Ayat aktif (bahasa Melayu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Secara amnya, ayat aktif ialah ayat yang kata kerjanya berawalan men-. Contohnya:

  • Adik mencuci kasut sekolah.
  • Ayah membeli rumah itu.
  • Anda perlu menguasai bahasa yang baik.

Lawan ayat aktif ialah ayat pasif. Setiap ayat aktif boleh ditulis dalam bentuk pasif yang sepadan. Umpamanya, untuk ketiga-tiga ayat di atas, ayat pasif yang sepadan ialah:

  • Kasut sekolah dicuci oleh adik.
  • Rumah itu dibeli oleh ayah.
  • Bahasa yang baik perlu anda kuasai.