Axel Mærsk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sejarah
Flag of DenmarkDenmark
Nama: Axel Mærsk
Pengguna: A.P. Moller-Maersk Group
Dipesan: 2002
Pembina: Lindo Shipyards
Dilancarkan: 2003
Status: Dalam perkhidmatan
Nota:
  • Tanda pengenalan: OUUY2
  • Nombor IMO: 9260419
  • MMSI: 220187000
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal kontena
Berat (tan):
Panjang: 352 m (1,155 ka)
Lunas: 43 m (141 ka)
Jana kuasa:
  • Enjin HDS Sulzer 12RTA96C
  • 76,200 kuasa kuda
Halaju:
  • 25.4 knot (47 km/j) (maksimum)
  • 23.9 knot (44 km/j) (pelayaran)
Kapasiti:
  • 9,000 TEU (pengiraan syarikat)
  • 9,350 TEU (pengiraan IMO)

Axel Mærsk ialah sebuah kapal kontena Denmark dan merupakan antara kapal kontena terbesar di dunia. Kapal ini adalah sebahagian dari armada kapal kontena Maersk Line, yang termasuk kapal gergasi seperti Emma Mærsk, Gudrun Mærsk dan Edith Mærsk. Kapal kontena Axel Mærsk telah dibina di limbungan Maersk Line di Odense, Denmark. Ia ditempah pada tahun 2002 dan siap pada awal tahun 2003.

Alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Kapal ini dibina oleh Maersk Lines dengan mengambil kira aspek mesra alam dan mematuhi keperluan mengurangkan pencemaran seperti yang digariskan oleh MARPOL. Axel Mærsk dibina dengan teknologi termoden yang mengurangkan pembebasan CO2 dari enjin. Selain itu, cat yang digunakan direka untuk meningkatkan daya sistem pendorongan disamping mengurangkan rintangan air. Reka letak kargo juga direka agar lebih mudah dan selamat, bagi mengelakkan kehilangan kontena di laut.

Alatan anjungan[sunting | sunting sumber]

Axel Mærsk mematuhi keperluan IMO untuk alatan anjungan. Ini boleh dilihat dengan penggunaan sistem moden ARPA dan sistem pemplotan Radar. Sistem GPS juga menunjukkan kedudukan kapal dengan ketepatan 10 meter. Fungsi kendalian automatik (auto pilot) mengikut haluan dengan tahap ketepatan sehingga 1 darjah. Carta elektronik dapat memplot kedudukan kapal setiap 5 minit.

See also[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]