Azian Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk Dr

Azian Osman
Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Malaysia
Dalam jawatan
8 Mei 2020 – 14 Februari 2023
Didahului olehAhmad Fauzi Hassan
Digantikan olehMohammed Rashdan Mohd Yusof
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Dalam jawatan
2009 – kini
Butiran peribadi
Parti politik Barisan Nasional - UMNO (Barisan Nasional)
PekerjaanAhli politik

Dato' Haji Azian Osman merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berasal dari Perak, Malaysia. Beliau kini menyandang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) berkuatkuasa 8 Mei 2020.[1] Pada peringkat parti,beliau ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perak dan merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO (dipilih) pada tahun 2009 hingga kini.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Azian Osman berkelulusan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian (LLB.Hons), Universiti Malaya pada tahun 1985.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Setelah menamatkan pengajian, beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara pada tahun 1986. Beliau Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam amalan guaman dan juga pengurusan syarikat. Selain itu beliau juga merupakan Ahli Lembaga Tatatertib dan Disiplin Parti UMNO, Ahli Majlis Peguam Malaysia dari tahun 2002 hingga 2004 dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) selama empat tahun. Azian juga pernah menjadi Pengerusi Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB), Pengerusi Giatmara Malaysia dan Ahli Lembaga Amanah, Tekun Nasional (TEKUN) selama empat tahun dari tahun 2015 hingga tahun 2019.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dari tahun 2009 hingga kini. Beliau juga menjabat jawatan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak dan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]