Azhar Mansor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Azhar Mansor
Azhar berlayar dengan Jalur Gemilang pada 1999
Kelahiran (1958-02-11) 11 Februari 1958 (umur 66)
PekerjaanPelaut
Tahun aktif1998 - kini
Terkenal keranaRakyat Malaysia pertama yang mengelilingi dunia secara solo
AnugerahPerformance Certificate from WSSR (World Speed Sailing Record Council) for Round the World, assisted, (stops,) eastabout, single-handed.[1]

Datuk Azhar Mansor (lahir 11 Februari 1958) ialah pelaut Malaysia. Beliau menjadi rakyat Malaysia pertama yang berjaya mengelilingi dunia secara solo.[2][3] Pada mulanya, beliau bercadang untuk melakukan pelayaran tersebut dalam tempoh kurang 100 hari, tetapi beliau telah menghadapi masalah berkaitan tiang layar yang patah ketika berada di Cape Horn, Amerika Selatan. Bagaimanapun Datuk Azhar telah berjaya melakukannya dalam masa 190 hari. Kegigihan Datuk Azhar ialah contoh unggul Semangat Malaysia Baru. Beliau yang berusia 40 tahun ketika berangkat pada 2 Februari 1999 (9 hari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-41 pada 11 Februari) itu telah belayar dengan kapal layarnya bernama Jalur Gemilang yang berharga RM2 juta.[1]

Pelayaran Datuk Azhar meliputi 21,600 batu nautika. Pada 11 Ogos 1999, Datuk Azhar selamat tiba di Awana Porto Malai Resort, Langkawi dan telah disambut sebagai seorang wira negara oleh rakyat Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Keperwiraan Datuk Azhar Mansor adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia. Baginya, usaha dan kegigihannya dalam mengharungi badai dan ombak adalah sebagai sumbangannya sebagai anak merdeka yang tidak berpeluang merasai pahit jerih rakyat yang hidup pada zaman sebelum merdeka.

Pada 1 Disember 1999, beliau dianugerahkan ‘Kapten Kehormat’ oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di atas kejayaan beliau mengelilingi dunia secara solo. Anugerah tersebut disampaikan di majlis makan malam sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 1999 (LIMA '99) yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.[4][5]

Sekitar 2000an, satu khabar angin yang tersebar melalui SMS mendakwa yang beliau telah keluar Islam, dan menganuti Kristian tinggal di Australia.[6] Desas-desus ini ternyata palsu, bagaimanapun, kerana beliau masih bertanggungjawab bagi marina Pelabuhan Telaga marina di Langkawi, Kedah. Azhar telah berulang kali menafikan semua khabar angin pada 10 November 2006.[7][8][9][10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Performance certificates". World Sailing Speed Record Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2013. Dicapai pada 13 December 2014.
  2. ^ Azhar gets a hero's welcome Diarkibkan Jun 10, 2008, di Wayback Machine
  3. ^ Sharmila Nair (7 August 2014). "The '90s: Extraordinary lives". The Star Online. Dicapai pada 25 Januari 2015.
  4. ^ "Azhar Mansor terima anugerah kehormat TLDM", Berita Harian, 2 Disember 1999.
  5. ^ "Azhar Mansor awarded Honorary Captain", New Straits Times, 2 December 1999.
  6. ^ Azhar: I am still a Muslim
  7. ^ theSun Diarkibkan Disember 8, 2008, di Wayback Machine
  8. ^ "Azhar Mansor: Saya masih beriman pada Allah Ta'ala". Malaysiakini. 17 November 2006. Dicapai pada 25 Januari 2010.
  9. ^ "A frustrated Azhar Mansor remains a target of slander". The Sun Daily. 9 August 2007. Dicapai pada 25 Januari 2010.
  10. ^ Abang Azhar Mansor nafi adiknya murtad Diarkibkan 2018-01-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia (6 November 2006). Diperoleh pada 15 Mei 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]