Pergi ke kandungan

Ayam-hutan biasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ayam-Hutan Merah)

Ayam-hutan biasa
Male red junglefowl walking across forest floor
Ayam-hutan biasa (jantan)
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Galliformes
Keluarga: Phasianidae
Genus: Gallus
Nama binomial
Gallus gallus
Taburan empat spesies ayam-hutan (Gallus), dengan ayam-hutan biasa (Gallus gallus) dilukis berwarna coklat.
Taburan empat spesies dalam genus Gallus (ayam-hutan biasa berwarna coklat cerah)
Sinonim

Phasianus gallus Linnaeus, 1758

Ayam-hutan biasa (Gallus gallus), turut dikenali sebagai ayam hutan merah atau ayam beroga, ialah spesies burung galliform tropika dalam keluarga fasianid yang terdapat di kawasan Asia Tenggara dan sebahagian Asia Selatan.

Ayam-hutan biasa merupakan spesies utama yang menjadi asal usul kepada pelbagai baka ayam pada masa kini (G. g. domesticus). Sumbangan kecil genetik juga datang daripada ayam-hutan kelabu (G. sonneratii), ayam-hutan Sri Lanka (G. lafayettii) dan ayam-hutan hijau (G. varius).[2][3] Penjujukan keseluruhan genom mendedahkan bahawa ayam mula dijinakkan daripada ayam-hutan biasa kira-kira 8,000 tahun yang lalu,[2] dan proses penjinakan ini melibatkan pelbagai garis keturunan induk betina.[2][4]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Subspesies

[sunting | sunting sumber]

Berikut lima subspesies G. gallus yang diakui:[5]

Ayam-hutan biasa ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Ayam Hutan ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang diliputi bulu pelepah. Paruh Ayam Hutan tidak bergigi.

Ilustrasi ayam hutan jantan dan betina

Ayam-hutan biasa makan serangga yang terdapat di sekitar habitat hidupnya. Ayam ini juga makan biji-bijian hutan.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Ayam-hutan biasa membiak dengan bertelur. Telur Ayam Hutan bercangkerang keras.

Taburan geografi asli ayam-hutan biasa menjangkau dari Pakistan, India, Nepal, Bhutan dan Bangladesh di barat, ke timur merentasi selatan China, ke Myanmar, Thailand, Kemboja, Laos, dan Vietnam, dan selatan/tenggara sehingga Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, dan Timor-Leste.[1]

Spesies ini diperkenalkan ke Australia, Republik Dominika, Fiji, Hawaii, Jamaika, Kepulauan Marshall, Mikronesia, Nauru, Kepulauan Mariana Utara, Palau, dan Puerto Rico.[1]

  1. 1 2 3 BirdLife International (2024). "Gallus gallus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2024 e.T22679199A263732457. Dicapai pada 8 January 2026.
  2. 1 2 3 Lawal, R.A.; dll. (2020). "The wild species genome ancestry of domestic chickens". BMC Biology. 18 (13) 13. doi:10.1186/s12915-020-0738-1. PMC 7014787. PMID 32050971.
  3. ↑ Eriksson, Jonas; Larson, Greger; Gunnarsson, Ulrika; Bed'hom, Bertrand; Tixier-Boichard, Michele; Strömstedt, Lina; Wright, Dominic; Jungerius, Annemieke; dll. (23 January 2008), "Identification of the Yellow Skin Gene Reveals a Hybrid Origin of the Domestic Chicken", PLOS Genetics, 4 (2) e10, doi:10.1371/journal.pgen.1000010, PMC 2265484, PMID 18454198
  4. ↑ Liu, Y-P.; dll. (2006). "Multiple Maternal Origins of Chickens: Out of the Asian Jungles". Mol Phylogenet Evol. 38 (1): 12–9. Bibcode:2006MolPE..38...12L. doi:10.1016/j.ympev.2005.09.014. PMID 16275023.
  5. ↑ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "ioc"
  • "Gallus gallus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. {{cite journal}}: Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan); Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes justification for why this species is of least concern

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]