Ayam bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayam bakar
Set menu Ayam Bakar Tempe Tahu.jpg
Ayam bakar disaji dengan sambal, tempe dan tauhu
Jenis sajianSajian utama
Tempat asalIndonesia dan Malaysia
KawasanAsia Tenggara
Dicipta olehMelayu
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaAyam yang diperisa dengan kunyit, bawang putih, bawang merah dan rempah-rempah lain, dan dipanggang di atas arang
Variasiayam golek , ayam percik
di Wikibuku Buku Masakan: Ayam bakar  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Ayam bakar

Ayam bakar adalah ayam panggang di atas arang yang merupakan keistimewaan Indonesia, dan Malaysia.

Perapan dan rempah ratus[sunting | sunting sumber]

Ayam Bakar Taliwang, Lombok

Di Jawa, ayam biasanya diperisakan dengan campuran kicap manis dan minyak kelapa yang disapukan dengan berus semasa memanggang. Campuran rempah bumbu mungkin berbeza-beza di berlainan rantau, tetapi biasanya ia terdiri daripada campuran bawang putih, bawang putih, cili, ketumbar, jus asam, buah keras, kunyit, lengkuas dan garam. Di Jawa, ayam bakar lazimnya manis kerana banyaknya kicap manis sebagai perapan atau sos pencicah, sedangkan ayam bakar Padang, Bali, Lombok dan sebahagian besar Sumatera biasanya lebih berempah dan lebih merah kerana banyaknya cili, rempah kunyit dan lain-lain, dan tiada kicap manis.

Potongan ayam biasanya dimasak sebentar dalam campuran rempah menggunakan api kecil sebelum dipanggang, agar ayam menyerap rempah-rempah itu. Semasa proses memanggang, rempah-rempah yang tinggal disapu pada ayam. Ayam bakar biasanya dihidangkan dengan sambal belacan atau sambal kicap dengan hirisan timun dan tomato.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak resipi ayam bakar, antara yang popular adalah ayam bakar ala Padang, ayam percik dan ayam golek dari Malaysia, ayam bakar Taliwang dari Lombok, hayam bakakak Sunda, dan ayam bakar bumbu rujak Jawa (ayam panggang kelapa pedas).[1][2] Biasanya, ayam diperap dengan campuran rempah-rempah, kadang-kadang kicap manis dan kemudian dipanggang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Brissenden, Rosemary (2007). Southeast Asian Food, Classic and modern dishes from Indonesia, Malaysia, Singapore, Thailand, Laos, Cambodia and Vietnam. Periplus. m/s. 161. ISBN 0794604889. Dicapai pada 31 October 2014.
  2. ^ "Ayam Bakar Bumbu Rujak". Tasty Indonesian Food.com. Tasty Indonesian Food.com. Dicapai pada 11 August 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]