Awang Jabar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk Haji

Awang Jabar
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Dungun
Dalam jawatan
1978–1995
Didahului oleh Abdul Wahab Yunus
Digantikan oleh Mokhtaruddin Wan Yusof
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Bukit Besi
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehkawasan baharu
Digantikan oleh Roslan Ismail
Butiran peribadi
LahirAwang bin Jabar
Meninggal dunia20 September 2011
Kilometer 26, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Merchang, Marang, Terengganu
Sebab kematianKemalangan jalan raya
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Syeikh Ibrahim, Kuala Terengganu
PasanganDatin Mariam Abdullah

Datuk Haji Awang bin Jabar merupakan ahli politik Barisan Nasional di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Dungun, negeri Terengganu (1978-1990). Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional. Kemudian beliau bertanding DUN Bukit Besi dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995.

Beliau menjadi Setiausaha Parlimen, Kementerian Belia dan Sukan (1984-1990). Selain itu menjadi Ketua UMNO Bahagian Dungun.

Beliau menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia ketika Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pemuda UMNO. Beliau juga disebut-sebut sebagai MB Terengganu yang menyebabkan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad tidak selesa.Buku 'Dilemma Yusof Noor' 1993 mendedahkan persinggitan antara Awang Jabar-Wan Mokhtar- Ustaz Azmi Ibrahim.

Pada 2008, beliau menjadi Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad bin Said.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Beliau menang pilihan raya selama empat penggal (1978, 1982,1986 dan 1990). Pada Pilihan raya umum Malaysia 1995 Awang Jabar menang di DUN Bukit Besi dengan majoriti 1501 undi. Berikutan itu, beliau dilantik menjadi Exco Terengganu.

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 , bertanding di DUN N25 Bukit Besi. Beliau kalah kepada calon PAS ,Roslan Ismail dengan undi tipis. Pengundi Bukit Besi seramai 8236 orang. Pada tahun itu kerajaan BN Terengganu pimpinan Menteri Besar Terengganu, Wan Mokhtar Ahmad tumbang kepada PAS.

Royalti Minyak Terengganu[sunting | sunting sumber]

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2000 di PWTC, Kuala Lumpur , Umno Terengganu diwakili Datuk Awang Jabar membawa usul agar royalti Terengganu ditarik balik. Menurut perjanjian 1975, Terengganu sepatutnya menerima 5 % royalti minyak dari Petronas. Oleh itu MB Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang terpaksa mencari dana lain dan akhirnya kerajaan PAS di Terengganu tumbang pada 2004.

Wakaf sekolah[sunting | sunting sumber]

Beliau mewakafkan tanah dan menjual murah rumahnya di Dungun menjadi Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin dan menggunakan modul pendidikan Dewan Ulamak PAS.[1]

Maut kemalangan[sunting | sunting sumber]

Pada 20 September 2011,jam 7.10 pagi, beliau (66 tahun) maut selepas terbabit kemalangan jalan raya di di Kilometer 26, Jalan Kuala Terengganu-Kemaman dekat Kampung Alor Tumang, Dungun.Turut terkorban ialah seorang pelancong Yemen, Nesma Nabil Abdul Karim Al-Saiban (25) yang menaiki kereta Perodua Alza.Pelancong dari Yemen , Muhamad Mazan Jamal, Muhamad Hassan, Muhamad, Najda dan Fairus cedera dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Pemandu kereta Mercedes Benznya, Abdul Razak hanya cedera di muka. Pelancong Yemen itu hendak bercuti di Pulau Redang.

Jenazah dibawa balik ke rumahnya di Jalan Tekukur dan disembahyangkan di Masjid Al Muktafibillah Shah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim.[2][3] Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said; dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau meninggalkan isteri, Mariam Abdullah dan tujuh orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan).[4]

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia
    • Ahli Mangku Negara (A.M.N.) - 1982
    • Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - Datuk (2002)
  •  Terengganu
    • Tokoh Maal Hijrah Terengganu 1433H - 2011 (anumerta)[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Saiful Bahari Mamat (21 September 2022). "Belasungkawa: Harap rakyat Terengganu maafkan Datuk Awang Jabar". Buletin Online. Dicapai pada 12 April 2022.
  2. ^ Former parliament secretary Awang Jabar dies in car crash
  3. ^ "Maut sebelum sertai majlis TPM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-23. Dicapai pada 2011-09-21.
  4. ^ Bekas Ahli Parlimen Dungun maut dalam kemalangan
  5. ^ Umat Islam sambut Maal Hijrah 1433