Avogadrit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Avogadrit

Ferruccit (putih) pada avogadrit (kuning-keperang-perangan), saiz gambar: 5 mm
Maklumat am
KategoriMineral halida
Formula kimia(K,Cs)BF4
Pengecaman
WarnaPutih tanpa warna, kekuning-kuningan hingga kemerah-merahan
Sistem hablurOrtorombus
Indeks biasanα = 1.3239, β = 1.3245, γ = 1.3247
Sifat-sifat optikDwipaksi (-)

Avogadrit ((K,Cs)BF4) ialah suatu kalium-sesium tetrafluoroborat. Avogadrit menghablur dalam sistem ortorombus (kumpulan ruang Pnma) dengan parameter sel a 8.66 Å, b 5.48 Å dan c Å 7.03. Mineral ini hanya dijumpai sebagai hasil pemejalwapan sekitar fumarol gunung berapi.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mineral ini ditemui oleh ahli mineralogi Itali Ferruccio Zambonini pada 1926. Beliau menganalisis beberapa samepl daripada fumarol volkano yang hampir dengan Gunung Vesuvius dan dari pulau-pulau Lipari. Beliau menamainya sempena ahli sains Itali Amedeo Avogadro (1776–1856).[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AM tidak disediakan
  2. ^ Zambonini, Ferruccio (1926). "Sulla presenza, tra i prodotti dell' attuale attivita del Vesuvio, di una varietá cesifera del fluoborato di potassio, (On the presence, among the products of Vesuvius, of a caesium-bearing variety of potassium fluoborate), Rend. Accad. Lincei". 6 (III): 644–649. Cite journal requires |journal= (bantuan)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]