Ayam Cornish

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
arnz sang elite cs
Free Fire
Cornish Hitam betina
Status pemuliharaanFAO (2007): tidak berisiko[1]:152
Nama lainAyam Cornish
Negara asalUnited Kingdom
TaburanSeluruh dunia
Kegunaan
Ciri-ciri
BeratJantan:
  • standard: 3.6 kg[2]:139
  • bantam: 2.0 kg[2]:139
 Betina:
  • standard: 2.7 kg[2]:139
  • bantam: 1.5 kg[2]:139
Klasifikasi
APAInggeris[3]:13
EEya[4]
PCGBbesar: bulu keras[5]
Ayam
Gallus gallus domesticus

Ayam Cornish (tulisan Jawi: ايم کورنيش ) atau Ayam Laga India merupakan sejenis baka ayam dari daerah Cornwall di England. Ayam Cornish dan juga kacukan-kacukannya adalah baka yang paling digunakan dalam industri daging ayam.[6] Jenis ayam ini berat, berotot kekar dan bertelur coklat. Baka ini dibangunkan oleh Sir Walter Gilbert, Baronet Pertama sekitar tahun 1820. Ia diterima oleh Persatuan Unggas Amerika pada tahun 1893.

Pada awal kurun ke-20 di Amerika Syarikat, nama asal baka ini ditukarkan menjadi Cornish. Pada masa yang sama, variasi berwarna putih Cornish Putih telah dibangunkan di A.S. Cornish Putih kini digunakan dalam industri moden daging ayam di seluruh dunia, sama ada melalui kacukan-silang untuk menghasilkan ayam pedaging hibrid atau untuk menghasilkan ayam laga betina yang cepat membesar".[7]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Ayam ini besar, gempal dan sering dikacukkan dengan baka lain untuk meningkatkan pengeluaran daging. Ada dua varieti, iaitu Game Cornish dan Jubilee Cornish Game. Cornish Game berwarna biru atau hijau tua dengan corak coklat pada yang betina. Jubilee Cornish Game lebih ringan dan kurang gempal, berwarna gandum muda dengan corak perang muda.

Ayam Cornish terdapat dalam pelbagai warna dan sering diambil untuk pertunjukan pesta tani, biarpun kakinya kurang elok kerana pinggul lebar. Jika dikacukkan dengan Sussex atau Dorking, ia menjadi ayam pedaging rumah yang amat baik. Ayam ini bertelur sebanyak purata 160-180 biji setahun. Biarpun agak agresif ia cukup senang dikendalikan dan merupakan ibu yang baik. Baka ini memerlukan lebih banyak ruang daripada baka-baka lain jadi ia mungkin tidak sesuai untuk penternak dekat bandar. Akan tetapi ia amat terdedah kepada parasit, maka ia memerlukan lebih perteduhan kerana bulunya yang agak halus.

Berat[sunting | sunting sumber]

Jantan 3.86 kg 10 lbs
Betina 2.57 kg 5.7 lbs
Jantan muda >1 kg >2.2 lbs
Betina muda >1 kg >2.2 lbs
Indian Game Katik
Jantan 2.0 kg 4.4 lbs
Betina 1.5 kg 3.3 lbs

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan barb tidak disediakan
  2. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan roberts tidak disediakan
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan apa tidak disediakan
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ee tidak disediakan
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan pcgb tidak disediakan
  6. ^ [Keeping Chickens Guide.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan albc tidak disediakan