Ayat-Ayat Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ayat-ayat Cinta)
Ayat-Ayat Cinta
Poster keluaran tayangan
PengarahHanung Bramantyo
PenulisHabiburrahman El Shirazy
Dihasilkan olehDhamoo Punjabi
Manoj Punjabi
DibintangiFedi Nuril
Rianti Cartwright
Carissa Putri
Zaskia Adya Mecca
Melanie Putria
Muzik olehMelly Goeslaw
Anto Hoed
Rossa
Tarikh tayangan
28 Februari 2008[1]
Masa tayangan
127 minit
NegaraIndonesia
Arab
Inggeris
BahasaBahasa Indonesia
BajetAS$1.5 juta
Pecah panggungAS$ 13 juta

Ayat-Ayat Cinta ialah sebuah filem Indonesia 2008 arahan Hanung Bramantyo serta dibintangi Fedi Nuril, Rianti Cartwright, Carissa Putri, Melanie Putria, dan Zaskia Adya Mecca. Ia merupakan filem drama romantik keagamaan berdasarkan daripada novel dengan judul yang sama karangan Habiburrahman El Shirazy. Jalan cerita filem ini sebenarnya berpusat di Kaherah, Mesir, tetapi pembikinan filem ini sebenarnya dijalankan di India dan Semarang, Indonesia, dan bukannya di Kaherah. Filem mula ditayangkan pada 28 Februari 2008 di Indonesia, 8 Mei 2008 di Singapura, dan 19 Jun 2008 di Malaysia.

Kesinambungan filem ini, Ayat-Ayat Cinta 2 ditayangkan pada 21 Disember 2017 di Indonesia. Di Malaysia, filem ini ditayangkan pada 11 Januari 2018.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Cerita ini adalah mengenai kisah cinta. Tapi bukan cuma sekadar cinta biasa ini tentang bagaimana menghadapi turun naik persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri bin Abdillah (Fedi Nuril) ialah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelaran masternya di Al-Azhar. Berjibaku dengan panas mesir. Berkutat dengan berbagai macam target dan kesederhanaan hidup. Bertahan dengan menjadi penerjemahan buku-buku agama. Semua target dijalani Fahri dengan penuh antusias kecuali menikah.

Fahri adalah lelaki yang taat pada agama dan begitu lurus. Dia tidak pernah mengenali apa itu bercinta sebelum menikah. Dia kurang artikulatif ketika berhadapan dengan makhluk yang bernama perempuan. Hanya ada sedikit perempuan yang mendekatnya selama ini iaitu nenek, ibu dan adiknya.

Pindah ke Mesir membuat hal itu berubah. Maria Girgis (Carissa Putri) jirannya satu flat yang beragama kristen koptik tapi menggagumi Al-Quran dan menggagumi Fahri. Kekaguman yang berubah menjadi cinta. Tapi sayang cinta Maria hamya tercurah di dalam dairi saja.

Lalu ada Nurul (Melanie Putria) anak seorang kyai terkenal yang juga menuntut ilmu di A-Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh perasaan terhadap gadis manis itu. Sayang pemikirannya yang hanya berketurunan petani membuatnya tidak pernah menunjukkan rasa apa pun pada Nurul. Sementara Nurul pun menjadi ragu dan selalu meneka-neka.

Setelah itu, ada seorang bernama Noura (Zaskia Adya Mecca) yang juga jiran kepada Fahri yang selalu dipukul oleh ayahnya sendiri. Fahri simpati dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayang hanya simpati saja tidak lebih dari itu. Namun Noura yang mengharap yang lebih dan selepas itu menjadi masalah besar apabila Noura menuduh Fahri memperkosanya.

Terakhir muncullah Aisha (Rianti Cartwright) si mata yang indah. Sejak kejadian di metro ketika Fahri membela islam dari tuduhan kolot dan kaku. Aisha jatuh cinta pada Fahri dan Fahri juga tidak mampu membohongi perasaannya dia juga jatuh cinta kepada Aisha.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Kutipan pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Semasa minggu tayangan perdana, Ayat-Ayat Cinta memperoleh kutipan kasar RM 3.6 juta di Indonesia, serta kutipan kasar $39.882 juta di 5 pawagam di Singapura, memperoleh kedudukan ke-8 serta memperoleh kutipan purata dianggarkan sejumlah $7,976 bagi setiap pawagam[2]. Di Malaysia, filem ini memperoleh kutipan kasar $15.521 juta di 22 pawagam, memperoleh kedudukan ke-11 serta memperoleh kutipan purata dianggarkan sejumlah $706 bagi setiap pawagam.[3]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Ayat-Ayat Cinta pada mulanya ditetapkan yang akan dikeluarkan di pawagam pada 19 Disember 2007. Walau bagaimanapun, tarikh keluaran itu sentiasa berubah disebabkan oleh beberapa masalah, tetapi ia akhirnya ditayangkan pada 28 Februari 2008.

Perbandingan kepada novel[sunting | sunting sumber]

  • Dalam novel ini, Maria mempunyai seorang adik bernama Youssef, manakala dalam filem itu dia digambarkan sebagai anak tunggal.
  • Apabila Fahri telah ditangkap dan dipenjarakan, dia telah dipenjarakan oleh para ulama dihormati Profesor Abdul Rauf, Ismail, Hamada, Haj Rashed dan Marwan. Dalam filem itu, Fahri dituduh dan dipenjarakan kerana menjadi kejam, pelakunya belum bijak.
  • Pada akhir novel itu, wartawan Amerika Alicia kembali ke Mesir untuk melawat Fahri sebagai muslimah baru, manakala dalam filem itu dia tidak memeluk agama Islam.

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

OST Ayat-Ayat Cinta
Runut bunyi oleh
Dilancarkan pada28 Februari 2008
TempatIndonesia Edit the value on Wikidata
GenreRunut bunyi
Panjang39:27
BahasaBahasa Indonesia Edit the value on Wikidata
SyarikatTrinity Optima Production
PengedarMD Entertainment Edit the value on Wikidata
PengarahHanung Bramantyo Edit the value on Wikidata
PenerbitManoj Punjabi Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Judul lagu filem itu, "Ayat-Ayat Cinta" nyanyian Rossa telah dipilih sebagai single utama dari album runut bunyi untuk mempromosikan filem itu, dan bertemu dengan kejayaan yang kritikal dan komersil. Sebuah video muzik telah juga dibuat untuk single.

  1. "Ayat-Ayat Cinta" (Rossa) — 3:48
  2. "Jalan Cinta" (Sherina Munaf) — 4:32
  3. "Takdir Cinta" (Rossa) — 3:32
  4. "Tercipta Untukku" (bersama Rossa) (Ungu) — 4:25
  5. "Andai Ku Tahu" (Ungu) — 4:46
  6. "Opening Scene" (Skor muzik) — 2:41
  7. "Letter From Noura" (Skor muzik) — 1:18
  8. "Thalagi" (Skor muzik) — 1:13
  9. "The Basket" (Skor muzik) 1:06
  10. "Ayat-Ayat Cinta" (Minus one) — 3:47
  11. "Jalan Cinta" (Minus One) — 4:32
  12. "Takdir Cinta" (Minus One) — 3:30

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Semasa tayangan filem Rudy Habibie, kesinambungan bagi filem ini telah diumumkan.[4] Ia bertajuk Ayat-Ayat Cinta 2, kali ini, ia diarahkan oleh Guntur Soehardjanto, sementara Alim Sudio dan Ifan Ismail menulis skrip. Filem ini ditayangkan pada 21 Disember 2017 di Indonesia.[5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ayat-ayat Cinta
  2. ^ "Singapore Box Office". Box Office Mojo. Dicapai pada 2008-07-06.
  3. ^ "Ayat-Ayat Cinta (2008) - Weekend Box Office Results". Box Office Mojo. Dicapai pada 2008-07-06.
  4. ^ "Film 'Ayat-Ayat Cinta 2' siap diproduksi". Rappler (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2017-11-04.
  5. ^ Nuril, Fedi; Sandra, Dewi; Islan, Chelsea (2017-12-21), Ayat-Ayat Cinta 2, dicapai pada 2017-11-04
  6. ^ "Yang Berbeda dari Film Ayat Ayat Cinta 2 | Republika Online". Republika Online. Dicapai pada 2017-10-20.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]