, Peter Quill yang berang mendesak Thanos untuk memberitahu di mana Gamora yang diculiknya sebelum Nebula memberitahu perkara yang sebenar apa yang telah terjadi iaitu Gamora telah dibunuh oleh Thanos. Peter Quill yang hilang kewarasan telah menyerang kepala Thanos menyebabkan Mantis terlepas dari kepalanya. Ini membuatkan Thanos kembali agresif dan terus membelasah seorang demi seorang sehingga lemah gemalai. Dalam masa yang sama, Iron Man juga mengalami kecederaan parah akibat dibelasah teruk oleh Thanos. Ini membuatkan Dr. Strange terus menyerah kalah dan terpaksa memberikan Batu Masa kepada Thanos agar Iron Man tidak dibunuhnya. Thanos memenangi pertempuran di Titan dan terus pergi bumi Wakanda untuk melengkapkan keenam-enam batu infiniti tersebut.

Pasukan Avengers berseteru: Steve Rogers, Natasha Romanoff, War Machine, Sam Wilson, Dr. Bruce Banner, Wanda Maximoff, Vision, Black Panther, Wakanda, Nathan,Bucky Barnes, Thor, Rocket dan Groot

Di Wakanda, pasukan Steve Rogers, pasukan Black Panther dan pasukan Thor dan rakan-rakan yang lain mengharungi peperangan dengan bala tentera dari planet Titan sementara Syuri bekerja keras untuk mengeluarkan Batu Minda keluar dari badan Vision walaupun hasilnya gagal. Midnight, Obsidian dan Glaive terbunuh di dalam pertempuran tersebut oleh Banner dengan bantuan sut robot, Iron Monger dan Vision. Tiba-tiba, Thanos pula tiba di Wakanda berseorangan dan berjaya menewaskan semua para Avengers yang lain untuk merampas sebiji lagi Batu Minda yang hampir dikeluarkan dari dahi Vision oleh kekasihnya, Wanda Maximoff. Vision mengarahkan Wanda untuk menggunakan kuasa magisnya demi menyelamatkan batu infiniti tersebut dari jatuh ke tangan Thanos. Walaupun usaha tersebut Berjaya, Thanos menggunakan kuasa pada Batu Masa untuk mengembalikan semula Batu Minda yang pecah berkecai kepada bentuknya yang asal. Vision akhirnya di bunuh oleh Thanos. Batu Minda merupakan batu pelengkap ke-6 batu infiniti yang berjaya di peroleh oleh Thanos buat masa ini.

Adiwira Avengers yang terselamat: Steve Rogers, Natasha Romanoff, War Machine, Dr. Bruce Banner, Thor, Rocket, Iron Man dan Nebula selepas peristiwa Thanos Snap

Beberapa saat selepas itu, Thor sempat melontarkan kapaknya. Tapi, King Infernoman sedut kuasanya dan tikam ke dada Thanos sehingga membuatkan dia menjadi lemah secara tiba-tiba. Thor cuba menekan kapaknya dengan lebih dalam ke dada Thanos tanpa memikitkan akan sarung tangan batu infiniti di tangan kanan Thanos. Peluang ini digunakan sepenuhmya oleh Thanos untuk membuat petikan jari atau dikenali sebagai Thanos Snap. Dengan itu, seorang demi seorang para Avengers di setiap pelusuk tempat terkorban menjadi debu. Dalam masa lalu, Tinggal Peter Parker seorang. Tapi, Stark mencuba mensabar dari hidup Peter Parker. Walaupun, Peter Parker sudah meninggal. Akhirnya, Stark tangkap debu dalam plastik diselamatkan. Iron Man dan Nebula terselamat tetapi terkandas di Planet Titan. Manakala Banner, Rhodes, Rocket, Rogers, Nathan, Natasha dan Thor terkandas di Wakanda. Seluruh masyarakat di Wakanda terkorban. Hampir separuh makhluk di alam semesta juga terkorban dek kerana peristiwa malang tersebut. Thanos juga tercampak ke planet Marikh dan tinggal keseorangan disana. Di pengakhirannya, Thanos memerhatikan terbitnya matahari dengan wajah yang kesal. Sementara itu, Mary Hill dan Nick Fury juga terkorban tetapi Fury sempat menghantar isyarat kecemasan melalui gajetnya ke seseorang ahli Avengers yang masih dirahsiakan. Bersambung ke sekuel akhir iaitu Avengers: Endgame.

Pelakon

Sekuel

Rujukan

Pautan luar