Azan Addin bin Abdul Wahab
Azan Addin | |
---|---|
Nama lahir | Azan Addin bin Abdul Wahab |
Juga dikenali sebagai | Azan |
Kelahiran | ![]() | 11 Julai 1974
Berasal dari | ![]() |
Pekerjaan | Penyanyi, Pencipta lagu |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1998 - sekarang |
Pengkarya berkait | Ruffedge, Al-Mawlid |
Pasangan | Syazreen Shaik Rahmat (k. 2003) |
Azan Addin bin Abdul Wahab atau juga dikenali sebagai Azan merupakan salah seorang dari anggota kumpulan Ruffedge.[1] Dilahirkan pada 11 Julai 1974 dan merupakan anak ketiga dari lima adik-beradik. Abangnya turut terlibat dalam bidang seni iaitu Pot Amir (bekas anggota kumpulan Innuendo).
Azan mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihannya Syazreen Shaik Rahmat pada 31 Ogos 2003 dan telah dikurniakan seramai lima orang cahayamata, tiga lelaki dan dua perempuan.
Beliau kemudian bersama beberapa orang rakannya menyertai kumpulan Al-Mawlid yang menyampaikan lagu-lagu kerohanian pada tahun 2010.
Pada tahun 2018,beliau kembali bersama Ruffedge setelah berehat daripada kumpulan tersebut selama 8 tahun.
Diskografi[sunting | sunting sumber]
- Album bersama Ruffedge
- Album bersama Al-Mawlid
- Al-Mawlid (2010)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Zain tumpu dunia lakonan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 2017-08-12.