Pergi ke kandungan

Aya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Aya
Julat zaman: Ypres-kini , 56.0–0 Ma
[1]
Ikan-ikan aya (dari atas): aya sirip panjang, aya sirip biru Atlantik, aya Jepun, aya sirip kuning, aya semambu
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Scombriformes
Keluarga: Scombridae
Subkeluarga: Scombrinae
Tribus: Thunnini
Starks, 1910[1]
Genus

Aya atau tuna[2] ialah sejenis ikan pelagik yang tergolong dalam suku Thunnini keluarga Scombridae; kelompok tersebut terdiri daripada 15 spesies dan lima genus.[3] Ikan-ikan aya pemangsa yang aktif dan tangkas kerana pantas berenang – spesies aya sirip kuning mampu berenang mencapai kelajuan 75 kilometer sejam.[4]

Di perairan lautan tropika, aya ditangkap secara komersial khususnya sebagai sumber makanan dan untuk tujuan rekreasi di laut. Penangkapan berlebihan ikan-ikan ini menyebabkan beberapa spesies ikan jenis ini diancam kepupusan.[5] Aya tersebar luas di lautan-lautan beriklim sederhana dunia.[6]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Melayu, ikan dalam kelompok ini dikenali sebagai aya, tongkol, kayu, bakulan dan sebagainya.[perlu rujukan]

Istilah Inggeris tuna dipinjamkan daripada bahasa Sepanyol atún daripada bahasa Arab Andalusia at-tūn yang diserap daripada التونal-tūn [التن‎ dalam bahasa Arab Moden] daripada kata Latin thunnus.[7] Perkataan thunnus dipinjam daripada Bahasa Yunani Kuno: θύννος, thýnnos yang dipakai pada spesies Scomber thynnus,[8][9] nama ini terbit daripada kata θύνω thýnō "meluru".[10] Nama suku Thunnini juga dijejak daripada perkataan Thunnus.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Suku Thunnini mempunyai satu cabang monofiletik yang merangkumi 15 spesies dalam lima genus:

Kladogram berikut menggambarkan hubungan evolusi antara takson-takson ikan aya dan suku lain dalam keluarga Scombridae yang mencabang, rajah ini dibaca dari kiri ke kanan mengikut garis masa. Contohnya, cabang aya Jepun sedahan dengan cabang suku Thunnus, cabang suku ikan aya ramping Allothunnus yang paling primitif lebih jauh; suku aya Thunnus sedahan dengan cabang suku Sardini.[3]

Aya: suku Thunnini, dalam keluarga Scombridae
keluarga Scombridae 
 subkeluarga
Gasterochismatinae 

 setan jangki (satu genus)

 subkeluarga
Scombrinae 
suku Scombrini 

 kembung (dua genus)

suku Scomberomorini 

 tenggiri (tiga genus)

suku Sardini 

 bonito (empat genus)

 suku Thunnini,
 aya 

 Allothunnus, aya ramping

 Auxis, aya selasih

 Euthynnus, aya kecil

 Katsuwonus, aya Jepun

 Thunnus, aya sebenar 
 subgenus Thunnus

 kumpulan sirip biru

 subgenus Neothunnus

 kumpulan sirip kuning

Kladogram: Aya dikelaskan kepada suku Thunnini (di bawah-tengah dalam kladogram di atas) – satu daripada empat suku yang ada dalam keluarga Scombridae.[3]

Badan ikan-ikan jenis ini ramping. Ukuran ikan jenis aya sangat berubah-ubah, aya peluru paling kecil dengan panjang maksimum 0.5 meter dan berat 1.8 kilogram, manakala aya sirip biru Atlantik ikan yang paling besar dengan panjang maksimum 4.6 m dab berat: 684 kg) yang puratanya 2 m (6.6 ka) dan dipercayai hidup sampai 50 tahun.[perlu rujukan]

Badan ikan aya bergaris arus untuk membantunya berenang dengan laju. Ia mempunyai dua sirip terpisah di belakang. Sirip belakang boleh direndahkan dan disokong oleh duri-duri badan.[11] Sirip pinggul terletak di bawah sirip dada. Sirip belakang dan sirip pinggul ini boleh disentap kembali apabila aya berenang laju.[11]

Ekornya berbentuk bulan sabit. Bahagian atas badan berwarna biru gelap manakala bahagian bawah berwarna keputihan untuk membantunya menyamar.[12] Aya dapat mengekalkan suhu tubuh lebih tinggi berbanding air di sekelilingnya.

  1. ^ a b "Tribe Thunnini Starks 1910". The Paleobiology Database. n.d. Dicapai pada 17 Disember 2022.
  2. ^ Yusri Atan; Hamadan Jaafar; Abdul Rahman Abdul Majid (2015). "Ikan Laut Malaysia: Glosari Nama Sahih Spesies Ikan". Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 199-202. ISBN 9789834603755.
  3. ^ a b c Graham, Jeffrey B.; Dickson, Kathryn A. (2004). "Tuna Comparative Physiology". The Journal of Experimental Biology. 207 (23): 4015–4024. doi:10.1242/jeb.01267. PMID 15498947.
  4. ^ Walters & Fierstine 1964, m/s. 209.
  5. ^ Collette, B.B.; Boustany, A.; Fox, W.; Graves, J.; Juan Jorda, M.; Restrepo, V. (2011). "Thunnus maccoyii". Senarai Merah IUCN Versi 2014.3. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 7 Jun 2019. This species has been intensively fished since the early 1950s. Its generation length is conservatively estimated to be 12 years. Estimated spawning stock biomass has declined approximately 85% over the past 36 years (1973–2009) and there is no sign that the spawning stock is rebuilding. It is therefore listed as Critically Endangered. Implementation of effective conservation and management measures are urgently needed.
  6. ^ "Status of the World Fisheries for Tuna". Yayasan Kelestarian Makanan Laut Antarabangsa. November 2022. Dicapai pada 17 Disember 2022. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  7. ^ "tuna". American Heritage Dictionary. Houghton Mifflin Harcourt Publishing Company. 2015. Dicapai pada 7 Jun 2019‎. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  8. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "thunnus". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
  9. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "θύννος". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  10. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "θύνω". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  11. ^ a b Biological characteristics of tuna. Jabatan Perikanan dan Penternakan Ikan, Pertubuhan Makanan dan Pertanian. n.d. Dicapai pada 17 Disember 2022.
  12. ^ Gibbs, Elizabeth (n.d.). "Fact Sheet: Tuna #P1412". Rhode Island Sea Grant. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2012. Dicapai pada 20 September 2012.

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
Wikibooks
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi