Ayat-Ayat Halal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Ayat-Ayat Halal
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Ayat-Ayat Halal karya Syamnuriezmil
Ditulis olehMF Kencana
PengarahMP Roslin MD Shariff
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanDup Dup - Aizat Amdan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Alia Dato' Ramly
Zetty Adila Dato' Ramly
PenerbitDato Zaiton Mohd Jiwa
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV2 (Slot Drama On 2)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal2 Julai 2021 – 2 Ogos 2021

Ayat-Ayat Halal ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan oleh MP Roslin MD Shariff, di bintangi oleh Amar Baharin dan Nadiya Nisaa. Siri ini memulakan tayangan di TV2 2 Julai 2021. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Dek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia.

Rindu dengan kek pandan maknya, Ebrahim pulang juga akhirnya. Tetapi kali ini dia bertemu dengan kek pandan buatan Ulya Ayani, anak Pak Cik Ayob, jiran sebelah rumahnya. Ebrahim telah jatuh cinta dengan kek pandan Ulya.

Sebab itu jugalah, Ebrahim terpaksa menyamar jadi ustaz untuk mengajar Pak Cik Ayob mengaji sambil-sambil nak menjual ayat-ayat halal kepada Ulya. Manalah tahu, tiba syawal, Ebrahim beristeri seperti yang mak Ebrahim selalu harapkan. Masalahnya, Ebrahim ingatkan Ulya faham ayat-ayat halalnya, rupanya tidak. Ulya lurus bendul!

Walaupun ada kekurangan, bagi Ebrahim, Ulya telah berjaya memenuhi tempat kosong dalam hatinya. Namun tempat kosong itu belum boleh di penuhi kerana Ulya merupakan sepupu rapat Murni dan turut diminati oleh Ustaz Hassan. Muncul pula lamaran anak Mak Cik Jah buat Ebrahim pening kepala.

Bagaimana Ebrahim hendak meyakinkan Ulya yang hanya Ulya yang layak mengisi tempat kosong dihatinya? Cukupkah ayat-ayat halal Ebrahim tu buat Ulya?

Kerana cinta itu hanya sempurna apabila dihalalkan!

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ayat-Ayat Halal MyinfoTaip. Dicapai 1 Julai 2021.