Azhar Idrus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ustaz
Azhar Idrus
Kelahiran (1964-02-12) 12 Februari 1964 (umur 55)
Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Nama lainUAI
PekerjaanPendakwah bebas
Kampung asalKuala Terengganu
Pasangan3
Anak7

Ustaz Azhar Idrus (lahir 12 Februari 1964) ialah penceramah bebas Malaysia. Ribuan penonton hadir kerana meminati gaya penyampaiannya. Ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena serta pekat berbahasa Terengganu. Orang ramai boleh bertanya soalan secara terus dan dijawab secara spontan.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ustaz Azhar Idrus lahir pada 12 Februari 1964 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Ustaz Azhar mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6. Oleh yang demikian, beliau tidak pernah belajar ke Sekolah Arab, Sekolah Pondok, Madrasah atau Sekolah Agama. Hakikatnya, Azhar Idrus tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang pengajian Islam.

Namun, beliau mendakwa mulai belajar agama secara sendiri melalui ceramah ceramah yang disampaikan di masjid, sekitar tahun 1990 setelah rakan muziknya menghilang dan belajar agama di Patani. Beliau juga mendakwa pernah belajar dengan Tuan Guru Hj Syed Mokhtar; (40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi); Tuan Guru Mohd Tahir (Khatam kitab jawi juga lebih kurang 26 tahun); Tuan Guru Mohd Hakim (Nahu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh); Tuan Guru Hj Hasyim (Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh);Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir (Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah); Tuan Guru Hj Muhammad Zubir (ilmu Fiqh & Nahu) dan Tuan Guru Hj Mohd Zain (Pondok Lubuk Pandan, Wakaf Tapai - ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir dan Balahgoh).[perlu rujukan] Akan tetapi, dakwaan beliau ini tidak dapat disahkan kerana, guru-guru agama yang disebutkan tidak mengenali beliau.

Pengalaman bidang muzik dan seni[sunting | sunting sumber]

Ustaz Azhar sebelum ini ialah seorang pemain gitar dalam satu kumpulan muzik sekitar Kuala Terengganu[perlu rujukan] dan sempat mengadakan beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik, bukannya untuk mencari glamor. Beliau pernah menjadi guru muzik pada tahun 1985.

Beliau juga seorang jurugambar yang baik. Oleh itu beliau mesra dan serasi dengan orang muda. Ceramah beliau yang disertai pelawak Zizan Raja Lawak cukup menarik perhatian ramai. Beliau turut aktif di internet seperti di http://ustazazhar.net/ dan fotografi di http://www.digitalmukmin.com/.

Ustaz juga aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. [1] Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau sendiri pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah atau pondok guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang bekas ketua kumpulan “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali, kawannya ini telah berubah dengan perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkah lakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar agama di Patani selama "kehilangannya". Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi seperti rakannya juga, maka Ustaz Azhar pun mula mendalami ilmu agama.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Kemang-Keming UAI Dirinya sendiri Astro Oasis

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2013 Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang Dirinya sendiri

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]