Awang Bulgiba Awang Mahmud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Awang Bulgiba bin Awang Mahmud)
Profesor Datuk Dr.

Awang Bulgiba

MBBS MPH MAppStat PhD FFPH FPHMM FAMM FASc
Kelahiran
Awang Bulgiba bin Awang Mahmud
WarganegaraMalaysia
Terkenal keranaKajian dan pendapat mengenai COVID-19 di Malaysia.
Kerjaya saintifik
BidangEpidemiologi
InstitusiUniversiti Malaya

Prof. Datuk Dr. Awang Bulgiba bin Awang Mahmud[1] (Jawi: اوڠ بولڬيب بن اوڠ مهمود) ialah seorang ahli epidemiologi dan pakar perubatan Malaysia. Beliau juga merupakan naib canselor Universiti Malaya sejak 2017.[2]

Kerjaya dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Profesor Awang Bulgiba merupakan doktor Malaysia pertama yang dianugerahkan Doktor Falsafah (PhD) dalam Maklumat Kesihatan. Beliau juga yang pertama memegang empat felo pendidikan iaitu di Fakulti Kesihatan Awam UK, Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia dan Akademi Sains. Beliau juga memegang jawatan Setiausaha Agung Akademi Sains Malaysia dan Presiden Konsortium Kesihatan Awam-KL Asia-Pasifik.[3]

Pandemik COVID-19[sunting | sunting sumber]

Ketika pandemik COVID-19 di Malaysia, Awang Bulgiba mula dikenali apabila pada 30 Mac 2020, beliau mencadangkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah langkah terbaik yang diambil oleh kerajaan dalam memerangi penularan penyakit koronavirus (COVID-19). Beliau menganjurkan bahawa Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya masa enam minggu dalam usaha pengekangan virus itu.[4] Pada 9 April, beliau juga berpendapat bahawa PKP harus dilanjutkan ekoran tahap kepatuhan dan kesedaran masyarakat awam di Malaysia yang masih rendah dalam menentang COVID-19.[5] Pada 12 April, Awang Bulgiba juga mengatakan PKP boleh ditamatkan sekiranya jumlah kes baharu terus menurun dan angka pulih melebihi pertambahan kes.[6]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  •  Sarawak
    • Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) - Datuk (2017)[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "DATUK PROFESSOR DR. AWANG BULGIBA BIN AWANG MAHMUD - MBBS, MPH, MAPPSTAT, PHD, FFPH, FPHMM, FAMM, FASC". UM Memory (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2020. Dicapai pada 23 Mei 2020.
  2. ^ "Prof Awang Bulgiba to lead UM for the next six months" (dalam bahasa Inggeris). The Star. 24 Mei 2017. Dicapai pada 21 Mei 2020.
  3. ^ "Awang Bulgiba Awang Mahmud". Jabatan Perubatan Sosial dan Pencegahan Universiti Malaya. Dicapai pada 23 Mei 2020.
  4. ^ Zubir Sulaiman (30 Mac 2020). "PKP perlu dilanjutkan sehingga enam minggu: Dr Awang Bulgiba". Sinar Harian. Dicapai pada 21 Mei 2020.
  5. ^ "Lanjut PKP putus rantaian COVID-19". Berita Harian. 9 April 2020. Dicapai pada 21 Mei 2020.
  6. ^ Ahmad Suhael Adnan (12 April 2020). "Tamat PKP hanya selepas syarat ideal kes COVID-19 dipatuhi". Berita Harian. Dicapai pada 21 Mei 2020.
  7. ^ Mohd Roji Kawi (9 September 2017). "Tun Salahuddin, Allahyarham Tok Nan, bergelar Pehin Sri". BH Online. Dicapai pada 23 Mei 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]