Azharuddin Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dato' Sri Azharuddin Abdul Rahman adalah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) . Berusia 60 tahun berasal dari Temerloh, Pahang. Azharuddin merupakan seorang jurutera dan mengetuai DCA sejak 2008.

Beliau berhadapan tugas berat mengendalikan tragedi kehilangan pesawat MH370 pada Mac 2014. Beliau dilantik sebagai Pengarah Operasi Menyelamat penerbangan MH370.[1]

Kemudian mengendalikan kapal terbang MAS MH17 yang ditembak dan terhempas di Donetsk, Ukraine.[2]

MH370[sunting | sunting sumber]

Ketika berhadapan dengan tragedi MH370 , beliau memberikan sidang akhbar di beberapa tempat di Kuala Lumpur. Taklimat dan sidang akhbar berhadapan dengan wartawan tempatan dan media asing yang ingin maklumat lanjut dan tepat tentang MH370. Di Hotel Sama-Sama atau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sidang media diadakan bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. Sidang akhbar turut diberi atau disertai oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Hishammuddin Tun Hussein, Abdul Aziz Kaprawi, Abdul Rahim Bakri dan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.[3] Pertemuan turut diadakan dengan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Rod Smith dan Ketua Pesuruhjaya Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Martin Dolan kerana rakyat Australia turut menjadi mangsa selain China, Amerika Syarikat, Indonesia dan lain-lain. Duta Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting turut hadir kerana ramai waris dari China yang penuh emosi mahukan jawapan segera.[4]

Misteri MH370 terus menjadi bualan dan kecaman media massa. Contohnya akhbar China, South China Morning Pos yang tidak puas hati dengan kehadiran rakyat Iran dalam pesawat MH370.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]