Ayahanda (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayahanda
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Ayahanda dari Allahyarham Azizi Hj Abdullah
Ditulis oleh
  • Wan Mahani Wan Hassan
  • Maizura Mohd Ederis
PengarahDato Ahmad Tarmimi Siregar
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanCoretan Pilu - Dato Awie
Lagu penutupCoretan Pilu - Dato Awie
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohamad Norazhar Baharudin
PenerbitFadzil Teh
Tempoh siaranRabu-Sabtu 9 Malam
Syarikat penerbitan
Zeel Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lestary)
Disney+ Hotstar Malaysia
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal10 Julai 2021 – 31 Julai 2021
Kronologi
MengikutiBudak Tebing 2
Diikuti olehHello, Jangan Tapau Cintaku

Ayahanda ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan oleh Dato Ahmad Tarmimi Siregar, di bintangi oleh Jalil Hamid, Ogy Ahmad Daud dan Fikry Ibrahim. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 10 Julai 2021 menggantikan Budak Tebing 2. [1] [2].

Ia turut ditayangkan di platfrom penstriman Disney+ Hotstar[3].

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Haji Abdullah (Jalil Hamid), seorang Tok Imam, juru nikah dan mengajarkan kitab di surau yang berusia lebih daripada 100 tahun. Surau itu kemudian dibina semula setelah dilanda ribut yang hampir meragut nyawa Haji dan isterinya, Hajah Noriah (Ogy Ahmad Daud) ketika itu.

Haji Abdullah dilihat sebagai seorang imam tua yang degil dan mahu mempertahankan semua jawatannya di masjid kampungnya. Walaupun Haji Abdullah sudah tidak diterima oleh masyarakat kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk tetapi beliau tetap melunaskan tanggungjawabnya. Hanya Hajah Noriah yang masih setia dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada suaminya. Di kampung, seorang imam baharu telah dilantik iaitu Ustaz Hamidi, 20-an dan lulusan Al-Azhar, Mesir. Jemaah pun semakin ramai di masjid. Haji Abdullah tercabar dan tetap mahu menjadi imam.

Haji Abdullah dan Hajah Noriah mempunyai 4 orang anak iaitu Halimah (Noorkhiriah), Ramli (Shahz Jaszle), Ahmad (Hairi Safwan) dan Aziz (Fikry Ibrahim). Halimah, anak sulung yang tinggal di belakang rumah Haji sering diharapkan oleh adik-beradiknya untuk menjaga ibu bapa mereka. Halimah juga terpaksa bersabar dengan perangai suaminya, Mat Diah (Sobri Anuar) yang terlalu taksub dengan pertandingan suara burung.

Ramli, anak kedua Haji Abdullah pula sibuk berulang-alik menghantar Piah (Nurmiziana Rosli), isterinya ke kampung asalnya kerana emaknya sakit. Manakala, Ahmad, anak ketiga yang mahu menambah pendapatan dengan mengusahakan kebun sayur di kaki bukit. Isteri Ahmad, Hasnah, telah meninggal dunia bersama anak ketiganya semasa bersalin. Hajah Noriah dan Halimah sentiasa cuba mencarikan jodoh baharu untuk Ahmad tetapi Ahmad belum bersedia.

Aziz, anak bongsu Haji Abdullah bekerja sebagai juru teknik di sebuah kilang dan minat penulisan. Isterinya, Mazni (Rita Nadira) lebih mementingkan kesenangan diri dan mula mengambil kesempatan atas kesibukan suaminya yang mahu menjaga orang tuanya, anak mereka dan juga menyiapkan penulisannya.

Haji Abdullah mahukan sokongan anak-anaknya untuk dia meneruskan tanggung jawabnya sebagai imam, namun semua anak-anaknya tidak berpihak kepadanya membuatkan Haji Abdullah terasa hati. Aziz yang menjadi harapan Haji Abdullah juga menentang hasrat ayahnya lebih-lebih lagi hubungan mereka pernah terpalit dengan sejarah lampau yang merenggangkan hubungan mereka berdua. Sikap degil dan ego Hj Abdullah menyebabkan dirinya dilanda sepi dan tiada siapa yang peduli.

Terleraikah kesepian hati seorang ayah dan dapatkan anak-anaknya memahaminya? Dapatkah anak-anak Haji Abdullah menebus kelemahan mereka yang sudah mengabaikan hati seorang ayah? Mengertikan mereka tentang pengorbanan seorang ayah?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ayahanda TV3 MyInfoTaip. Dicapai 9 Julai 2021
  2. ^ Hanis Aliaa Hidzir (10 Julai 2021). "Drama Ayahanda adaptasi novel kisah benar". Harian Metro. Dicapai pada 10 Julai 2021.
  3. ^ "Ayahanda". Hotstar. 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2021. Dicapai pada 1 Ogos 2021.