Ayati Tasrip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayati Tasrip
Nama lahirAyati binti Ahmad Tasrip
Kelahiran1959 (umur 64–65)
Kuala Kangsar, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1976–kini
Syarikat rakaman
Suara Cipta Sempurna (SCS)
Pengkarya berkait

Ayati Ahmad Tasrip (lahir 1959 di Kuala Kangsar, Perak) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Memulakan kerjaya muziknya sejak 1976, beliau terkenal dengan lagu "Khazanah Dari Malaya", "Cinta Dangdut" dan "Seloka Bervisi".[1][2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas tamat Tingkatan 5, Ayati Tasrip bekerja di sebuah kilang yang terletak tidak jauh dari rumahnya di Kuala Kangsar, Perak.[1]

Biarpun tidak pernah menyimpan impian untuk bergelar penyanyi, minat beliau terhadap muzik hanya diketahui rakan-rakan rapat. Atas desakan rakan-rakannya, Ayati menyertai satu pertandingan nyanyian, akhirnya memenangi tempat pertama. Selepas memenangi pertandingan itu, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan kerjaya muzik sepenuh masanya.[1]

Beliau kemudian menyertai Jabatan Penerangan yang mana beliau diminta oleh suaminya, Zulkifly Halim menghadiri ujibakat yang diadili oleh pelakon Karim Latiff yang ketika itu, berkhidmat sebagai pengarah lakonan di Pentarama, Jabatan Penerangan. Ayati kemudian menyertai Orkestra Tentera Darat (OTD) sebagai penyanyi.[1] Antara nama-nama besar yang digilap di OTD ialah Noorshila Amin dan Salih Yaacob.[4]

Pada tahun 1986, beliau mencuba nasib dengan menyertai Bintang RTM. Beliau memenangi tempat ketiga, yang mana gelaran juara dimenangi oleh Noraliza Yusuf. Beliau mengikat kontrak selama dua tahun bersama RTM selepas meninggalkan OTD.[1]

Ayati mengikat kontrak rakaman bersama label Suara Cipta Sempurna (SCS) dan merakamkan album sulungnya, Di Mata Cinta pada 1991 dengan Wan Zul dan A. Ali berkhidmat sebagai penerbit album.[5][6] Beliau kemudian merakamkan tiga lagi album.[1]

Pada tahun 1995, lagunya, "Cinta Dangdut" menerima pencalonan sehingga ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik.[1] Bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir menyanyikan lagunya itu kerana sarat hamil dan tempatnya digantikan oleh penyanyi baru ketika itu, Masleena.[7]

Kemudian pada 2002, Ayati muncul sebagai penyanyi undangan dalam album duet Datuk Ahmad Jais dengan menyanyikan enam lagu bersama.[8]

Selepas itu, beliau bersara dari kerjaya muzik untuk memberi tumpuan kepada keluarganya, kadangkala masih aktif menyanyi di kebanyakan majlis. Pada tahun 2016, beliau telah dipelawa oleh Ifa Raziah untuk menyertai Persatuan Bintang Dangdut Malaysia.[1]

Pada Disember 2017, Ayati melancarkan single duet bersama Eric Abdullah berjudul "Cinta Yang Terlarang" yang berkonsepkan Pop Rock.[9]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ayati berkahwin dengan Zulkifly Halim dan dikurniakan 4 anak dan 8 cucu.[10] Anak-anak beliau ialah Mohd Fazli, Mohd Faizal, Siti Nurfazlina dan Siti Nordalila. Suaminya, Zulkifly meninggal dunia pada 23 Februari 2016 akibat kencing manis.[11] Beliau menetap di Bukit Sungai Putih, Lembah Jaya, Ampang, Selangor.[2]

Pada Disember 2020, beliau merupakan antara 25 penggiat seni yang menerima kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) atas inisiatif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selain beliau, penerima lain termasuk Noralbaniah dan Alina Hassan.[12][13]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Di Mata Cinta (1991)
  • Khazanah Dari Malaya (1992)
  • Impiana (1993)
  • Cinta Dangdut (1995)

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • "Khazanah Dari Malaya" (1992)
  • "Rentak Orang Berdua" (bersama Saleem; 1994)
  • "Cinta Dangdut" (1995)
  • "Seloka Bervisi" (1995)
  • "Cinta Yang Terlarang" (bersama Eric Abdullah; 2017)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h "Ayati Tasrip minah kilang jadi penyanyi". Perak Today. 15 Jun 2016. Dicapai pada 6 Mac 2017.
  2. ^ a b Khadijah Ibrahim (9 Julai 2011). "Keluarga dunia Ayati Tasrip". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 Mac 2014.
  3. ^ "Ayati menunggu janji syarikat rakaman". Utusan Malaysia. 14 Februari 2000. Dicapai pada 16 Julai 2015.
  4. ^ Johan Afandi (28 Oktober 2000). "Badan seni Tentera Darat jadi rebutan". Berita Harian. Dicapai pada 6 Mac 2019 – melalui KLiK.
  5. ^ Rosidi Daud (14 Mac 1991). "Ayati special" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 17 Oktober 2019 – melalui KLiK.
  6. ^ Siti Nurbaiyah Nadzmi (24 Jun 1992). "Treasure trove of folk songs in Ayati's new album" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 17 Oktober 2019 – melalui KLiK.
  7. ^ Saniboey Mohd Ismail (17 Disember 1995). "Pengalaman jadi penentu". Harian Metro. Dicapai pada 6 Mac 2020 – melalui KLiK.
  8. ^ Muzlina Abu Bakar (11 Mei 2009). "Rindu Ayati pada nyanyian". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-14. Dicapai pada 16 Julai 2015.
  9. ^ "Ayati Tasrip rindu muncul di kaca TV". Berita Viral. 19 Disember 2017. Dicapai pada 6 Mac 2018.
  10. ^ Ridzuan Abdul Rahman (11 Januari 2020). "Ayati Tasrip temu jodoh lagi". Harian Metro. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  11. ^ Ridzuan Abdul Rahman (4 Januari 2017). "Ayati nyanyi di majlis tertutup". Harian Metro. Dicapai pada 6 Mac 2017.
  12. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (18 Februari 2021). "Beri penggiat muzik rumah". Berita Harian. Dicapai pada 6 Mac 2021 – melalui MSN News.
  13. ^ Fatin Farhana Ariffin (22 Disember 2020). "25 artis veteran mula diami PPR". Berita Harian. Dicapai pada 6 Mac 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]