Awan Dania The Movie
- Lihat juga: Awan Dania
Awan Dania The Movie | |
---|---|
Pengarah | Rashid Sibir |
Penerbit | Gayatri Su-Lin Pillai |
Penulis | Sofia J. Rhyland (lakon layar) Rashid Sibir (skrip) |
Dibintangi oleh | |
Syarikat penerbitan | |
Pengedar | Astro Shaw |
Mula ditayangkan | 14 Mac 2013 |
Tempoh tayangan | 94 minit |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Awan Dania The Movie merupakan sebuah filem komedi Malaysia 2013 arahan Rashid Sibir terbitan Tayangan Unggul, dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Elly Mazlein, Jehan Miskin dan Rusdi Ramli. Filem ini ditayangkan pada 14 Mac 2013.[1]
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Pencarian ”krew Kabin Terbaik” yang baru bermula membuatkan Dania cuba untuk memecahkan rekod Tania yang telah memegang takhta itu 3 kali berturut-turut. Peperangan di antara mereka bermula apabila Dania melihat Tania mulai akrab dan mesra dengan Kapten Remy, juruterbang yang pernah menyukainya satu ketika dahulu. Tetapi sebenarnya Tania mempunyai agenda tersendiri dengan merapati Remy. Dania pula yang mengetahui akan rahsia itu merasakan perlu menyelamatkan Remy daripada terus ditipu selain cuba untuk menarik perhatian Remy semula. Dania meminta Benjy menyamar menjadi kekasihnya semata-mata untuk membuatkan Remy cemburu. Sebaliknya, perkara lain pula yang berlaku membuatkan peperangan Dania dan Tania semakin kritikal. Untuk mengetahui kesudahannya jangan lupa saksikan Awan Dania The Movie.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Scha Al-Yahya
- Elly Mazlein
- Jehan Miskin
- Rusdi Ramli
- Hans Isaac
- Ruminah Sidek
- Maimon Mutalib
- Osman Kering
- Roy Azman
- Zaibo
- Maimunah Ahmad