Pergi ke kandungan

Ayer Baloi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayer Baloi
Nama panggilan: Pekan Tambo
Ayer Baloi yang terletak di Johor
Ayer Baloi
Ayer Baloi
Koordinat: 1°34′24″N 103°20′53″E / 1.5732517°N 103.347981°E / 1.5732517; 103.347981
NegaraMalaysia
NegeriJohor
DaerahPontian
Poskod
82100[1]

Ayer Baloi merupakan sebuah pekan yang terletak di daerah Pontian, Johor, Malaysia. Pekan ini terletak 13km dan mengambil masa 15 minit perjalanan untuk ke Bandar Pontian. Pekan ini juga digelar Pekan Tambo oleh masyarakat tempatan. Tambo bermaksud air yang tergenang atau paya. Jika dibandingkan dengan pekan pekan yang lain, pekan Tambo dianggap seperti pekan koboi, terdiri dari bangunan lama dari kayu sebelum merdeka dan belom ada bangunan kedai batu moden seperti dipekan Benut dan Rengit yang jauh lebih maju. Kalau menurut dari catatan sejarah dan cerita orang orang tua, pekan Ayer Baloi telah diterokai lebih dari seratus tahun terbukti dengan adanya kubur2 lama serta kebun2 duku dan durian yg tua lagi besar pokoknya.

Masyarakat di sini mempunyai gaya percakapan yang agak unik. Jika mahu dibandingkan, ada sedikit persamaan lenggoknya dengan loghat Madura. Antara loghat bahasa di sini ialah "kepek" yang membawa maksud buruk, "kerit" (malu sendiri), "kebentak" (kenyang), "menakho" dan "berda'ah" (berbohong). Kebanyakan penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu, Bugis, Jawa dan Cina.

Beberapa kemudahan yang terdapat di pekan Tambor ini termasuk Masjid Jamek yang boleh menampung 2000 orang jemaah, balai polis, Pejabat Pos, Pusat Kesihatan Besar, Pejabat Pertanian dan empat buah sekolah, iaitu SMK Ayer Ayer, SK Ayer Baloi, Sekolah Agama Lebai Muhammad Ya'akob dan SJK(C) Chi Chih. Terdapat kemudahan jeti nelayan di Sungai Ayer Baloi bagi masyarakat nelayan menurunkan hasil laut mereka dan terdapat juga pasar ikan segar yang dijual di situ.

Antara tempat menarik yg harus dilawati di Ayer Baloi ialah hutan bakau di kuala Sungai Ayer Baloi dan ladang nanas di Jalan Parit Panjang ke Bukit Batu. Untuk penginapan, terdapat banyak homestay di Ayer Baloi dan kampong2 disekitarnya. Selain nenas, buah duku juga banyak dihasilkan disini bergantung pada musimnya.

Maktab Rendah Sains Mara Pontian terletak berdekatan dengan Pekan Jelutong, Ayer Baloi. Selain itu, ia juga merupakan jalan penghubung bagi Bandar Pontian dan Lebuh Raya Utara-Selatan dengan melalui beberapa kawasan perkampungan seperti Kampung Api-Api, Jalan Parit Panjang dan Felda Bukit Batu. Ayer Baloi merupakan antara pekan yang menjadi laluan utama yang menghubungkan daerah-daerah di Pantai Barat Johor seperti Pontian, Batu Pahat dan Muar.