Awas (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Awas
PengarahAbdul Aziz Razak
PenerbitAnita Rafar
PenulisAbdul Aziz Razak
Dibintangi olehNorman Abdul Halim
Yusry Abd Halim
Edry Abdul Halim
Linda Rafar
Liena Hangat
Muzik olehNorman Abdul Halim, Yusry Abd Halim & Edry Abdul Halim
SinematografiWarna
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Rujukan Filemkita - Rujukan Sinema Malaysia

Awas ialah sebuah filem genre drama dan cinta Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1995. Filem ini telah diarahkan oleh Abdul Aziz Razak.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Cerita bermula dengan seorang lelaki melarikan diri selepas kelibatnya disedari 2 orang konco gangster. Semasa dia berada kawasan parking kereta dia memasukkan Disket ke dalam kereta Suzuki Vitara milik orang lain, kemudian dia berjaya ditangkap oleh 2 orang samseng itu dan ditembak mati.

Norman yang ketika itu baru saja selesai membuat persembahan di sebuah kelab malam bersama ahli kumpulannya terkejut melihat 2 orang tidak dikenali mengintai ke dalam keretanya, setelah menyergah 2 orang lelaki itu mereka pun lari. Semasa hendak memainkan CD, Norman hairan kenapa ada disket di sebelah tempat duduk pemandu tanpa disedari dia diekori oleh 2 orang lelaki yang  telah membunuh lelaki tadi.

Mereka berjaya menceroboh masuk ke halaman rumah Norman tetapi gagal menemui disket itu. Norman bertanyakan kepada Yusri adakah disket itu miliknya Yusri menafikan kerana dia tidak memiliki komputer, Edry juga menafikan disket itu miliknya. Mereka membuka fail disket itu tetapi tidak dapat difahami isinya kerana ianya rumit dan ada melibatkan statistik,nombor dan formula di dalam soft copy itu. Mereka memiliki masalah masing-masing, Norman terjebak dalam dilema cinta dengan Linda Rafar dan Emilia, kawannya semasa di Medan, Indonesia yang datang ke Malaysia sebagai penyanyi tetapi menggunakan nama pentas, Nirmalia.

Yusri pula dihimpit masalah kerana sering menjadi tempat mengadu oleh temannya Sheila lakonan Leina Hangat, yang ditinggalkan bekas kekasihnya lakonan Roy (Edika Yusof). Yusri dahulunya selalu mengikuti geng bermotosikal berkuasa tinggi Edika Yusof tetapi kemudian dia tidak lagi bersama grup itu dan menghabiskan masanya bekerja sambilan di stesen minyak, berlatih muzik bersama rakan-rakannya,bermain muzik di kelab malam dan menghadiri kuliah.

Yusri makin terseksa bila Roy meninggalkan Sheila dan mahu dia mengugurkan kandungannya, Norman juga memarahi dia kerana sejak melepak bersama Roy dan kumpulannya dia meninggalkan mereka semua dan tidak mempedulikan nasihat mereka supaya jangan terlalu rapat dengan Roy. Sheila yang ketakutan kerana tidak tahu tempat dituju kerana bapanya mahu membunuhnya. 1 hari bapa kepada Sheila menemui Dekan dan bertanya  kerana sudah 3 bulan dia tidak  pulang ke rumah dan tidak menghadiri kuliah. Sheila mati dan Yusri bersedih kerana Roy memaksa Leina mengugurkan kandungan itu

Edry pula sering di marahi oleh ibunya kerana kedua-dua ibu bapanya sibuk dengan kerjaya masing-masing, ibunya mengesyaki ayahnya mempunyai skandal dengan seorang penyanyi, dalam masa yang sama ibunya pula mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki. Edry akhirnya menemui bapanya secara tidak sengaja di semasa berkunjung ke kelab malam bersama rakan-rakan dan disitu terbukti apa laporan di akhbar yang bapanya benar-benar mempunyai skandal dengan seorang artis wanita, dia mendekati bapanya itu dan berpura-pura tidak mengenalinya dan meminjam pemetik api, bapanya memberi amaran  jangan memberitahu perkara itu pada ibunya.

Tetapi itu semua tidak menjejaskannya kerana dia menghabiskan waktu lapangnya bersama Norman,Yusri dan dance kru, dia juga selalu melepak di rumah Abang Sham ( Mahmud Ali Bashah) dan Husni, rakan sekelas Edry, juga rakan serumah Abang Sham. Tanpa disedari Sham seorang gay dan sebab itu dalam filem ini kelihatan sentuhan manja dan belaian mesra dari dia terhadap Edry, dalam kemesraan itu wujud perasaan cemburu dari Husni, yang kurang senang Edry rapat dengan Sham.

Norman memberikan disket itu kepada kak Yus, programmer di kolejnya tetapi dia juga gagal memahami apa isi kandungan disket itu. lantas mencadangkan Norman memberikan disket itu kepada Doktor untuk membongkar maksud data dan statistik yang terkandung di dalam disket itu, dia menyokong Norman dan mencadangkan dia menyerahkan disket itu kepada pihak berkuasa. katanya itu Norman tidak perlu tahu kerana disket itu bakal membahayakan hampir separuh penduduk bumi dan bahaya jika disket itu jatuh ke tangan yang salah.

kematian lelaki di awal filem itu didedahkan, dia seorang mahasiswa dan data dalam disket yang ada padanya adalah maklumat penting yang ingin dimiliki oleh Prof. kemuncaknya, Nirmalia diculik dan mereka bertiga menemui penculik itu untuk menyerahkan disket itu dan Nirmalia terkejut kerana Profesor Rahman ( Jalaluddin Hassan ) adalah pakciknya dan kemudian tempat itu diserbu Polis, Prof Rahman ditangkap dan di akhir cerita Norman yang masih belum berani meluahkan isi hati  kepada Emilia memberikan kaset yang mengandungi lagu terbarunya sebelum berlepas di lapangan terbang, Emilia mendengar pita rakaman itu dan menerima cinta Norman.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Filem lakonan Kumpulan KRU ini ditayangkan pada 1995 dan tidak banyak info di carian google sebab filem ni tak diterbitkan ke dalam format VCD jadi hanya format VHS/pita video saja yang dimuat naik ke youtube untuk tontonan dengan kualiti video & audio yang teruk, seharusnya diproses semula.

Plot cerita Edry,Yusri pastinya berat untuk remaja sebaya mereka. Jika tersalah langkah, pasti tersungkur. Edry datang dari keluarga sempurna pada luaran, ada tempat tinggal,ibu bapa dan adik beradik tetapi institusi kekeluargaan ini runtuh. Dari sini lah punca pentingnya ada sahabat yang sedia membantu. Jadi Edry masih ada Yus dan Norman untuk mengadu disamping dapat melupakan masalah di rumah. Dia juga hampir saja lagi terjebak ke kancah homoseksual yang masih lagi taboo di era itu. Sham lakonan Mahmud Ali Bashah berkelulusan luar negara, lengkap segalanya tapi masih hidup bersendiri lantas terbit rasa ingin tahu Edry mengapa dia masih bujang. Walaupun tak disampaikan dengan jelas, rasanya audiens boleh menangkap dari gerak gaya yang Sham itu homoseksual dan Husni telah menjadi mangsanya. Diakhir filem itu dia disahkan menghidap HIV positif, meninggalkan Husni dengan seribu kekesalan.

Yusri, perlu bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada Sheila, kesan terlalu hanyut dengan keseronokan sementara. Akhirnya terpaksa menerima hakikat dia mengandung luar nikah dah bakal menerima padah atas perbuatannya. Isu buang bayi juga meledak di era 90an dulu, lagi parah berbanding hari ini. Isu pembuangan bayi pada waktu itu masih taboo dan masyarakat menghukum pesalah ini lantas menyebabkan mereka malu untuk memulakan semula kehidupan. Berbeza dengan harini dimana masyarakat mula memberi bimbingan pada mereka yang terlanjur dan dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab.

Sub-plot kisah Norman pula tiada yang begitu serius untuk diangkat. dah macam cerita kartun kanak-kanak pun ada dengan data yang hanya disimpan dalam disket berkapasiti 1mb boleh membahayakan separuh penduduk bumi !!!

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Ini filem sulung lakonan kumpulan KRU, mereka kemudian berlakon dalam filem Cinta Metropolitan. Selepas itu hanya Yusri yang berlakon sebelum menduduki kerusi pengarah. Edry dan Norman tidak berlakon lagi.
  • Secara tidak langsung KRU beberapa tahun kemudian mengorak langkah dalam industri perfileman tempatan dengan filem Cicak-Man mereka mendapat kutipan pecah panggung.
  • Dalam interview dengan kool fm 2018, Mereka bertiga telah membuat persiapan dengan berkongsi bilik tidur yang diletakkan katil dua tingkat bersama-sama dance kru yang terlibat sebagai pelakon ekstra. Mereka hanya dijamu lauk sayur masak air. sebelum penggambaran filem Awas.
  • Linda Rafar terlebih dulu membuat kemunculan dalam filem ini sebelum menganggotai kumpulan Elite.
  • Disebabkan pada waktu ini telefon selular mahal, mereka berhubung menggunakan Pager

Rujukan[sunting | sunting sumber]

http://www.filemkita.com/filem/a/awas_01.html