Azian Mazwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Azian Mazwan Sapuan)
Azian Mazwan
Kelahiran
Azian Mazwan binti Sapuwan

(1975-09-30) 30 September 1975 (umur 48)
Pekerjaan
Tahun aktif1986–1994; 2015–kini
PasanganMohammad Ahrar Zulkarnain Zubir
Anak-anak
  • Mohammad Ashraf
  • Nur Athirah Hanim
  • Mohammad Azrail
  • Mohammad Aqil
  • Mohammad Amil
  • Mohammad Adib
  • Anastasia Zayra
Ibu bapaSapwan Sakim (bapa)
Maznah Mohamed (ibu)
Hubungan
  • Azlan Mazwan (adik)
  • Azrin Mazwan (adik)
  • Azwan Mazwan (adik)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia

Azian Mazwan Sapuwan (lahir 30 September 1975) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal pada era 1980-an dan popular melalui lagu "Cinta Embunan Pagi" dan "Rumah Kecil Tiang Seribu".

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Azian Mazwan dilahirkan pada 30 September 1975 di Batu Buruk, Terengganu kepada pasangan Sapuwan Sakim dan Maznah Mohamed. Beliau merupakan kakak sulung kepada Azlan Mazwan dan Azrin Mazwan.[1]

Beliau kemudiannya bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terengganu di mana beliau mendapat pangkat dua dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan Perakaunan. Di sana juga, beliau bertemu dengan bakal suami beliau, Mohd Ahra Zubir, yang merupakan senior yang bakal dikahwini beliau pada tahun 1994.

Azian ditawarkan melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Perakaunan ke Institut Teknologi MARA (kini Unversiti Teknologi MARA atau UiTM) pada tahun 1993. Namun, atas keperluan kerjaya sebagai penggiat seni nyanyian, Azian terpaksa menamatkan pengajian selepas selesai menamatkan pengajian semester pertama.

Walau bagaimanapun, Azian menyambung semula pengajian selepas berumah tangga dan dianugerahkan sijil Diploma Eksekutif Pengurusan Kewangan di Universiti Teknologi Mara, pada 24 Oktober 2010.[2]

Kini, Azian, atau lebih mesra dengan panggilan "Yan", yang pernah berkhidmat di Mesiniaga yang berpangkalan di Subang Jaya, Selangor dan kini berkhidmat dalam sektor awam di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pada masa yang sama menerima undangan nyanyian untuk pelbagai acara dan majlis.

Bekas finalis Bintang RTM 1986 ini berkahwin dengan Mohammad Ahrar Zulkarnain, pada 1995 dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata iaitu Mohammad Ashraf, Nur Athirah Hanim, Mohammad Azrail, Mohammad Aqil, Mohammad Amil, Mohammad Adib, dan Anastasia Ayra.[3]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Beliau mula menceburi bidang nyanyian melalui penyertaan pertandingan nyanyian Bintang RTM tahun 1986 pada usianya 11 tahun yang pada ketika itu, RTM tidak menetapkan had umur penyertaan. Persembahan cemerlang Azian menerusi lagu Dia Yang Ku Cari nyanyian Endang S. Taurina melayakkan Azian berjaya dalam sesi uji bakat itu. Beliau akhirnya mara ke peringkat akhir dan membawakan lagu Sekadar Di Pinggiran yang kemudian mengubah seluruh kehidupannya.[1]

Pada tahun 1988 ketika usianya 13 tahun, Azian Mazwan Sapwan telah dipilih mewakili Malaysia ke World Children's Music Festival di Nagoya, Jepun dan menang tempat pertama dengan hadiah wang tunai dan sijil penghargaan serta trofi. Dalam pertandingan itu, Azian yang ditemani ayahnya menyanyikan lagu Anugerah Tuhan ciptaan Azian dan gurunya, Cikgu Anuar. Walaupun pada tahun berikutnya Azian tidak menyertai pertandingan berkenaan, namun beliau diundang untuk menjadi artis undangan untuk membuat persembahan di sana.[1]

Beliau turut menyertai Pertandingan Pujaan 10 Nescafe '93 menerusi lagu Cinta Embunan Pagi.

Pada tahun yang sama juga, beliau melayakkan diri ke peringkat akhir Juara Lagu 1993 menerusi lagu Rumah Kecil Tiang Seribu dalam kategori Irama Malaysia.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Erti Budi (1987)[sunting | sunting sumber]

    • KELABU *3.46 Manan Ngah
    • ARUS DUNIA *3.34 Manan Ngah / S.Amin Shahab
    • SIPENGANGGUR *3.02 Hadi & Mund / Mund
    • BUKAN DI SINI *3.42 Manan Ngah / Habsah Hassan
    • METROPOLITAN *3.59 Mund / Mund & Manan Ngah
    • ERTI BUDI *4.12 Manan Ngah / Habsah Hassan
    • LAGU LUKISAN JIWA *3.19 Manan Ngah / Zainal Bahrom Bidor & Mahzan B
    • NELAYAN *3.41 Dr. Wan Zawawi
    • WARNA KEHIDUPAN *3.34 Manan Ngah / Zainal Bahrom Bidor & Mahzan B
    • MAMAKU SAYANG *4.02 Manan Ngah / Juwie & Zief

Bukan Belas Bukan Simpati (1989)[sunting | sunting sumber]

    • SELAMAT TINGGAL *3.30 Hisham / Hakim
    • BUKAN BELAS BUKAN SIMPATI *4.17 J Jay / Habsah Hassan
    • LUMRAH REMAJA *3.17 Suhaimie Roa
    • DI SEBALIK SENYUMAN *4.50 A K Khair
    • KEMESRAAN BERTALI ARUS *3.34 J Jay / Habsah Hassan
    • ANUGERAH TUHAN *5.13 Azian
    • ANTARA ILMU DAN CINTA *3.53 Lan Long / S.Amin Shahab
    • BAGIKU KAU SEGALANYA *4.01 Shamsuddin Sidek / Seri Bayu
    • DI PINGGIR KESEDARAN *3.29 Ramli Sarip / S.Amin Shahab
    • KEINSAFAN *3.17 Suhaimie Roa

Impian (1993)[3][sunting | sunting sumber]

    • CINTA EMBUNAN PAGI *4.58
    • RUMAH KECIL TIANG SERIBU *3.23
    • RINDU DALAM KERAGUAN *4.22
    • DOA ORANG TAK PUNYA *6.13 duet bersama : Deddy Dores
    • DIALAH PERMATA YANG BERSINAR *5.16
    • CINTA PURA PURA *4.05
    • TERBIAR DALAM KESEDIHAN *4.30
    • UNTUK KALI KEDUA *4.44
    • KEJAHILAN CINTA *4.35
    • CINTA REMAJA *3.04

Gegar Vaganza 2015[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, Azian Mazwan yang telah lama menghilangkan diri dari arena seni nyanyian telah kembali dengan menyertai sebuah pertandingan nyanyian kelolaan Astro iaitu Gegar Vaganza 2015. Berikut merupakan senarai lagu yang dinyanyikan beliau sepanjang menyertai pertandingan tersebut.

Minggu 1: Cinta Embunan Pagi (lagu sendiri)
Minggu 2: Aku Hanya Pendatang (nyanyian asal Francissca Peter)
Minggu 3: Tak Ada Logika (nyanyian asal Agnes Monica)
Minggu 4: Cinta - duet bersama Jaclyn Victor (lagu asal Kris Dayanti & Melly Goeslaw)
Minggu 5: Wajah Siapa Di Hatimu (nyanyian asal Azlina Aziz)
Minggu 6: Layu Sebelum Berkembang (nyanyian asal Broery Marantika)
Minggu 7: Ini Rindu (nyanyian asal Farid Harja)
Minggu 8: Sedalam Mana Cintamu (nyanyian asal Safura)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Muzlina Abu Bakar (27 April 2009). "Tujuh anak pelengkap hidup Azian". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-12. Dicapai pada 2018-10-12.
  2. ^ "Artis, 2 ADUN terima diploma UTM-SPACE". Utusan Online. 25 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-12. Dicapai pada 2018-10-12.
  3. ^ a b Mohd Al Qayum Azizi (14 Oktober 2015). "Azian Mazwan Sertai 'Gegar Vaganza 2' Selepas Dapat Restu 7 Anak". mStar. Dicapai pada 2018-10-12.