Ayam belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ayam belanda
Julat zaman: 23–0 Ma
Early Miocene – Recent
Wild turkey eastern us.jpg
Seekor ayam belanda berjalan
Pengelasan saintifik s
Templat taksonomi hilang (baiki): Meleagris
Spesies

Ayam belanda, ayam piru[1] atau kalkun[2] adalah sejenis spesies burung berukuran besar dari ordo Galliformes genus Meleagris. yang bertaburan asal dari kawasan merangkumi selatan dan tengah benua Amerika Utara; ia merupakan haiwan paling besar dalam taburan ini. Ia menonjol dari penampakan balungnya yang tergantung pada leher ia.

Haiwan ini sering diburu atau dijinakkan untuk mendapatkan daging ia yang banyak terkandung.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama "ayam belanda" dipercayai ada kaitan dengan perkenalan burung ini ke alam Melayu oleh para pelayar Empayar Belanda sekitar abad ke-17. "Ayam piru" yang kurang dikenali dikaitkan dengan nama Peru hasil perkenalan oleh orang-orang Portugis melalui nama gallo do Peru atau gallinhas de Peru.[3]

"Kalkun" merupakan nama yang lebih khusus dipakai di Indonesia[2] meminjam dari Bahasa Belanda: kalkoen hasil penyingkatan perkataan Calicut-hoen iaitu "ayam Kolkata" hasil tempat burung ini diperolehi semasa berdagang di India.[4][5]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Burung ini terhgolong dalam keluarga Phasianidae (termasuk pheasants, partridge, francolin, ayam hutan, grouse) order Galliformes.[6]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Kalkun betina lebih kecil dan warna bulu kurang berwarna-warni dibandingkan kalkun jantan. Sewaktu berada di alam bebas, kalkun mudah dikenali dari rentang sayapnya yang mencapai 1.5-1.8 meter.

Spesies kalkun asal Amerika Utara disebut M. gallopavo sedangkan kalkun asal Amerika Tengah disebut M. ocellata.

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebiji telus spesies Meleagris gallopavo

Kalkun diketahui mempunyai kemampuan unik dalam melakukan reproduksi aseksual. Walaupun tidak ada kalkun pejantan, kalkun betina bisa menghasilkan telur yang fertil. Anak kalkun yang dihasilkan sering sakit-sakitan dan hampir selalu jantan. Perilaku ini bisa mengganggu proses inkubasi telur di peternakan kalkun.[7].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Fosil lama[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar jenis-jenis kalkun sekarang sudah tinggal fosil saja. Subfamilia Meleagridinae diketahui berasal dari zaman Miosen awal dan mempunyai genus Rhegminornis (zaman Miosen awal) dan Proagriocharis (zaman Miosen akhir/Pliosen awal). Fosil kalkun yang genusnya tidak diketahui tetapi mirip dengan Meleagris diketahui berasal dari zaman Miosen akhir.

Daftar kalkun yang hanya diketahui dari fosil saja:

  • Meleagris sp. (zaman Pliosen awal)
  • Meleagris leopoldi (zaman Pliosen akhir)
  • Meleagris progenes (zaman Pliosen akhir)
  • Meleagris sp. (zaman Pliosen akhir)
  • Meleagris anza (zaman Pleistosen awal)
  • Meleagris californica (zaman Pleistosen akhir)
  • Meleagris crassipes (zaman Pleistosen akhir)

Pembelajinakan[sunting | sunting sumber]

Burung ini mula dibelajinakan dari spesies M. gallopavo; spesies M. ocellata kemungkinan adalah hasil domestikasi suku Maya. Ada orang yang berpendapat kalkun yang diternakkan untuk diambil dagingnya berasal dari kalkun suku Maya. Alasannya kalkun suku Maya lebih penurut dari kalkun liar asal Amerika Utara, tetapi teori ini tidak didukung bukti morfologis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ayam Piru.
  2. ^ a b kalkun. Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1988). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. New Delhi: Asian Educational Services. halaman 283–284.
  4. ^ Harbeck, James (24 November 2015). "How the Thanksgiving turkey was named after the country Turkey". The Week. Dicapai pada 15 Disember 2020.
  5. ^ De Smet, Frans (23 Disember 2006). "Waarom we elk jaar met Kerstmis kalkoen eten". Nieuwsblad (dalam bahasa Belanda). Dicapai pada 15 Disember 2020.
  6. ^ Crowe, Timothy M.; Bloomer, Paulette; Randi, Ettore; Lucchini, Vittorio; Kimball, Rebecca T.; Braun, Edward L. & Groth, Jeffrey G. (2006a): "Supra-generic cladistics of landfowl (Order Galliformes)". Acta Zoologica Sinica 52(Supplement): 358–361. PDF fulltext
  7. ^ Savage, Thomas F. (September 12, 2005). "A Guide to the Recognition of Parthenogenesis in Incubated Turkey Eggs". Oregon State University. Dicapai pada 2006-10-11.

Sumber utama[sunting | sunting sumber]

Olson, Storrs L. (1985): Section VIII.H.4.d. Meleagridinae. In: Farner, D.S.; King, J.R. & Parkes, Kenneth C. (eds.): Avian Biology 8: 118-119. Academic Press, New York.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]