Azhar Azizan Harun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Azhar Azizan @ Harun)

Azhar Azizan Harun

PSM, PJN
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Dalam jawatan
13 Julai 2020 – 18 Disember 2022
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana Menteri
TimbalanMohd Rashid Hasnon
(2020–2022)
Azalina Othman Said
(2020–2021)
Didahului olehMohamad Ariff Md Yusof
Digantikan olehJohari Abdul
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Dalam jawatan
21 September 2018 – 29 Jun 2020
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
Mahathir Mohamad
Didahului olehMohd Hashim Abdullah
Digantikan olehAbdul Ghani Salleh
Butiran peribadi
LahirAzhar bin Azizan @ Harun
(1962-10-26) 26 Oktober 1962 (umur 61)
Kampung Sanglang, Kedah
Parti politik     BEBAS
PasanganSimla Bidi Abdul Gani
HubunganIdrus Harun (abang)
Alma materUniversiti Malaya (LLB)
King's College London (LLM)
ProfesionPeguam

Tan Sri Datuk Azhar bin Azizan @ Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun adalah bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang telah dilantik pada 21 September 2018[1] lalu. Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan dalam bidang undang-undang dan adalah seorang peguam secara profesion. Pada 13 Julai 2020, beliau mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau bermula sebagai pengamal undang-undang selepas menyertai firma Allen & Gledhill pada 1987, seterusnya di Tetuan KH Koh, Azhar & Koh pada 1992. Selepas itu, beliau telah berkhidmat dengan pelbagai firma guaman terkemuka termasuklah, Tetuan Khaw & Hussein, Tetuan TH Su & Partners, Tetuan Lamin & Co, Tetuan Hisham Sobri & Kadir, Tetuan Shafee & Co dan Tetuan Cheang & Ariff (firma milik Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof). Beliau juga adalah peguam bela dan peguam cara di Tetuan Azhar & Goh.[3]

Azhar telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada 21 September 2018 selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu.[4]

Selepas kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan pada 2020, beliau telah dicalonkan oleh Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin yang juga Perdana Menteri Malaysia untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu dan memenangi undian sebanyak 111 undi berbanding menentang adalah 109 undi pada 13 Julai 2020 lalu.[5]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Azhar Azizan lawyer appointed chairman-KSN
  2. ^ "Parlimen: Art Harun Speaker baharu". 13 Julai 2020. Dicapai pada 13 Julai 2020.
  3. ^ "KSN press conference on appointment of Chairman". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-15. Dicapai pada 2019-09-16.
  4. ^ -Art Harun's lawyer appointed chairman
  5. ^ Azhar Azizan was appointed Speaker of the new House of Representatives
  6. ^ "795 terima darjah kebesaran, pingat sempena Hari Keputeraan Agong". Sinar Harian. 9 September 2019. Dicapai pada 13 November 2021.
  7. ^ "Agong kurnia 'Tun' kepada Malanjum, Raja Muhammad Alias". Berita Harian. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
  8. ^ "Former Chief Justice and ex-FELDA chairman head King's birthday honours list". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.