Axel Witsel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Axel Witsel
Axel Witsel 2014.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhAxel Laurent Angel Lambert Witsel[1]
Tarikh lahir (1989-01-12) 12 Januari 1989 (umur 30)
Tempat lahirLiège, Belgium
Ketinggian1.86 m (6 ft 1 in)[2]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniBorussia Dortmund
Nombor28
Kerjaya remaja
2004–2006Standard Liège
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2006–2011Standard Liège148(34)
2011–2012Benfica32(1)
2012–2016Zenit Saint Petersburg121(16)
2017–2018Tianjin Quanjian35(5)
2018–Borussia Dortmund2(2)
Pasukan kebangsaan
2004Belgium B151(0)
2005Belgium B152(0)
2005–2006Belgium B1719(0)
2006–2007Belgium B185(0)
2006Belgium B193(0)
2007–2009Belgium B2110(0)
2008–Belgium97(9)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 26 Ogos 2018.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 14 Julai 2018

Axel Laurent Angel Lambert Witsel (lahir 12 Januari 1989) merupakan seorang pemain bola sepak Belgium yang beraksi untuk kelab Jerman, Borussia Dortmund dan pasukan kebangsaan Belgium. Beliau bermain di posisi pemain tengah malah boleh bermain di posisi sayap.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Standard Liège[sunting | sunting sumber]

Bapa beliau ialah berasal dari Martinique dan bekas pemain manakala ibu beliau ialah orang Belgium. Pada 17 September 2006, ketika beliau berumur 17 tahun, beliau membuat debut pertama bersama Standard Liège dalam perlawanan menentang FC Brussels apabila beliau menggantikan Steven Defour pada minit ke-89.

Dalam musim 2007–08, ketika Witsel berumur 18 tahun, beliau menjadi ahli kelab Standard Liège yang memenangi gelaran liga pada musim itu. Pada tahun yang sama, beliau menjadi pemain tengah muda bersama Steven Defour dan Marouane Fellaini. Dalam musim berikutnya, beliau menjaringkal gol kemenangan kedua dari kotak penalti.

Pada 30 Ogos 2009, Witsel dilanda kontroversi apabila beliau mengasak lutut Marcin Wasilewski sehingga cedera ketika perlawanan menentang Anderlecht.[4][5] Berikutan itu, Witsel dikenakan kad merah. Kemudian, beliau meminta maaf. Namun, beliau menerima kritikan hebat dari penyokong Anderlecht dan Poland.[6]

Benfica[sunting | sunting sumber]

Witsel bermain untuk Benfica menentang Zenit pada 2012

Witsel menandatangani kelab gergasi Portugal, Benfica dalam kontrak lima tahun pada 13 Julai 2011.[7] Pada 24 Ogos 2011, Witsel menjaringkan gol sebanyak dua kali dalam perlawanan play-off Liga Juara-Juara menentang FC Twente, 3-1. Jaringan Witsel dapat menghantar Benfica ke peringkat kumpulan dalam agregat 5-3.[8]

Beliau menjaringkan gol pembukaan menentang kelab tercorot, Vitória de Guimarães 4-1 dalam Taça da Liga pada 9 Januari 2012.[9] Witsel menjaringkal gol keempatnya bersama Benfica ketika menentang Santa Clara pada 18 Januari dalam perlawanan Taça da Liga.[10] Benfica ke perlawanan akhir pada 14 April menentang Gil Vicente dan Witsel dianugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan dengan kemenangan 2-1.[11]

Zenit[sunting | sunting sumber]

Pada 3 September 2012, Witsel menandatangani kelab Rusia, FC Zenit Saint Petersburg dengan bayaran sebanyak €40 juta selepas menandatangani kontrak selama lima tahun.[12][13] Witsel membuat debut pertama dalam Liga Perdana Rusia pada 14 September apabila menggantikan Konstantin Zyryanov pada minit ke-70 apabila Zenit tunduk 0-2 kepada Terek Grozny.[14] Beliau menjaringkal gol buat pertama kalinya sebanyak dua kali untuk Zenit apabila menang 4-2 menentang Spartak Moscow di Stadium Luzhniki.[15] Witsel menjaringkan gol kemenangan buat Zenit apabila menumpaskan FC Terek Grozny pada 30 Mac 2013, 3-0.[16]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Witsel bersama Belgium

.

Axel Witsel bermain untuk Belgium ketika beliau memasuki pasukan bawah-21 pada 2007 dengan lima kaps. Beliau juga antara skuad Belgium yang melangkah ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak bawah-21 UEFA 2007.

Pada 26 Mac 2008, Witsel membuat debut antarabangsa pertama dalam perlawanan persahabatan menentang Maghribi. Belgium tewas 1-4 tetapi Witsel menjaringkan satu gol tersebut untuk Belgium.

Pada 13 Mei 2014, Witsel tersenarai dalam skuad Belgium untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[17] Beliau memulakan aksi di piala dunia apabila Belgium menewaskan 2-1 ke atas Algeria di Belo Horizonte.[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Conselho de disciplina" (PDF). Portuguese Football Federation (dalam bahasa Portugis). 23 March 2012. m/s. 3. Dicapai 10 July 2014.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  2. ^ http://www.standard.be/fr/c_joueurs_saison.php?id=644
  3. ^ "Stats Centre: Axel Witsel Facts". Guardian.co.uk. Dicapai 29 June 2009. 
  4. ^ "Witsel breekt been van Wasilewski in tackle". Sporza. Dicapai 31 August 2009. [pautan putus]
  5. ^ "Anderlecht-Standard faute d'Axel Witsel sur Wasilewski". YouTube. Dicapai 31 August 2009. 
  6. ^ http://goal.com/en/news/755/europe/2009/09/01/1474358/standard-liege-stars-defour-witsel-receive-death-threats
  7. ^ "Benfica sign Witsel". ESPNFC. 14 July 2011. 
  8. ^ "Witsel delivers as Benfica oust Twente". UEFA. 24 August 2011. 
  9. ^ "V.Guimarães 1-4 Benfica". LPFP. Dicapai 3 December 2012. 
  10. ^ "Benfica 2-0 Sta. Clara". LPFP. Dicapai 3 December 2012. 
  11. ^ "Witsel foi o Man of The Match". LPFP. 15 April 2012. 
  12. ^ Zenit signs Witsel
  13. ^ CMVM
  14. ^ "Zenit 0 - 2 Terek Grozny". ESPNFC. 14 September 2012. 
  15. ^ "Spartak Moscow 2 - 4 Zenit St Petersburg". ESPNFC. 30 November 2012. 
  16. ^ "Terek Grozny 0-3 Zenit St. Petersburg". ESPNFC. 30 March 2013. 
  17. ^ "Adnan Januzaj included in Belgium's World Cup squad". BBC Sport. 13 May 2014. Dicapai 15 May 2014. 
  18. ^ Chowdhury, Saj (17 June 2014). "Belgium 2-1 Algeria". BBC Sport. Dicapai 17 June 2014.