Ayat Penyucian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ayat Penyucian ialah sebahagian dari Surah al-Ahzab di dalam Qur'an berkenaan kelebihan dan peraturan istimewa buat isteri-isteri Nabi Muhammad dan juga ahli keluarga baginda iaitu Ahlul Bait. Terjemahan ayat tersebut adalah seperti berikut:

(30)"Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya."

(31) Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia.

(32) Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

(33) Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu, wahai "Ahlul Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

al-Quran 33:30-33

Tafsiran Para Sarjana[sunting | sunting sumber]

Ayat yang dinyatakan adalah arahan khusus untuk para isteri Nabi Muhammad . Dalam ayat tersebut turut menyebut perkataan "Ahlul Bait yang bermaksud “Rumahtangga Rasulullah ”. Keistimewaan ini juga merujuk kepada mereka yang rapat dari segi kekeluargaan. Peraturan khusus ini juga membezakan antara isteri-isteri nabi, yang bergelar "Ummahatul Mu'mineen" iaitu "Ibu orang Beriman" dengan wanita-wanita Islam yang lain. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Fāṭima." Encyclopaedia of Islam, Second Edition. Edited by: P. Bearman, Th. Bianquis, C.E. Bosworth, E. van Donzel, W.P. Heinrichs. Brill Online, 2014. Reference. 08 April 2014