Ayu Damit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ayu (penyanyi))
Jump to navigation Jump to search
Ayu
Ayu - AJL 23 (2009).jpg
Ayu membuat persembahan di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 (2009).
Latar belakang
Nama lahirNorayu Damit
Berasal dariPutatan, Sabah, Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2008 – kini

Norayu Damit (atau Ayu; lahir 1989) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia yang menempa nama dengan menjuarai pertandingan menyanyi realiti One in a Million musim kedua.

Single pertama beliau, iaitu "Hanya di Mercu" yang diperkenalkannya sebagai lagu finalis dalam acara finale OIAM2, pernah menerajui carta radio sekitar suku kedua tahun 2008. Album pertamanya, iaitu Inspirasi di bawah label Monkey Bone Records pada Julai 2009, dengan single terbaru "Inspirasi Abadi".

Pada April 2010, setelah banyak diperkatakan melalui khabar angin, Ayu akhirnya mengakui kepada umum bahawa beliau sudah berkahwin dan mempunyai anak, dan selama ini menyelindung perkara ini dari umum atas kedua-dua belah pihak keluarga, di samping tidak mendedahkan identiti suami dan anaknya itu.[1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  1. Inspirasi (2009)

One in a Million[sunting | sunting sumber]

Ayu merupakan salah seorang daripada 12 finalis One in a Million musim kedua. Setelah hampir 10 minggu beradu suara dalam pertandingan itu, Ayu telah dinobatkan sebagai juara OIAM musim kedua. Yang menariknya, dalam pertandingan ini Ayu yang merupakan bakat baru pada waktu itu, berjaya menewaskan dua lagi pencabar terdekatnya, yang juga merupakan artis rakaman dan penyanyi professional iaitu Shila Amzah dan Siti Sarah Raisuddin. Kemenangan itu sekaligus mengekalkan takhta kaum wanita sebagai juara OIAM selepas kemenangan Suki Low di musim pertama (2006) dan juga merupakan kali kedua penyanyi bakat baru memenangi pertandingan tersebut. Berikut adalah persembahan Ayu sewaktu berada di OIAM :


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ayu Akui Sudah Berkahwin dan Punya Anak". gua.com.my. 22 April 2010. Dicapai 22 April 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]