Awak Suka Saya Tak?

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Awak Suka Saya Tak?
Umum
PengarangMelur Jelita
NegaraMalaysia
BahasaMelayu (dengan pijin bahasa Inggeris)
GenreCinta
Penerbitan
PenerbitPenerbitan Karya Seni
Tarikh penerbitan
  • 15 Oktober 2011 (cetakan pertama)
  • 1 November 2011 (cetakan kedua)
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman1056
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670246079

Awak Suka Saya Tak? ialah novel 2011 oleh penulis novel Malaysia, Melur Jelita, dikeluarkan pada 15 Oktober 2011 oleh Penerbitan Karya Seni.

Bermula sebagai e-novel yang diterbitkan dalam bentuk siri, e-novel ini ditamatkan sewaktu Karya Seni mencadangkan novel ini diterbitkan sebagai buku cetak. Walaupun demikian, 47 bab pertama antara 99 bab pada keseluruhannya masih boleh dibaca secara percuma di laman web rasmi Melur Jelita.

Novel ini telah diadaptasi sebagai sebuah siri drama televisyen pada 2017. Kesinambungannya, Awak Suka Saya Tak 2 dikeluarkan pada 2018.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Awak Suka Saya Tak? lahir daripada kesedihan hati novelis Melur Jelita yang melampau melihat perpecahan, pergaduhan dan syak wasangka antara kaum, agama, bangsa, keluarga, jiran, suami isteri, ibu anak dan sebagainya. Tidak sedikit fitnah yang timbul kerana sebab-sebab ini.[1]

Hasrat beliau ialah untuk menyatupadukan seluruh manusia di dunia dengan kasih sayang tanpa mengira siapa. Melur mengakui bahawa hasratnya terlalu hebat dan mustahil tetapi baginya, lebih baik dia bermimpi dan mencuba merealisasikan hasrat itu dengan secebis coretan yang penuh belasahan. Tambah Melur, sekurang-kurangnya dia ada menyumbang sesuatu dan berusaha ke arah itu, walau sebaris ayat untuk melahirkan insan yang berkasih sayang antara satu sama lain.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan hubungan antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah, mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman, seorang yang baru mengenali Islam, lebih mencintai Islam daripada Intan yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana keakuannya.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan dengan aksinya yang berani, seksi, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Akhirnya, Hilman dan Intan berdua bersetuju untuk mengikat janji bahagia bagi hidup bersama menanti hari untuk disatukan dan digelar suami isteri. Sayangnya manusia hanya mampu merancang dan Allah yang berhak menentukan segalanya. Sekali lagi Intan kehilangan Hilman pada saat hari bahagia mereka. Adakah mereka ada jodoh atau sebaliknya?

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Novel ini telah diadaptasi sebagai sebuah siri drama televisyen yang dibintangi oleh Alvin Chong dan Emma Maembong. Tayangan perdana bermula pada 25 September 2017 di Astro Ria.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Video tentang latar penciptaan dan kandungan novel". Dicapai pada 31 Julai 2014 – melalui YouTube.
  2. ^ "Forum Awak Suka Saya Tak? Hilman Yong dan Intan Zulaikha". Dicapai pada 31 Julai 2013 – melalui Facebook.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]