Awang anak Raweng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Awang anak Raweng, GC
Kelahiran(1925-04-20)20 April 1925
Nanga Skrang, Simanggang, Kerajaan Sarawak (kini Bahagian Sri Aman, Sarawak, Malaysia)
Meninggal dunia18 September 2020(2020-09-18) (umur 95)
Bahagian Sri Aman , Sarawak , Malaysia
PangkatSarjan
UnitRejimen Worchestershire (Tentera Darat British)
PertempuranDarurat Tanah Melayu (1948-1960)
Palang George dan riben khidmatnya

Sarjan Dato Awang anak Raweng P.S.B.S., GC,(Bersara) (20 April 1925 - 18 September 2020) juga dikenali sebagai “Tua Kampung” Pengakap Iban dari Sarawak di Borneo, dianugerahkan Palang George atas keberaniannya seperti yang terakam dalam Warta London pada 20 November 1951.[1]

Beliau ditempatkan ke 10 Platoon, 'D' Company, Batalion Pertama Rejimen Worcestershire di Tanah Melayu apabila peronda hutan mereka diserang oleh 50 pengganas komunis di Johor, Tanah Melayu. Dua ahli platun, pengakap utama dan komander bahagian, terbunuh apabila Awang tercedera di paha. Walaupun tercedera, beliau menarik Prebet G. Hughes untuk berlindung. Awang membalas tembakan, menangkis setiap cubaan penjahat untuk mara, walaupun mengalami luka yang teruk di lengan kanannya. Apabila penjahat mengelilingi pasangan tercerdera itu, Awang mencangkuk sebutir grenad di tangan kirinya dan mencabar penjagat untuk menyeranginya. Beliau mempertahankan diri daripada komunis selama 40 minit, memaksa mereka mengundur diri dan menyelamatkan hidup Prebet Hughes.[2]

Petikannya menyimpulkan "Betapa tegas perilakunya sehinggakan penjahat, yang mengekalkan serangan mereka selama beberapa 40 minit, dan mereka yang kini diancam oleh bahagian lain, mengundur diri. Semangat dingin, tabah dan serangan yang dipaparkan oleh Awang anak Rawang merupakan darjat yang tertinggi. Walaupun dua kali tercedera dengan teruk, beliau menunjukkan keberanian tinggi dan azam meneruskan perlawanan dan melindungi askar yang tercedera."

Beliau juga penerima Pingat Kemahkotaan Ratu Elizabeth II, Jubli Perak, Emas dan Intan dan Pingat Jasa Malaysia. Pada 27 Oktober 2015, beliau dianugerahkan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan Ijazah Kehormat Sarjana dalam bidang Pengajian Strategi sempena dengan istiadat konvokesyen ke-6 Universiti.[3] Beliau ialah ketua rumah panjang (Tuai Rumah) di tempat kelahirannya, Nanga Skrang, dan beliau juga menerima elaun bulanan dari kerajaan Malaysia dan British.

Pada 13 Oktober 2018, Kerajaan Negeri Sarawak mengurniakan beliau secara rasmi anugerah Panglima Setia Bintang Sarawak, yang membawa gelaran Dato', sebagai pengiktirafan kepahlawanan beliau sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-82.[4]

Pada 18 September 2020, beliau meninggal dunia pada usia 95 tahun di kediamannya di Sri Aman. Berita tersebut kemudian disahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Pengarah Sarawak Mejer Pahot Joll. [5]

Darjah dan anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Panglima Setia Bintang Sarawak (dianugerahkan 2018)
  • Palang George
  • Pingat Jasa Malaysia
  • Ijazah Kehormat Sarjana dalam bidang Pengajian Strategi, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Worcestershire Regiment
  2. ^ Ritchie, James (30 October 2014). "Awang Raweng, the forgotten hero". TheStarOnline. Dicapai pada 31 October 2016.
  3. ^ [1]
  4. ^ [2]
  5. ^ [3]