Ayam Brand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayam Brand
Jenis/bentuk sahSendirian Berhad
IndustriPemprosesan makanan
Ditubuhkan1892; 132 tahun yang lalu (1892) di Singapura
PengasasAlfred Clouet
Ibu pejabatSelangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanSingapura, Malaysia, Thailand, Brunei, Indonesia, Hong Kong, Jepun, China, Australia, New Zealand, India, Perancis, Sweden, Portugal, United Kingdom & Vietnam
Tokoh pentingTing Seng Hee, Fabien Alexandre Reyjal
Keluaranikan sardin, ikan kembung, tuna, kelapa, sos dan pes masakan Asia, buah-buahan, sayuran, kacang panggang
PemilikAyam S.A.R.L.
Bilangan kakitangan1,000+
Syarikat indukKumpulan Syarikat Denis Frères
Tapak webwww.AyamBrand.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ayam Brand ialah sebuah syarikat pemprosesan makanan yang diasaskan pada tahun 1892 di Singapura. Syarikat ini mengeluarkan lebih daripada 60 juta tin makanan setahun dan menggaji sekitar 1,000 orang pekerja. Produk utamanya tertumpu di dua pasaran tertentu:[1]

  • bahan masakan Barat ditinkan seperti ikan-ikan sardin, tuna dan kembung, kacang pis dan kacang panggang di benua Asia,
  • bahan-bahan masakan Asia seperti kelapa, sos dan pes Asia untuk pasaran Barat termasuk Australia, New Zealand, Perancis dan United Kingdom.

Pada tahun 2007, satu tinjauan pengguna yang dilakukan oleh Synovate meletakkan Ayam Brand pada kedudukan ke-197 jenama terkenal di Asia, di atas nama-nama yang terkenal sperti Nissan, L'Oréal, Heinz, atau American Express.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Alfred Clouet, seorang warganegara Perancis telah mengasaskan Ayam Brand pada tahun 1892 di Singapura, yang mana pada waktu itu merupakan sebahagian daripada British Malaya iaitu A. Clouet & Co hasil pengambilalihan suatu syarikat cerutu daripada seorang peniaga senegara bernama Labarbe. Pada awalnya, perniagaan ini menumpukan kepada penjualan minyak wangi dan wain import serta bahan binaan, namun syarikat ini kemudiannya beralih kepada membekalkan makanan kepada kakitangan penjajah; Clouet khususnya mahu mendedahkan orang ramai kepada makanan bertin yang sukar didapati malah dianggap barangan mewah ketika itu[3][1]

Beliau melancarkan makanan sardin dalam tinnya dengan menggunakan gambar ayam jantan bagi menandakan mohor mutu tinggi - ayam jantan merupakan lambang negaranya dari zaman tanah asalnya ditakluk Rom Purba. Barangan bergambar ini kemudian ini diberi jolokkan "Cap Ayam" oleh peniaga dan pengguna tempatan. Maka, syarikat ini ditukar namanya kerana terkenalnya penjenamaan ini kepada Ayam Brand beberapa lama selepas barakhirnya Perang Dunia Pertama[1][4][3]

Pada tahun 1954, syarikat ini dibeli oleh Kumpulan Syarikat Denis Frères.[5][6] Nama pengasas masih boleh didapati pada beberapa nama syarikat pengedaran seperti : A.Clouet & Co. (KL) Sdn. Bhd. untuk Malaysia, Clouet Trading Pte. Ltd. untuk Singapore or A. Clouet (Australia) Pty. Ltd. untuk Australia – New Zealand. Pemilik tunggal Ayam Brand adalah sebuah syarikat yang dikenali sebagai Ayam S.A.R.L.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Malaisie-France. Institut Terjemahan & Buku Malaysia. ISBN 978-967-430-264-1
  2. ^ ""Asia's top 1000 brands" 2007 Synovate research published by Haymarket Media ltd, Hong Kong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-04. Dicapai pada 2016-09-22.
  3. ^ a b "How a symbol of France ended up on the cans of Asia's Ayam Brand". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). 30 June 2018. Dicapai pada 20 September 2020.
  4. ^ The French in Singapore (1819-today), Edition Didier Millet Pte Ltd (2011) ISBN 978-981-4260-44-2
  5. ^ Commerce et colonisation en Indochine (1860-1945): Les maisons de commerce françaises, un siècle d'aventure humaine Les Indes Savantes ISBN 2-84654-063-2
  6. ^ The French in Singapore (1819-today), Edition Didier Millet Pte Ltd (2011) ISBN 978-981-4260-44-2

Pautan luar[sunting | sunting sumber]