Awang Spanar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Awang Spanar
PengarahZ. Lokman
Dibintangi
Tarikh tayangan
1989
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Awang Spanar merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1989. Filem Awang Spanar diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Awang Spanar mula ditayangkan pada 1989 di pawagam seluruh negara. Arahan Z. Lokman, ia menampilkan Mr. Os, Salih Yaacob dan ramai lagi.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Awang dan Salleh berasal dari Terengganu. Salleh berkerja sebagai seorang kelasi sementara Awang Spanar diberi gelaran tersebut kerana mahir membaiki bot. Dalam percutian mereka di Kuala Lumpur, mereka menyaksikan kejadian penculikan oleh sekumpulan mafia ke atas anak seorang hartawan bernama Rahim. Kehadiran mereka disedari oleh salah seorang mafia bernama Udin Didih lalu melaporkan kepada ketuanya Ali Jebon. Ali mengarahkan orang-orangnya untuk mencari dan menghapuskan Awang dan Salleh yang menjadi saksi kejadian penculikan tersebut. Dengan bantuan seorang detektif yang bernama Lydia, mereka dapat mengesan penculik itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Mr. Os sebagai Awang Spanar
  • Salih Yaacob sebagai Salleh
  • Connie sebagai Lydia
  • Din Glamour sebagai Udin Didih
  • Hussein Abu Hassan sebagai Ali Jebon
  • Ibrahim Pendek sebagai Tuan Malek
  • M. Rajoli sebagai Imam Salleh
  • Hilal Azman sebagai Tony Azman
  • Rose Hashim sebagai Ros
  • Ronnie Kee sebagai Leow
  • G.T. Ganesh sebagai Maidin Samseng
  • Ayang sebagai Lina
  • Zahari Ismail
  • Norhaniza Jalal
  • Wah Chye
  • Chandran
  • Bazaee
  • Ah Yau

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Boria Kuala Lumpur - Mr. Os
  • Mata Bertentang - Salih Yaacob

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]